Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Franz Joseph I
atau
Francis Joseph I
(Jerman:
Franz Joseph I.
,
Hungary
:
I. Ferenc Jozsef
,
Slovene
:
Franc Jo?ef I.
,
18 Ogos
1830
?
21 November
1916
) merupakan Maharaja Austria dan Raja Hungary dari tahun 1848 hingga tahun kemangkatan baginda pada tahun 1916. Sejak
1 Mei
1850
hingga
24 Ogos
1866
, baginda merupakan Presiden
Gabungan Jerman
..
[1]
Pada bulan Disember 1848,
Maharaja Ferdinand I
telah turun takhta sebagai sebahagian daripada
Ministerprasident
Putera Felix zu Schwarzenberg
untuk menamatkan
Revolusi 1848
di Austria yang membenarkan anakanda saudara Maharaja Ferdinand I iaitu Putera Franz Joseph untuk naik takhta. Sebahagian besarnya dianggap sebagai
reaksioner
, Maharaja Franz Joseph menghabiskan pemerintahan awal menentang
perlembagaan
dalam domain baginda.
Empayar Austria
terpaksa menyerahkan tuntutannya kepada
Lombardy-Venetia
dan
Sardinia
berikutan tamatnya
Perang Kemerdekaan Itali Kedua
pada tahun 1859 dan
Perang Kemerdekaan Itali Ketiga
pada tahun 1866. Franz Joseph tidak menyerahkan wilayah tuntunanya kepada
Kerajaan Prusia
selepas kekalahan Austria di
Perang Austria-Prusia
.
[2]
Maharaja Franz Joseph telah bermasalah dengan nasionalisme sepanjang pemerintahannya. Baginda membuat kesimpulan tentang
Ausgleich
pada tahun 1867
yang memberikan autonomi kepada
Hungary
, seterusnya menjadikan Empayar Austria ke dalam Empayar Austria-Hungary di bawah
dual monarki
.
Selepas
Perang Austria-Prusia
,
Austria-Hungary
mengalihkan perhatian di
Balkan
yang merupakan satu ketegangan antarabangsa kerana kepentingan yang bercanggah dengan
Empayar Rusia
.
Krisis Bosnia
ialah hasil daripada pengilhakan Maharaja Franz Joseph ke atas
Bosnia dan Herzegovina
pada tahun 1908 yang telah
diduduki oleh tenteranya
sejak
Kongres Berlin
(1878). Pada 28 Jun 1914,
pembunuhan putera Austria
,
Erzherzog
Archduke Franz Ferdinand
yang telah ditembak oleh
Gavrilo Princip
iaitu seorang nasionalis Serbia menyebabkan Austria-Hungary melancarkan perang terhadap
Kerajaan Serbia
yang merupakan sekutu Rusia. Ini menyebabkan perang besar-besaran iaitu
Perang Dunia Pertama
.
Maharaja Franz Joseph telah mangkat pada
21 November
1916
setelah memerintah Austria selama hampir 68 tahun. Baginda telah digantikan oleh cucunda lelaki baginda,
Charles I
.
|
---|
Peperangan
| |
---|
Pemimpin
| |
---|
Pihak lawan
| |
---|