Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ekonomi
Cuba
|
---|
|
Kedudukan
| Ke-95
|
---|
Mata wang
| Peso Cuba (CUP) = 100 centavo dan Cuban Convertible Peso (CUC) = 24 CUP
|
---|
Tahun fiskal
| yes
|
---|
|
KDNK
| $72.3 bilion (2012 est.)
[1]
$121 bilion (2012 est.)
[2]
(PPP)
|
---|
Pertumbuhan KDNK
| 2.7% (2011 est.)
[3]
|
---|
KDNK per kapita
| $10,200 (2010 est.)
[4]
(PPP)
|
---|
KDNK mengikut sektor
| Agriculture: 4.3%, industri: 21.6%, servis: 74% (2009 est.)
[5]
|
---|
Inflasi
(
CPI
)
| 1.5% (2009 est.)
[6]
|
---|
Populasi
dibawah garis kemiskinan
| 1.5% (2006)
|
---|
Tenaga buruh
| 5.159 juta (Sektor awam: 78%, Sektor peribadi: 22%) (2009 est.)
[7]
|
---|
Tenaga buruh mengikut pekerjaan
| Pertanian: 20%, industri: 19.4%, servis: 60.6% (2005)
[8]
|
---|
Pengangguran
| 3.8% (2012 est.)
[9]
|
---|
Industri utama
| Gula, petroleum, tembakau, pembinaan, nikel, keluli, simen, mesin pertanian, farmaseutikal
[10]
|
---|
|
Eksport
| $2.458 bilion f.o.b. (2009 est.)
[11]
|
---|
Barangan yang dieksport
| Gula, produk perubatan, nikel, kerang, jeruk, kopi
[12]
|
---|
Rakan dagangan eksport utama
|
Kanada
17.3%
Republik Rakyat China
16.6%
Venezuela
12.7%
Belanda
8.8%
Sepanyol
5.8% (2012 est.)
[13]
|
---|
Import
| $8.963 bilion f.o.b. (2009 est.)
[14]
|
---|
Barangan yang diimport
| petroleum, makanan, mesin dan peralatan, bahan kimia
[15]
|
---|
Rakan dagangan import utama
|
Venezuela
36.4%
Republik Rakyat China
10.5%
Sepanyol
8.7%
Brazil
5.1%
Amerika Syarikat
4.2% (2012 est.)
[16]
|
---|
|
Hutang awam
| $19.44 bilon (31 Disember 2009 est.);
[17]
dan $20.8 bilion hutang kepada Russia, $0.9 hutang kepada Romania dan $0.2 billion hutang kepada Hungary
|
---|
Hasil negara
| $35.01 bilion (2007 est.)
|
---|
Perbelanjaan
| $36.73 bilion (2007 est.)
|
---|
Bantuan ekonomi
| $87.8 juta (2005 est.)
|
---|
Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam
Dolar Amerika Syarikat
(
AS$ 1 = RM 3.4551
)
|
sunting
|
Sistem
ekonomi Cuba
diselaras secara terancang dan didominasi oleh perusahaan yang dikawal selia kerajaan. Kebanyakan pengeluaran dan tenaga kerjanya dimiliki serta diuruskan oleh kerajaan. Bagaimanapun kebelakangan ini kerajaan menggalakkan bentuk kerjasama dan perusahaan persendirian. Kerajaan menetapkan kebanyakan harga barangan dan pengagihan bekalan makanan pada rakyatnya. Rakyat Cuba menerima agihan keperluan makanan setiap bulan dan dibenarkan membeli melalui pusat agihan dipanggil "bondega" atau kedai yang mengedarkan bekalan ini. Cuba antara pengeluar utama
tebu
dan
tembakau
. Pengeluaran gula Cuba merangkumi satu pertiga daripada jumlah pengeluaran industri negara. Ia juga mewakili 80 peratus nilai eksport Cuba. Namun akibat daripada
kejatuhan Kesatuan Soviet
,
Blok Timur
dan sekatan ekonomi Amerika Syarikat, ekonomi Cuba terjejas teruk. Oleh itu, Cuba mula memperkenalkan bentuk pasaran terbuka pada tahun 1993 dalam sebahagian bidang perniagaan bagi membeli prospek baharu. Sedikit demi sedikit negara Cuba mula mengamalkan sistem ekonomi
kapitalis
.
Unit mata wang Cuba ialah peso. Ia terbahagi kepada dua jenis mata wang rasmi iaitu CUP (Peso Cuba) dan CUC (Peso boleh tukar). CUP tidak mempunyai nilai di luar Cuba dan hanya eksklusif dalam negara. CUC diwujudkan untuk menggantikan
dolar Amerika
(USD) bagi meminimumkan kebergantungan ekonomi Cuba pada
Amerika Syarikat
. Pekerja Cuba menerima sebahagian gaji dalam unit CUC dan CUP. Kedai menjual barangan asas seperti buah-buahan dan sayuran kebanyakannya menerima mata wang CUP. Sejak dahulu USD banyak digunakan para pelancong atau pembelian barangan mewah. Bagaimanapun, penggunaan USD kini digantikan dengan mata wang CUC dan CUP. Kadar tukaran mata wang CUC berbanding CUP bersamaan 1:26.5 (Jun 2013). Pengenalan sistem dua mata wang ini biasanya menimbulkan banyak kekeliruan terutama para pelancong.
Sistem
kapitalis
yang diperkenalkan kerajaan Cuba antara jalan keluar daripada kekalutan ekonomi serius. Cuba dilihat semakin berkembang lebih liberal. Kini Cuba mengutamakan industri pelancongan dengan faktor iklim, pantai, binaan zaman kolonial dan keunikan nilai sejarah yang mampu menarik ramai pelancong luar. Namun kebanjiran para pelancong di Cuba memberi kesan ketidakseimbangan sosioekonomi penduduknya. Polisi ekonomi jimat cermat dan kawalan kerajaan yang tidak efisien dalam tempoh lama menimbulkan susana ekonomi tidak sah seperti pasaran gelap, kedai dan perkhidmatan dijalankan secara haram.
- Kembara Khazanah Cuba m/s 66-67
Templat:Ekonomi Amerika Utara