Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Duci Normandie
(
bahasa Inggeris
:
Duchy of Normandy
,
Perancis
:
Duche de Normandie
) muncul pada tahun 911 akibat daripada
Perjanjian Saint-Clair-sur-Epte
di antara
Raja Charles III
dari
Francia Barat
dan
Rollo
, pemimpin puak
Viking
. Duchy telah dinamakan bersempena dengan nama penduduknya iaitu orang
Norman
.
Bermula pada tahun 1066 sehingga tahun 1204, ia telah dikuasai oleh
raja-raja England
, kecuali bagi tempoh singkat pemerintahan
Robert Curthose
(1087?1106), anak lelaki bongsu kepada
William si Penakluk
tetapi tidak berjaya menuntut takhta England; dan
Geoffrey Plantagenet
(1144?1150), suami kepada
Maharani Matilda
dan ayah kepada
Henry II
.
Pada tahun 1202,
Philip II dari Perancis
mengistiharkan
Normandy
dilepaskan kepada beliau dan merampasnya menggunakan tentera pada tahun 1204. Ia kekal menjadi wilayah yang dipertikaikan sehingga
Perjanjian Paris
pada tahun 1259, apabila pemerintah England melepaskan tuntutannya kecuali
Kepulauan Channel
; iaitu Bailiwicks di
Guernsey
dan
Jersey
, dan jajahannya (termasuk
Sark
).
Dalam
kerajaan Perancis
, duchy kadang-kala diasingkan sebagai sebuah
appanage
untuk ditadbir oleh seorang anggota keluarga diraja. Selepas tahun 1469, ia disatukan secara kekal ke dalam jajahan raja, walaubagaimanapun gelaran kadang kala diberikan sebagai satu gelaran kehormat kepada anggota baharu dari keluarga diraja. Duke Normandy Perancis terakhir bagi situasi ini adalah
Louis-Charles
, duke bermula pada tahun 1785 sehingga tahun 1789.
Templat:Historic Provinces of France
Templat:Germanic peoples
Koordinat
:
49°08′00″N
0°22′00″W
/
49.1333°N 0.3667°W
/
49.1333; -0.3667