Dewan Tunku Canselor
(
DTC
) ialah dewan konvokesyen milik
Universiti Malaya
(UM).
[1]
Ia merupakan salah satu daripada 47 bangunan yang disenaraikan di bawah senarai Warisan Kebangsaan,
[2]
serta
Bangunan Warisan UNESCO
. Bangunan itu dinamakan dan dirasmikan oleh
Perdana Menteri Malaysia
yang pertama,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
pada 25 Jun 1966 yang merupakan canselor universiti ketika itu.
[1]
Dibina pada 1965,
[3]
bangunan ini, dengan seni bina tersendiri dalam pengaruh seni bina
Brutalisme
, membangkitkan nostalgia dalam kalangan generasi graduan yang telah melalui pintunya. Ia telah menjadi tempat konvokesyen, konsert, peperiksaan semester, persembahan teater, seminar dan persidangan. Bangunan dua tingkat setengah itu, dibina dengan konkrit luar bentuk, merupakan mercu tanda penting dalam pembangunan sejarah Universiti Malaya.
[1]
[4]
Dewan Tunku Canselor (DTC) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Canselor pertama Universiti Malaya,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
pada 25 Jun 1966. Sempena perasmiannya, Dewan yang dinamakan sempena nama beliau buat pertama kali menjadi tempat berlangsungnya istiadat konvokesyen untuk sesi 1965/66 dengan 587 orang graduan menerima ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran manakala 115 orang graduan menerima Diploma Pendidikan.
[1]
[4]
Dewan hasil rekaan oleh Dato' Kington Loo dan Chris Bailey, arkitek moden dari firma BEP Arkitek (asalnya Boothy Edwards & Partners) ini telah mengambil masa satu setengah tahun untuk disiapkan. Ia merupakan antara beberapa struktur pertama di negara ini yang mengikut pengaruh tokoh Arkitek Moden berbangsa Switzerland-Perancis, Le Corbusier. Beliau ialah antara tokoh arkitek moden yang amat mementingkan kesesuaian rekabentuk mengikut kegunaan, selain penggunaan bahan binaan yang sesuai dan tidak mengenakan sebarang hiasan pada sesuatu binaan. Rekabentuk DTC hampir menyamai bangunan
Bank Negara Malaysia
yang menggunakan konsep kemodenan simen yang tidak bercat.
[1]
[4]
Ia direka dengan pengaruh seni bina Brutalisme dan Gerakan Modenisme yang kuat. Dewan ini dibina terutamanya dengan struktur konkrit kosong menggunakan peti telur konkrit bertetulang dan imej 'beton brut'.
[3]
Bangunan ini terdiri daripada dewan yang hebat dan kawasan ruang legar serta dihubungkan ke Panggung Eksperimen. Sebuah pentas terletak di dalam dewan Besar di aras tanah. Kawasan ruang legar berfungsi sebagai pintu masuk ke dewan besar. Lantai mezanin sebenarnya ialah galeri tontonan yang membentuk bentuk ‘U’. Tiga bilik projektor pada asalnya terletak di tingkat satu, sebahagiannya menyimpan jubah dan aksesori tamat pengajian. Bumbung dewan besar terdiri daripada struktur berkuda keluli dan papak konkrit bertetulang dengan rasuk tegak yang membentuk sistem bumbung perimeter. Akses ke aras lantai yang berbeza disediakan oleh dua tangga konkrit lingkaran yang terletak di dalam bujur dinding berbentuk ricih.
[3]
Ia mampu memuatkan kira-kira 3,000 orang. DTC terkenal di kalangan pelajar secara umumnya sebagai "Dewan Besar".
[1]
Sebelum penubuhan DTC, Istiadat Konvokesyen UM telah berlangsung di beberapa tempat lain seperti Dewan Tuanku Abdul Rahman di Jalan Ampang (kini Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia) pada 1961, (konvokesyen pertama UM di Kuala Lumpur),
Stadium Negara
(1962),
Dewan Bahasa dan Pustaka
(1963), Stadium Chin Woo (1964) dan
Bangunan Parlimen
(1965). Dewan yang boleh memuatkan seramai 25,000 orang ini merupakan dewan yang terbesar di
Kuala Lumpur
ketika itu.
[4]
[5]
Pada peringkat awal, DTC tidak mempunyai pentas seperti sekarang, yang terdapat hanya sebuah platform kecil. Sekitar tahun 1969-1971, pihak
British Council
ingin mengadakan satu persembahan Balet di
Kuala Lumpur
dan memerlukan dewan yang agak besar. Pihak British Council sanggup mengeluarkan kos mengadakan sebuah pentas dan kemudiannya dihadiahkan kepada UM.
[4]
[5]
Dengan adannya DTC, UM pada masa itu telah mempunyai tempat yang tetap bagi istiadat konvokesyen dan lain-lain majlis seperti persidangan dan seminar selain persembahan seni kebudayaan dan peperiksaan akhir semester. Tahun demi tahun, DTC terus menempa sejarah dalam kegemilangan akademik dengan pertambahan graduan yang menerima ijazah masing-masing sehinggalah pada tahun 2000.
[4]
Pada 29 Jun 2001, jam 3:45 pagi, hampir 90 peratus Dewan Tunku Canselor musnah akibat kebakaran sebelum subuh dan telah menyebabkan kerugian sebanyak RM12.4 juta.
[6]
Kerugian akibat kebakaran tidak dapat dinilai dengan wang ringgit kerana kenangan, sentimental nostalgia terhadap DTC itu sendiri yang telah menyaksikan seribu satu kenangan manis dan pahit yang mewarnai warga kampus.
[7]
[8]
[9]
Ia telah dilaporkan di media bahawa beberapa pengawal keselamatan cuba memadam kebakaran yang dikesan di kiri pintu 'M' sebelah pentas Dewan Tunku Canselor sebelum menghubungi bomba apabila api semakin marak.
[10]
Polis mengklasifikan kejadian itu disyaki sebagai perbuatan khianat.
[11]
[12]
Akhirnya, setelah mendapat restu pihak berwajib, kerja-kerja pembinaan semula telah dijalankan dan memakan masa selama empat bulan dan tiga minggu, menelan belanja kira-kira RM13.5 juta. DTC telah dibina semula kepada keadaan asal dengan lebih sempurna dan lebih canggih. Untuk itu, Tabung Pembinaan Semula DTC telah ditubuhkan oleh
Universiti Malaya
(UM) bersama warga UM dan
New Straits Times
.
[13]
[14]
Insiden yang menimpa Dewan Tunku Canselor mengakibatkan pihak pentadbiran Universiti Malaya menerima teguran hebat daripada pelbagai pihak.
[15]
|
---|
Kepimpinan
| |
---|
Kolej Kediaman
|
- Pertama (Tuanku Abdul Rahman)
- Kedua (Tuanku Bahiyah)
- Ketiga (Tuanku Kurshiah)
- Keempat (Bestari)
- Kelima (Dayasari)
- Keenam (Ibnu Sina)
- Ketujuh (Za'Ba)
- Kelapan (Kinabalu)
- Kesembilan (Tun Syed Zahiruddin)
- Kesepuluh (Tun Ahmad Zaidi)
- Kesebelas (Ungku Aziz)
- Keduabelas (Raja Dr. Nazrin Shah)
- Ketigabelas (bekas UIA PJ)
|
---|
Fakulti
| |
---|
Akademi
|
- Akademi Pengajian Melayu
- Akademi Pengajian Islam
|
---|
Institut
|
- Institut Penyelidikan, Pengurusan dan Syarikat (IPPP)
- Institut Pengajian Pasca Siswazah
- Institut Asia-Eropah
- Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA)
- Institut Pengajian Kepengetuaan
- Institut Pengajian China (ICSUM)
- Institut Sains Lautan dan Bumi (IOES)
|
---|
Pusat
|
- Pusat Penyelidikan Halal
- Pusat Permulaan Bakat & Latihan Industri (CITra)
- Pusat Dialog Peradaban
- Pusat Peningkatan Akademik & Pembangunan Kepimpinan
- Pusat Sains & Sukan Senaman
- Pusat Pendidikan Berterusan
(UMCCed)
- Pusat Asasi Sains
- Pusat Pembangunan Keluarga
- Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Pertanian (CEBAR)
- Pusat Komuniti & Kelestarian (UMCares)
- Pusat Kajian Demokrasi & Pilihan Raya (UMcedel)
- Pusat Inovasi & Keusahawanan (UMCIE)
- Pusat Kecemerlangan (UMCoE)
- Pusat Pendidikan & Penyelidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC)
|
---|
Muzium
|
- Muzium Kesenian Islam
- Muzium Zoologi
- Muzium Geologi
|
---|
Warga dan alumni
| |
---|
Dalam media
| |
---|
Badan pelajar
| |
---|
Berkaitan
| |
---|
|