Darjah kebesaran Melayu
adalah suatu sistem pengurniaan darjah kebesaran kepada seseorang yang dianggap berjasa kepada sesuatu negeri oleh Raja atau pemerintah. Di
Malaysia
dan
Brunei
, darjah kebesaran masih digunakan secara meluas. Akan tetapi,
Singapura
yang mana kesultanannya telah dihapuskan oleh
British
pada tahun
1891
telah mengguna pakai darjah kebesaran awam bagi pemimpin-pemimpin mereka.
[1]
Berlainan sedikit dengan
Indonesia
, walaupun ia adalah sebuah republik, tetapi ia masih mengiktiraf beberapa pemimpin kebakaan dan sistem-sistem aristokrat yang mana kebanyakannya menyokong gerakan kemerdekaan pada tahun 1945. Sebagai contoh, mendiang isteri
Suharto
adalah
Raden Ayu Siti Hartinah
bukan seperti sesetengah mengatakan bahawa beliau adalah Madame Suharto.
Pada masa ini, Malaysia, Brunei dan beberapa provinsi di Indonesia masih lagi menganugerahkan gelaran dan darjah kebesaran. Berikut merupakan apa yang khusus untuk sistem Malaysia. Rujukan untuk Brunei dan Indonesia diberi apabila ia bersangkut paut.
Di Malaysia, semua gelaran bukan berasaskan keturunan boleh dianugerahkan kepada kedua-dua lelaki dan wanita. Setiap gelaran mempunyai suatu bentuk gelaran yang boleh digunakan oleh isteri pemegang gelaran berkenaan. Bentuk ini tidak boleh digunakan oleh suami yang mempunyai isteri yang telah dianugerahkan gelaran; tetapi tidak sebaliknya.
Turutan ini seharusnya digunakan apabila hendak membuat satu panggilan nama seseorang seperti berikut:-
Cara penganugerahan, pangkat profesional, gelaran diraja, gelaran persekutuan, gelaran negeri, gelaran keturunan bukan diraja, Doktor (perubatan atau falsafah), Haji/Hajah (
Jawi
:
???/???? )
(bagi
Muslim
lelaki dan wanita yang telah menunaikan
haji
), Nama.
"Kaedah" yang dibawa oleh kebaikan gelaran diraja dan bangsawan diraja biasanya berjaya menundukkan gelaran bukan diraja. Kerabat diraja lelaki mungkin menggunakan nama "al-Haj" (????) kepada nama mereka jika dibandingkan dengan menggunakan "Haji".
Senarai gelaran untuk
Kerabat Diraja
Malaysia
di seluruh
Negeri
yang ditadbir oleh
Sultan
dan
Yang di-Pertuan Besar
,
Raja
:
Senarai gelaran untuk
Kerabat Diraja
Brunei Darussalam
:
- Pengiran Muda Mahkota
(Nama).
- Pengiran Muda
(Nama).
- Pengiran Anak
Haji/Hajah (Nama).
- Pengiran Anak Isteri
(Nama).
- Pengiran Anak
(Nama).
- Pengiran Isteri
(Nama).
- Pengiran Bini
(Nama).
- Pengiran Babu Raja
(Nama).
- Awangku
(Nama).
- Dayangku
(Nama).
Senarai gelaran untuk warganegara, ahli politik, parlimen, ahli perniagaan, orang kerajaan
:
- Datu
- Darjah kebesaran
Filipina
sama seperti istilah Melayu, Dato'