한국   대만   중국   일본 
Televisyen Pusat China - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Televisyen Pusat China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari CCTV-5+ )
Televisyen Pusat China
???????? ???? ????
Jenis/bentuk sah Rangkaian televisyen ,
Televisyen satelit dan
kabel
Industri Penyiaran televisyen
Ditubuhkan 2 September 1958
Ibu pejabat Republik Rakyat China Beijing , China
Keluaran Televisyen   Sunting ini di Wikidata
Syarikat induk News Corporation
Tapak web www.cctv.com
Facebook: cctvcom Twitter: CCTV Instagram: cctv.chinese Youtube: UCcLK3j-XWdGBnt5bR9NJHaQ Youtube: zhongguohaogequ Sunting ini di Wikidata
sunting  · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Televisyen Pusat China ( Cina Ringkas : 中?中央??台 ; pinyin : Zh?ngguo Zh?ngy?ng Dianshitai, bahasa Inggeris : China Central Television ; singkatan: CCTV ) merupakan penyiar televisyen utama di Tanah Besar China . Dari sudut pertubuhan, CCTV merupakan kementerian kecil kerajaan pusat Republik Rakyat China dalam Pentadbiran Radio, Filem, dan Televisyen Negara . Oleh sebab kawalan pemerintah PRC, maka rangkaian ini tiada kebebasan editorial .

Laporan beritanya menurut garis panduan yang diarahkan Jabatan Propaganda Parti Komunis China . Namun begitu, kebanyakan rancangannya merupakan beraneka rancangan komedi dan drama. Seperti mana kebanyakan penyedia media di China, CCTV banyak dikurangkan subsidi negara pada 1990-an, maka adalah perlu baginya mengimbangkan peranannya sebagai agensi pemerintah dengan perlunya menarik penonton agar dapat menjual ruang iklan komersial.

Saluran [ sunting | sunting sumber ]

CCTV mempunyai 18 saluran yang berlainan kandungannya dan bersaing dengan stesen televisyen yang dikendali oleh kerajaan setempat seperti BTV dan juga rancangan asing yang boleh diterima melalui televisyen satelit .

Saluran-saluran CCTV adalah seperti berikut:

Saluran bebas:

Saluran berbayar (semua bersiaran dalam HD):

  1. CCTV-Billiard
  2. CCTV-Sifat budaya
  3. CCTV-Golf dan Tenis
  4. CCTV-Kebersihan dan Kesihatan
  5. CCTV-Panggung Nostalgia
  6. CCTV-Badai Bola Sepak
  7. CCTV-Badai Muzik
  8. CCTV-Badai Panggung
  9. CCTV-Panggung Pertama
  10. CCTV-Panduan televisyen
  11. CCTV-Teknologi Senjata
  12. CCTV-Fesyen Wanita
  13. CCTV-Geografi Dunia

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]