Rencana ini menggunakan
tatanama Sepanyol
:
nama keluarga
pertama atau sebelah bapa ialah
Azpilicueta
dan nama keluarga kedua atau sebelah ibu ialah
Tanco
.
Cesar Azpilicueta Tanco
(
Sebutan Sepanyol:
[?θesa? aθpili?kweta ?taŋko]
; lahir 28 Ogos 1989) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang bermain di kelab
La Liga
,
Atletico Madrid
dan untuk
pasukan kebangsaan Sepanyol
. Beliau bermain di posisi
pertahanan
.
Selepas bermain bersama
Osasuna
selama tiga musim di
La Liga
, beliau berpindah ke
Marseille
yang bermain di
Ligue 1
di mana beliau bersama Marseille memenangi empat kejohanan penting. Pada musim panas 2012, beliau berpindah ke kelab
Liga Perdana Inggeris
,
Chelsea
di mana Chelsea
menjuarai Liga Eropah
dalam musim pertamanya.
Azpilicueta mengumpul sebanyak 55 kaps bersama
pasukan remaja Sepanyol
dan bersama
pasukan Sepanyol bawah-21
dalam
kejohanan Eropah
dengan
memenangi kejohanan itu pada 2011
. Pada 2013, beliau membuat pemunculan pertama bersama
pasukan seniior
dan terpilih untuk ke
Piala Dunia 2014
.
Akibat penyokong Inggeris sukar menyebut nama beliau, jadi penyokong Chelsea menggelarkan beliau dengan nama "Dave".
[3]
Azpilicueta telah dilahirkan di
Pamplona
,
Navarre
. Beliau telah membuat debut di
La Liga
pada 8 April 2007 dalam perlawanan tewas 0-2 kepada a 0?2
Real Madrid
.
[4]
Beliau memulakan kerjayanya sebagai
pemain tengah
.
[5]
Dalam
musim 2007?08
, Azpilicueta terpaksa menukar posisinya sebagai bek apabila skuad utama cedera. Beliau tidak berubah posisi itu dalam
musim berikutnya
.
Pada 21 Jun 2010, kelab Perancis,
Olympique de Marseille
bersetuju untuk membeli Azpilicueta dari Osasuna dengan kontrak selama empat tahun bersama bayaran sebanyak
€
7 juta.
[6]
[7]
Dalam debut Azpilicueta di
Liga Juara-Juara UEFA
, beliau menjaringkan gol sendiri ketika menentang
FC Spartak Moscow
, Marseille tewas 0-1.
[8]
Pada 27 November 2010, dalam perlawanan menentang
Montpellier HSC
, Azpilicueta telah mengalami kecederaan pada lutut kiri. Marseille menang 4-0 kemudian Marseille melonjak ke tangga ke atas liga.
[9]
Beliau terpaksa berehat selama enam bulan.
Pada Ogos 2012, terdapat spekulasi menyatakan Azpilicueta akan berpindah, termasuk kelab
Liga Perdana Inggeris
,
Chelsea
, Marseille bersetuju jika beliau pindah dengan berkata, "Jika Chelsea betul-betul bida Aspi (Azpilicueta), kita akan lepaskan dia."
[10]
Pada 24 Ogos 2012, Chelsea melengkapkan perpindahan Azpilicueta dengan bayaran tertutup, dilaporkan kira-kira
£
7 juta.
[11]
[12]
Rakan sepasukan dan senegara,
Juan Mata
menyatakan, "Beliau merupakan pemain yang kuat berlari di bek kanan, saya percaya beliau merupakan pemain yang sempurna."
[13]
Azpilicueta membuat debutnya bersama Chelsea pada 25 September 2012 dalam perlawanan kemenangan besar 6-0 ke atas
Wolverhampton Wanderers
dalam
Piala Liga Inggeris
.
[14]
Beliau bermain dalam Liga Perdana Inggeris seminggu kemudian sebagai pemain gantian menggantikan
Branislav Ivanovi?
dalam perlawanan 4-1 ke atas
Norwich City
.
Pada 3 November 2012, Azpilicueta membuat penampilan penuh dalam perlawanan liga menentang
Swansea City
, seri 1?1.
[15]
Beliau bermain sebanyak 48 perlawanan dalam musim pertamanya di bawah pengurus
Rafael Benitez
termasuk kejayaan The Blues di
Liga Eropah UEFA
dalam
perlawanan akhir
menentang kelab Portugal,
S.L. Benfica
, The Blues menang 2-1 di
Amsterdam
.
[16]
Azpilicueta menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea pada 29 Oktober 2013 ketika menentang
Arsenal
dalam
pusingan keempat Piala Liga Inggeris
.
[17]
Berikutan pengurus baru yang menggantikan Benitez
Jose Mourinho
, beliau mula bermain di posisi bek kiri untuk menggantikan tempat pemain
Ashley Cole
selepas Cole berpindah ke
Roma
.
[18]
[19]
Mourinho berkata kepada beliau: "Azpilicueta merupakan pemain yang berkebolehan. Saya rasa pasukan 11 Azpilicuetas memenangi Liga Eropah kerana permainan bola sepak bukannya datang dari bakat semula jadi"..
[20]
Sebelum musim 2014-15,
Ashley Cole
telah keluar dari Chelsea dan kelab tersebut membida sebanyak £15.8 juta kepada
Filipe Luis
untuk menggantikan Cole tetapi Azpilicueta pilihan pertama Chelsea di bek kiri.
[21]
Pada 2 September 2014, Azpilicueta menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Chelsea. Beliau mungkin kekal bersama Chelsea sehingga 2019.
[22]
Beliau telah dibuang padang pada 18 Oktober 2014 dalam separuh masa pertama dalam perlawanan kemenangan 2-1 ke atas
Crystal Palace
, beliau membuat kesalahan ke atas
Mile Jedinak
.
[23]
Dalam
kejohanan bawah-19 2007
, Azpilicueta membantu skuad
Sepanyol bawah-19
untuk memenangi Kejohanan Eropah tersebut. Selepas beliau memasuki skuad
Sepanyol bawah-21
, beliau memasuki
Kejohanan Eropah bawah-21
di
Sweden
.
Pada 11 Mei 2010, Azpilicueta yang baru berusia 20 tahun telah dimasukkan dalam skuad
senior Sepanyol
di bawah pengurus
Vicente del Bosque
dalam senarai 30 pemain untuk
Piala Dunia FIFA 2010
di
Afrika Selatan
. Malangnya, beliau tidak bermain dalam perlawanan akhir menentang
Belanda
.
[24]
Azpilicueta telah dimasukkan dalam
skuad Sepanyol
untuk
Sukan Olimpik Musim Panas 2012
di
London
selepas terlepas aksi kejohanan
UEFA Euro 2012
. Sepanyol di tangga tercorot selepas seri dalam perlawanan akhir perlawanan, 0-0 ke atas Maghribi di
Old Trafford
.
Pada 1 Februari 2013, Azpilicueta telah disenaraikan dalam skuad untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang
Uruguay
. Pengurus berkata; "Azpilicueta banyak bermain untuk Chelsea. Beliau memang banyak tenaga, pertahanan yang kebal dan melakukan serangan yang baik. Kita perlu banyak berharap kepada dia."
[25]
Beliau membuat debutnya lima hari kemudian dengan bermain penuh selama 90 minit selepas menang 3-1 ke atas Uruguay di
Doha
,
Qatar
;
[26]
selepas perlawanan, beliau berkata beliau "harapan bermain untuk Sepanyol" dalam peringkat senior.
[27]
Azpilicueta telah disenaraikan dalam skuad Sepanyol untuk
Piala Konfederasi FIFA 2013
di
Brazil
.
[28]
Beliau mula bermain dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang
Tahiti
di mana Sepanyol menang besar 10-0 dan rekod terbesar yang dilakar oleh Sepanyol di kejohanan tersebut.
[29]
Dalam
perlawanan akhir
, beliau menggantikan
Alvaro Arbeloa
pada minit ke-46 ketika menentang
Brazil
di mana Sepanyol tewas 3-0.
[30]
Pada Jun 2014, Azpilicueta telah dimasukkan dalam skuad Sepanyol untuk
Piala Dunia FIFA 2014
di
Brazil
.
[31]
Beliau bermain dalam perlawanan peringkat kumpulan pertama menentang
Belanda
[32]
dan
Chile
di mana Sepanyol tersingkir di peringkat kumpulan.
[33]
- Marseille
- Chelsea
- Sepanyol
- Sepanyol B19
- Sepanyol B21