Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bones
adalah sebuah siri drama jenayah yang telah memulakan tayangan perdananya di saluran
Fox Network
pada 13 September 2005, dan berakhir pada 28 Mac 2017, ditayangkan selama 246 episod selama dua belas musim. Rancangan ini berdasarkan sains forensik, dengan setiap episod menumpukan kepada fail kes
FBI
mengenai misteri di sebalik mayat yang dibawa oleh
Ejen Khas
FBI Seeley Booth kepada pasukan forensik antropologi iaitu Dr.
Temperance "Bones" Brennan
. Emily Deschanel melakonkan watak Bones, bersama David Boreanaz sebagai Ejen Khas
Seeley Booth
. Pelakon-pelakon lain termasuklah Michaela Conlin, T. J. Thyne, Eric Millegan, Jonathan Adams, Tamara Taylor, John Francis Daley dan John Boyd.
Dicipta oleh Hart Hanson, siri ini berdasarkan ahli antropologi forensik, Kathy Reichs, yang juga penerbit rancangan ini. Watak Bones, dinamakan sempena Temperance Brennan, watak protagonis dalam novel jenayah Reichs. Bones adalah sebuah terbitan bersama Josephson Entertainment, Far Field Productions dan 20th Century Fox television.
[1]
Pelakon
|
Watak
|
Penampilam
|
Emily Deschanel
|
Dr. Temperance "Bones" Brennan
|
Musim Pertama - kini
|
David Boreanaz
|
Special Agent Seeley Joseph Booth
|
Musim Pertama - kini
|
Micheala Conlin
|
Angela Pearly Gates Montenegro
|
Musim Pertama - kini
|
T.J. Thyne
|
Dr. Jack Stanley Hodgins
|
Musim Pertama - kini
|
Tamara Taylor
|
Dr. Camille Saroyan
|
Musim Kedua - kini
|
John Francis Daley
|
Dr. Lance Sweets
|
Musim Ketiga - kini (pelakon jemputan dalam musim kedua)
|
Eric Millegan
|
Dr. Zackary Uriah Addy
|
Musim Pertama - Ketiga, (pelakon jemputan dalam musim seterusnya)
|
Jonathan Adams
|
Dr. Daniel Goodman
|
Musim Pertama
|