Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bolak balik angkasa
Challenger
(
Designasi Kenderaan Pengorbit
NASA
: OV-099) merupakan
kapal angkasa
kedua NASA selepas
Columbia
. Ia membuat penerbangan sulung pada
4 April
,
1983
, dan telah melengkapkan sembilan misi sebelum meletup dan berkecai selepas 73 saat dilancarkan bagi melakukan misi ke-10,
STS-51-L
pada
28 Januari
,
1986
, dan menyebabkan kematian kesemua tujuh orang anak kapalnya. Kemalangan ini menyebabkan armada bolak balik angkasa Amerika Syarikat dilarang terbang selama dua setengah tahun. Misi menggunakan bolak balik angkasa disambung semula pada tahun 1988 dengan pelancaran
Bolak-balik angkasa lepas
Discovery
pada
STS-26
.
Challenger
itu sendiri telah digantikan oleh
Bolak-balik angkasa lepas
Endeavour
, yang mana telah dilancarkan pada tahun 1992.
Challenger
dinamakan sempena HMS
Challenger
, korvet British adalah kapal arahan bagi Ekspedisi Challenger, perintis ekspedisi penyelidikan marin global yang dilaksanakan dari 1872 hingga 1876. Modul lunar Apollo 17 yang mendarat di Bulan pada tahun 1972 juga dinamakan
Challenger
.