Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beberan
([be.be.ran] serapan
Jawa
:
????????
,
translit.
beberan
terbitan kata
??????
beber
"membentangkan";
[1]
[2]
bahasa Inggeris
:
spoiler
) adalah tulisan atau keterangan yang menyatakan (atau
membeber
)
[2]
jalan
sesuatu
cerita reka
lalu menyingkap atau membuka segala apa yang
terahsia
atau tersembunyi
[2]
mengenai kandungan cerita tersebut daripada pengetahuan penonton secara keseluruhan. Maka, sesiapa yang tersempak mengenai maklumat yang "membeberkan" suatu cerita ini akan merasakan kesenangan membaca cerita tersebut berkurangan kerana hilangnya rasa
dramatisasi
atau
ketegangan
yang ditimbulkan oleh cerita tersebut.
Biasanya dalam
media massa
mahupun
Internet
, beberan disembunyikan dengan cara tertentu sehingga ia hanya dapat dibaca oleh sesiapa yang ingin melihat beberan tersebut.
Kesedaran terhadap perilaku "pembeberan" ini mula wujud dalam kalangan pengguna
newsgroup
ketika infrastruktur
Internet
mula-mula digunapakai - di mana penyataan sesuatu maklumat mengenai cerita ditonton dihindari atas sebab
etika Internet
(
netiquette
) melainkan maklumat tersebut didahulukan dengan amaran ? lazimnya dengan pemberian kata awas (misalnya "SPOILER ALERT") ? ditutup ulasan agar ia sukar dilihat secara umum, sekiranya terpaksa.
Konsep ini mula dikembangkan kepada media cetakan pada 2005 apabila
Roger Ebert
,
pengulas filem
akhbar
Chicago Sun-Times
mula melakukan sedemikian atas saranan atau maklum balas beberapa pembacanya.
[3]
- ^
en Roorda, Gericke (1901).
"beber"
.
Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek
. 33: BaSa-BaNga. E. J. Brill: Leiden, Belanda. m/s. 2: 756 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari.
G. KN. uitgerold, uitgespreid (vrg. babar, ber, I.).
- ^
a
b
c
"beber"
.
Kamus Dewan
(ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017
. Dicapai pada
8 Disember
2019
.
- ^
Roger Ebert (29 Januari 2005).
"Critics have no right to play spoiler"
.
Chicago Sun-Times
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2013-01-20
. Dicapai pada
28 Januari
2016
.