Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera
Iran
ini terdiri daripada tiga jalur iaitu jalur
hijau
di atas sekali, jalur
putih
di tengah dan jalur
merah
di bawah dengan
jata negara Iran
ditengah jalur putih tersebut. Ini merupakan rekaan asal bendera Iran yang telah digunakan sejak awal abad ke-20. Rekaan terkini bendera ini diperkenalkan oleh
Hamid Nadimi
selepas
Revolusi Iran
pada
29 Julai
,
1980
. Pertukaran bendera ini mencerminkan perubahan dalam negara Iran selepas revolusi itu.
Setelah
Cyrus Agung
dari
Parsi
mengalahkan datuknya,
Astyages
dari
Medes
dan menyatukan kedua-dua kawasan menjadi suatu kerajaan baharu. Beliau membentuk bendera baru yang tersusun atas warna hijau, putih, dan merah, yang kemudiannya menjadi warna asas bagi bendera Iran. Ketiga-tiga warna ini mempunyai maksud yang tersendiri:
- Hijau - melambangkan pertumbuhan, kebahagiaan, persatuan, alam, semangat dan
bahasa Parsi
. Ia juga melambangkan warna
Islam
yang turut digunakan bendera negara-negara majoriti Islam berjiranan lain seperti
Pakistan
.
- Putih - melambangkan perdamaian.
- Merah - melambangkan kesyahidan. Dalam kebudayaan Iran sendirinya, warna ini dikaitkan dengan keberanian, api, kehidupan, cinta, kehangatan, dan kecanggihan.
Pada jalur-jalur hijau dan merah terdapat ungkapan
takbir
(
Allahu akbar,
Allah
maha besar") dalam tulisan
khat Kufi
sebanyak 11 kali di kedua-dua jalur - kalimat yang berulang 22 kali ini melambangkan panggilan takbir pada malam 22
Bahman
1357 dalam
takwim Parsi
(
11 Februari
1979
) yang menandakan perubahan Iran menjadi sebuah "
republik
Islam
" sepertimana yang diisytiharkan siaran radio kebangsaan negara tersebut. Aspek ini menjadikan rekaan bendera ini tidak simetrik lalu tidak dapat diterbalikkan.
Nisbah panjang lebar bidang bendera ialah 4:7. Rincian tepat warna yang diberikan untuk mereka bendera ini adalan seperti berikut:
Skema warna
|
Hijau
|
Putih
|
Merah
|
RGB
|
35/159/64
|
255/255/255
|
218/0/0
|
Hexadecimal
|
#239f40
|
#FFFFFF
|
#da0000
|
CMYK
|
78/0/60/38
|
0/0/0/0
|
0/100/100/15
|
Simbol singa berpedang dan matahari pada asalnya merupakan lambang kuasa
Saidina Ali bin Abi Talib
yang dianggap sebagai
Imam
dala kalangan masyarakat majoriti Iran yang beranutan
Syi'ah
, namun ia lama-kelamaan menjadi berkait kuat dengan kekuasaan
Wangsa Pahlavi
yang menindas rakyat.
[1]
-
Bendera Iran dari tahun 1925 hingga 1964.
-
Bendera dipakai tentera laut Iran dari tahun 1964 hingga 1979.
-
Bendera Iran dengan Singa dan Mataharinya sebelum Revolusi Islam 1979.