Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah bas dua tingkat
New Routemaster
kendalian
Arriva London
di laluan
London Buses
nombor 73.
Bas
(
Jawi
:
??
) merupakan sebuah
kenderaan
pengangkutan awam
jalan raya
yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang lebih ramai daripada muatan
kereta
atau
van
selain pemandu dan kadang-kadang konduktor bas.
Pemandu bas memerlukan lesen kenderaan besar khas selain
lesen memandu
sendiri.
Kereta kuda "Omnibus" Paris, lewat abad ke-19.
Perkataan "bas" serapan
Inggeris
bus
pendekan kata sifat
Latin
omnibus
[1]
[2]
("untuk semua") bentuk jamak datif
omnis/omne
("semua").
[3]
Nama kenderaan ini asalnya dalam
bahasa Perancis
voiture omnibus
[1]
("kenderaan untuk semua") daripada perkhidmatan pengangkutan ramai dimulakan tahun 1823 oleh
Stanislas Baudry
, seorang pemilik kilang tepung di Richebourg, luar bandar raya
Nantes
. Kilang tepung Baudry menghasilkan air panas sebagai keluaran sampingan, oleh itu beliau mendirikan sebuah perniagaan
spa
. Beliau memulakan perkhidmatan
kereta kuda
dari pusat bandar raya Nantes ke spa tersebut. Perhentian pertama kereta-kereta beliau ialah kedai seorang tukang topi bernama Omnes yang memasangkan papan tanda tertulis nama "Omnes Omnibus" yang bermain kata dengan nama keluarga Omnes yang berbunyi seperti kata bahasa Latin
omnis/-e
("semua") di atas.
[3]
Oleh itu, nama kedai tukang topi ini membawa maksud "Omnes untuk semua", atau "semua benda untuk semua orang".
[1]
Rancangan Baudry sungguh berjaya walaupun tidak seperti yang diharapkan beliau kerana banyak penumpang perkhidmatan beliau tidak melawat spa beliau. Beliau menjadikan perkhidmatan pengangkutan ini usaha niaga utamanya dan menutup kilang dan spanya.
[4]
Para penduduk bandar Nantes tidak lama kemudian menggelarkan kenderaan beliau "omnibus".
[1]
Bas transit tempatan di
Canberra
,
ACT
.
- Bas transit tempatan
- Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi kawasan dalam sesuatu bandar, dengan jarak sekitar beberapa kilometer sahaja.
- Bas antara bandar
- Juga dikenali sebagai bas henti-henti, bas ini menyediakan perkhidmatan di sepanjang laluannya di antara dua bandar utama, termasuklah di kawasan kampung atau pekan-pekan kecil di sepanjang laluannya.
- Bas shuttle
- Menyediakan perkhidmatan pengangkutan di antara dua destinasi, misalnya dari lapangan terbang ke pusat bandar raya. Bas-bas oleh pusat pelancongan serta kolej dan universiti juga dikategorikan sebagai bas shuttle.
- Bas persiaran
- Disediakan bagi menunjukkan tempat-tempat menarik kepada pelancong dengan menaiki bas tersebut. Biasanya apabila bas persiaran melalui tempat-tempat menarik, pemandu pelancong akan memberi penerangan mengenai tempat-tempat tersebut kepada pelancong. Bas-bas persiaran jarak jauh biasanya membenarkan pelancong untuk turun seketika di beberapa tempat menarik.
- Bas sekolah
- Menyediakan perkhidmatan pengangkutan transit tempatan kepada pelajar-pelajar sekolah.
- Bas Pekerja
Digunakan untuk menghantar dan mengambil balik pekerja dari tempat kediaman mereka ke kilang tempat mereka bertugas.
- Bas Ekspres
Memberikan perkhidmatan jarak jauh antara bandar-bandar besar.
Terdapat juga Bas Ekspres Eksekutif yang mengenakan tambang lebih mahal tetapi dengan beberapa kelebihan seumpama layanan di dalam kapal terbang merangkumi keselesaan, makanan dan minuman serta ruang duduk yang lebih luas.
Bas Biarticulated (
Expresso Biarticulado
) di
Curitiba
,
Brazil
.
Bas ekspres yang diletakkan di
Chichen Itza
,
Mexico
.
- Bas komuter
(juga dikenali sebagai
bas transit
) biasanya mempunyai dua gandar serta dua pintu (hadapan dan tengah). Tempat duduk bas komuter selalunya terhad serta mempunyai ruang untuk penumpang berdiri. Ruang meletak barang juga tidak disediakan kerana ketinggian lantai yang rendah.
- Bas sekolah
juga serupa seperti bas komuter, tetapi disesuaikan untuk kegunaan pelajar sekolah.
- Bas elektrik
yang menggunakan tenaga
elektrik
daripada bateri.
[5]
- Tram
atau
bas troli
merupakan sejenis bas elektrik tetapi memperoleh bekalan kuasa elektrik daripada talian elektrik bertiang.
- Bas hibrid
atau
bas kacukan
yang menggunakan gabungan sumber elektrik daripada bateri dengan
enjin pembakaran dalaman
.
- Bas ekspres
atau
koc
adalah lebih berat, selalunya mempunyai tiga gandar dengan hanya satu pintu utama dan tiada ruang berdiri. Kerusi penumpang di dalam bas ekspres pula adalah lembut, selesa serta boleh dilaras. Terdapat pilihan antara kerusi penumpang jenis 2 + 2
[6]
atau 2+1.
[7]
Ketinggian lantainya juga agak tinggi, membolehkan ruang meletak yang besar turut disediakan. Di samping itu, terdapat juga rak kecil di atas kepala bagi menempatkan barang-barang yang lebih kecil. Juga terdapat Bas Ekspres dua tingkat
[8]
dan Semi Hi-Decker
[9]
(lantai lebih tinggi dari biasa)
Asalnya kebanyakan pembina bas terdiri daripada pembina badan kereta kuda, dan kemudiannya pengeluar
kereta
dan
lori
. Bas terawal biasanya terdiri daripada badan bas yang dipasang pada sistem kerangka lori. Pendekatan badan campur kerangka ini berterusan sehingga membawa kepada pengeluar moden khusus, di mana
enjin
bas yang menggunakan
enjin diesel
dibina oleh sesebuah syarikat tertentu, manakala kerangka dan badan dibina oleh syarikat yang berlainan. Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat khusus yang membina sepenuhnya bas, daripada enjin sehinggalah kepada badan bas. Kerangka terkini jenis Monocoque didakwa lebih ringan dan lebih selamat sehingga mencapai tahap ECE R66.
[10]
[11]
Pengeluar bas moden kini turut menyertakan peralatan berteknologi canggih seperti sistem pemantauan
GPS
,
Wi-Fi
dalam kenderaan, permainan komputer, skrin LCD Peribadi, tempahan tiket secara atas talian serta sistem maklumat penumpang elektronik di dalam bas bagi menambah kecekapan operasi sistem pengangkutan bas.
- ^
a
b
c
d
Lihat:
- Chisholm, Hugh, penyunting (1911).
"Omnibus"
.
Encyclopædia Britannica
(dalam bahasa Inggeris).
20
(ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 104.
- "Etymologie de omnibus"
.
Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles
(dalam bahasa Perancis). 2012
. Dicapai pada
7 Jun
2024
.
1. [...] ≪voiture publique servant au transport des passagers≫ (
Journal de Paris
, 16 juillet, p.2, col. 1: On dit qu'a compter du 17 courant, une partie des fiacres et cabriolets stationneront sur les places publiques de Paris sous le titre d'Omnibus, et pourront marcher moyennant vingt-cinq centimes par personne)... de
voiture omnibus
(1835, Ac.), propr. ≪voiture pour tous≫ ou
omnibus
est le datif [plural] de l'[adjective latine]
omnis
≪tous≫ (v.
omni
-).
- ^
Kwik Khing Djoen (1923). "omnibus (L)".
Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe
. Batavia: Sin Po. m/s. 259. "kreta dari 4 roda boeat tarik segala penoempang; kreta
tram
boeat orang banjak".
- ^
a
b
Marchant, J.R.V.; Charles, Joseph F., penyunting (1928).
Cassell's Latin Dictionary
(ed. Revised).
- ^
"La prehistoire des transports urbains"
[Prasejarah pengangkutan bandar] (dalam bahasa Perancis). Chelles, Seine-et-Marne, Perancis: Transportation Museum.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Mac 2021
. Dicapai pada
22 Februari
2019
.
- ^
bateri
Diarkibkan
4 Mac 2016 di
Wayback Machine
- ^
2+2
[
pautan mati kekal
]
- ^
2+1
[
pautan mati kekal
]
- ^
Bas Ekspres dua tingkat
- ^
Semi Hi-Decker
Diarkibkan
21 Julai 2015 di
Wayback Machine
- ^
Lee, Patrick (8 Julai 2013).
"Monocoque buses offer better deal"
.
The Star
. Dicapai pada
22 April
2022
.
- ^
Jones, Norman; Brebbia, C. A. (2010).
Structures Under Shock and Impact XI
. m/s. 42.
ISBN
978-1-84564-466-6
.