Orang Jepun
日本人
|
|
Kira-kira
130 juta
|
|
Jepun
127 juta
|
|
Brazil
| 1,400,000
[1]
|
---|
Amerika Syarikat
| 1,200,000
[2]
|
---|
Filipina
| 150,000
|
---|
China
| 99,000
[3]
|
---|
Kanada
| 85,000
[4]
|
---|
Peru
| 81,000
[5]
|
---|
United Kingdom
| 51,000
[6]
|
---|
Jerman
| 34,000
[7]
|
---|
Argentina
| 30,000
[8]
|
---|
Australia
| 27,000
[9]
|
---|
Singapura
| 23,000
[10]
|
---|
Mexico
| 20,000
[11]
|
---|
Taiwan
| 16,000
[12]
|
---|
Korea Selatan
| 15,000
[13]
|
---|
|
Jepun
|
|
Shinto
,
Buddha
, kelompok-kelompok
sekular
yang besar
|
Orang Jepun
(
日本人
,
Nihonjin, Nipponjin
)
merupakan
suku etnik
yang
dikenal pasti
sebagai mengamalkan budaya atau berketurunan
Jepun
. Istilah ini juga merujuk kepada orang yang memegang
kewarganegaraan
Jepun. Di seluruh dunia terdapat kira-kira 130 juta orang berketurunan Jepun; antaranya, lebih kurang 127 juta orang merupakan penduduk negara Jepun. Orang berketurunan Jepun yang tinggal di negara lain digelar
Nikkeijin
(
日系人
)
. Istilah "orang Jepun" juga digunakan dalam sesetengah konteks untuk merujuk kepada satu lokus suku kaum yang termasuk
orang Yamato
,
Ainu
, dan
Ryukyu
.
Budaya Jepun telah banyak berevolusi selama bertahun-tahun, sejak
budaya J?mon
asal negara tersebut sehinggalah budaya campuran masa kini yang menggabungkan pengaruh dari
Asia
,
Eropah
dan
Amerika
. Begitu juga, budaya Jepun mempengaruhi estetika negara-negara lain, dalam bidang-bidang
lukisan impresionis
hinggalah buku komik dan permainan video.
Bahasa Jepun merupakan bahasa ibunda kebanyakan orang Jepun di dunia. Bahasa ini merupakan satu ahli
rumpun bahasa Japonik
yang sering dianggap sebagai
bahasa terasing
, meskipun juga berkaitan dengan
bahasa Ryukyu
di Okinawa. Bahasa Jepun ditulis dengan
sistem tulisan
tiga komponen yang berpuncakan
aksara Cina
. Orang Jepun di tanah air mereka menggunakan bahasa Jepun dalam perbualan harian. Kadar celik huruf bagi orang dewasa di Jepun mencecah 99%;
[1]
namun begitu, ini mungkin tidak mencerminkan kadar celik huruf yang tepat kerana kerumitan sistem tulisan Jepun.
[2]
Keagamaan di Jepun merupakan gabungan unsur-unsur
agama Buddha
dan
Shinto
. Agama Shinto ialah agama
politeistik
yang tidak mempunyai kitab kanun agama dan merupakan agama tradisi Jepun. Shinto pernah merupakan salah satu faktor penting bagi hak untuk menaiki taktha kerabat diraja Jepun, dan dikodifikasi sebagai agama kebangsaan pada tahun
1868
(Shinto Kebangsaan dimansuhkan oleh pendudukan Amerika pada tahun 1945).
Agama Buddha Mahayana
tiba di Jepun pada abad keenam dan berevolusi menjadi pelbagai mazhab berlainan. Kini mazhab terbesar agama Buddha di Jepun ialah mazhab
Jodo Shinshu
yang diasaskan oleh
Shinran
.
Menurut
CIA World Factbook
, apabila ditanya mengenai agama mereka, kebanyakan orang Jepun (84%) menganut kedua-dua agama
Shinto
dan
Buddha
. Kepentingan keagamaan orang Jepun kebanyakannya lebih cenderung kepada
mitos
,
tradisi
dan kegiatan kejiranan berbanding sumber tunggal pedoman akhlak bagi hidup seseorang.
Konfusianisme
atau
Taoisme
kadang-kala dijadikan asas prinsip moral.
Sesetengah genre kesusasteraan berasal daripada dan sering dikaitkan dengan masyarakat Jepun. Ini termasuklah
haiku
,
tanka
, dan
I Novel
, namun kebanyakan pengarang zaman sekarang tidak mengamalkan gaya-gaya sedemikian. Dalam sejarah, kebanyakan kerya-karya ini telah mencuba untuk menangkap atau mengekod nilai-nilai dan estetika budaya Jepun tradisional. Antara karya sedemikian yang terkenal termasuk
Cerita Genji
oleh
Murasaki Shikibu
(1021) yang mengenai budaya diraja
zaman Heian
;
Buku Lima Gelang
oleh
Miyamoto Musashi
(1645) yang menceritakan strategi ketenteraan;
Oku no Hosomichi
oleh
Matsuo Bash?
(1691), sebuah
travelog
; dan karangan
Junichiro Tanizaki
berjudul "
Pujaan Bayangan
" (1933) yang membandingkan budaya Timur dan Barat.
Berikutan pembukaan Jepun kepada dunia Barat pada tahun
1854
, sesetengah karya yang memakai gaya sebegini ditulis dalam bahasa Inggeris oleh rakyat Jepun; termasuklah
Bushido: The Soul of Japan
oleh
Nitobe Inazo
(1900) yang membincangkan etika
samurai
, dan
The Book of Tea
oleh
Okakura Kakuzo
(1906) yang menangani implikasi falsafah
upacara teh Jepun
. Para pemerhati Barat juga sering cuba menilai masyarakat Jepun, dipulangkan dengan pelbagai hasil kajian; salah satu karya yang paling dikenali dan banyak kontroversi hasil daripada kajian sebegini ialah
The Chrysanthemum and the Sword
oleh
Ruth Benedict
(1946).
Pengarang Jepun abad ke-20 mencatat perubahan dalam masyarakat Jepun melalui karya mereka. Antara pengarang sedemikian yang terkenal termasuk
Natsume S?seki
,
Junichiro Tanizaki
,
Osamu Dazai
,
Yasunari Kawabata
,
Fumiko Enchi
,
Yukio Mishima
, dan
Ryotaro Shiba
. Di Jepun masa kini, pengarang masyhur seperti
Ryu Murakami
,
Haruki Murakami
, dan
Banana Yoshimoto
disanjung tinggi.