Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayam goreng Korea
, juga dikenali sebagai
chikin
(
Korea
:
치킨
, daripada perkataan
bahasa Inggeris
;
chicken
) di
Korea
merujuk kepada pelbagai hidangan
ayam goreng
yang dibuat serta diproses di
Korea Selatan
, termasuk
huraideu-chicken
(후라이드 치킨; "ayam goreng" serta
ayam yangnyeom
(양념 치킨; "ayam berbumbu").
[1]
Di Korea Selatan, ia dimakan sebagai makanan pembuka,
anju
iaitu makanan yang disajikan dan dimakan bersamam minuman atau sebagai makanan ringan.
[2]
Ayam biasanya dibumbui dengan
rempah
,
gula
dan
garam
, sebelum dan sesudah di
goreng rendam
. Restoran ayam goreng Korea biasanya menggunakan ayam bersaiz kecil atau sederhana; ayam yang lebih muda akan menghasilkan
daging ayam
yang lebih lembut. Setelah digoreng, ayam biasanya dicelup dengan
sos
menggunakan tangan untuk melapisi ayam dengan lapisan nipis. Acar lobak dan
bir
atau
minuman berkarbonat
selalunya disajikan bersama dengan ayam goreng Korea.