Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro SuperSport
(awalnya menggunakan nama
SuperSport
hingga 28 September 2003) merupakan sebuah saluran
televisyen satelit
berbayar di
Malaysia
dan mengkhusus dalam menyiarkan kandungan berkaitan sukan selama 24 jam Rangkaian ini boleh didapati di
platform Astro
melalui Astro Supersport (Saluran 811) khas untuk pelanggan Sports Pack sahaja. Saluran ini dengan salah satu saluran sukan Astro yang asal serta menawarkan pelbagai acara sukan tahunan bertaraf antarabangsa termasuklah
bola sepak
,
badminton
,
sukan permotoran
,
ragbi
,
bola tampar
,
golf
dan
WWE
Telekom Malaysia Berhad
telah mengikat perjanjian dengan
Astro Malaysia Holdings Berhad
untuk menyiarkan Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport HD 2 melalui rangkaian perkhidmatan
Unifi TV
selama tiga tahun. Kandungan kejohanan sukan yang disiarkan melalui saluran ini termasuklah beberapa perlawanan
Liga Perdana Inggeris
.
[1]
Apabila kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij dijalankan, akan berlaku penambahan saluran untuk membolehkan liputan khas secara langsung disiarkan.
Saluran ini menjadi peneraju kepada kaedah penyiaran di
Asia Tenggara
melalui Saluran 811. Rangkaian ini telah menyiarkan program studio berkaitan kejohanan sukan terbesar dalam versi HD seperti Liga Perdana Inggeris dan
Piala Dunia FIFA
sejak 2010 dan program sukan daripada majalah iaitu
FourFourTwo
sejak 2011.
Astro SuperSport melancarkan siaran pertamanya pada 3 Ogos 1997. Pada mulanya, Astro SuperSport menggunakan nama panggilan
SuperSport
hanya digunakan semasa dalam siaran di Astro dengan salah satu saluran sukan Astro yang asal serta menawarkan pelbagai acara sukan tahunan bertaraf antarabangsa termasuklah
bola sepak
,
badminton
,
sukan permotoran
,
ragbi
,
bola tampar
dan
golf
.
Pada 29 September 2003, perkataan SuperSport secara rasminya telah bertukar nama dan logo baharu kepada
Astro SuperSport
telah digunakan sempena ulang tahun ke-7 Astro, dilengkapi dengan dua segi empat tepat dan garisan melengkung di tengah. Perkataan "astro" (tanda perkhidmatan televisyen satelit) dalam huruf kecil di atas dan "SUPERSPORT" dalam huruf besar masih digunakan di bawah dalam gabungan dua segi empat tepat.
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro SuperSport:
- Pada tanggal 3 Ogos 1997, Astro SuperSport dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 200.
- Pada 1 November 1999, Astro SuperSport telah dinomborkan semula dari saluran 200 ke saluran 37.
- Pada 1 Januari 2002, Astro SuperSport telah dinomborkan semula dari saluran 37 ke saluran 80.
- Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro SuperSport akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 811.
- Pada 11 Disember 2009, Astro SuperSport dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 831.
- Pada 23 April 2013, Astro SuperSport telah dinomborkan semula dari saluran 811 ke saluran 810.
- Pada tanggal 1 Ogos 2019, Astro SuperSport akan diubah nombor lagi menjadi saluran 811 untuk siaran format HD dan saluran 831 untuk siaran format SD.
- Pada 30 November 2020, Astro SuperSport telah bersiaran menerusi saluran 811 (HD) dan saluran 831 (SD) telah rasmi ditamatkan dan digantikan oleh
Astro Arena (SD)
menerusi platform
NJOI
pada 15 April 2021.
- Pada tanggal 1 Julai 2022, Astro SuperSport UHD dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 805.
Logo
|
Nama saluran
|
Dilancarkan perdana
|
Ditutup siaran
|
LCN
|
Media perstriman
|
Nama sebelumnya
|
|
Astro SuperSport 2
|
18 November 2009 (SD)
8 Ogos 2011 (HD)
|
30 November 2020 (SD)
|
812 (HD) (
Astro
/
NJOI
)
|
Astro GO
Sooka
|
Astro SuperSport HD 2
nama yang digunakan hingga 2013
|
|
Astro SuperSport 3
|
12 Ogos 2010 (SD)
23 April 2013 (HD)
|
813 (HD) (
Astro
/
NJOI
)
|
Astro GO
Sooka
|
|
|
Astro SuperSport 4
|
23 April 2013 (SD)
1 September 2016 (HD)
|
814 (HD) (
Astro
/
NJOI
)
|
Astro GO
Sooka
|
|
|
Astro SuperSport 5
|
1 Oktober 2021
|
15 Julai 2023
|
?
|
?
|
Pengganti saluran jaringan
FOX Sports
di Asia Tenggara pada 30 September 2021 dan digantikan oleh W-Sport pada 15 Julai 2023.
|
|
Astro SuperSport UHD
|
1 Julai 2022
|
?
|
805 dan 806 (4K UHD) (
Astro
)
|
?
|
Pengganti saluran oleh
Astro UHD
|
1
: Program ini hanya untuk pelanggan Astro SuperSport Plus di saluran sendiri.
2
: Tayangan serentak di
Astro Arena
.