Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro GO
(dahulu dikenali sebagai
Astro-On The GO
) digayakan sebagai
Astro GO
merupakan satu platform OTT kali kedua di
Malaysia
selepas pelancaran
RTM Klik
yang dirasmikan oleh
Radio Televisyen Malaysia
pada 16 Jun 2012. Ia dibangunkan dan dikendalikan oleh
Astro Malaysia
pada 31 Ogos 2012. Apikasi ini digantikan dengan perkhidmatan
Astro Mobile TV
setelah 5 tahun beroperasi di telefon bimbit
2.5G
dan
3G
. Untuk pelanggan
NJOI
pun boleh mengakses aplikasi ini selepas
NJOI Now
telah dihentikan berikutan dengan kontroversi.
Astro GO turut mempunyai 2 jenis iaitu
Plus
dan
percuma
.Bagi percuma, pengguna dapat menyambung dua peranti dalam satu akuan beserta dengan masa
Cloud Recording
dalam 200 jam manakala untuk
Plus
atau Astro Cloud adalah berbayar.Ia membolehkan pengguna dapat strim di empat peranti dalam satu akaun Kad Pintar Astro (
ACB
ialah Kad SIM Astro) dan masa
Cloud Recording
dalam 1500 jam sahaja.
Astro GO ini hanya tersedia di platform mudah alih seperti
Android
,
IOS
,
Komputer
Dan TV pintar seperti
Samsung
Tizen OS, TV Sharp dan Sony Bravia dikuasai Android TV dan
LG
Think OS (Sebagai
Astro
). Untuk Apple TV masih tidak tersedia.
Bukan Astro GO sahaja, ada apikasi yang serupa dengannya seperti
NJOI Now
(2017-19) dan apikasi perstriman premium,
sooka
.
Astro GO ini juga menyiarkan video strim langsung dengan saluran tv (Live TV) dan Video
On-Demand
yang berdefinisi tinggi. Saluran bagi Berdefinisi Standard (SD) seperti saluran TV
Media Prima
seperti
TV3
,
DidikTV KPM
,
8TV
dan
TV9
serta saluran Berdefinisi Tinggi (HD) seperti
Awesome TV
,
NHK World Premium
dan
Astro Vellithirai
tidak tersedia. Pada 1 April 2021, yang lalu saluran
Radio Televisyen Malaysia
seperti
RTM TV1
,
RTM TV2
dan
RTM TV Okey
telah tersedia walaupun dulunya tidak ada di aplikasi ini selepas 9 tahun lepas kerana ketiga saluran itu sudah ke format HDTV (yang dahulunya SDTV). Astro GO adalah percuma kepada semua pelanggannya yang hanya mempunyai pakej-pakej yang dilanggan sedia ada serta tidak tertunggak mahupun tidak bermasalah sahaja dan ia menyokong peranti dalam resolusi
16:9
dan ke atas. Bagi siaran yang berformat 4K UHDTV tidak tersedia kerana kebanyakan telefon pintar, tablet, PC dan laptop adalah berlayar kecil dan tidak sama dengan televisyen.
Astro GO
juga mempunyai saluran eksklusifnya khas untuk pelanggan
Astro
bergantung pada pakej yang tersedia.Terdapat saluran ini juga adalah tiada dalam set kotak dekoder Astro (STB) seperti
Astro Connected Box
bagi Ultra Box dan Ulti Box, serta
B.yond HD Box
.