Asparagus
|
|
Ikatan-ikatan pucuk asparagus dipangkas
|
Pengelasan saintifik
|
Alam:
|
|
Divisi:
|
|
Kelas:
|
|
Order:
|
|
Keluarga:
|
|
Genus:
|
|
Spesies:
|
A. officinalis
|
Nama binomial
|
Asparagus officinalis
|
Sinonim
[1]
|
- Asparagus altilis
(L.) Asch.
- Asparagus caspius
Schult. & Schult.f.
- Asparagus esculentus
Salisb.
- Asparagus fiori
Sennen
- Asparagus hedecarpus
Andrews ex Baker
"
- Asparagus hortensis
Mill. ex Baker
- Asparagus littoralis
Steven
- Asparagus oxycarpus
Steven
- Asparagus paragus
Gueldenst. ex Ledeb.
- Asparagus polyphyllus
Steven ex Ledeb.
- Asparagus sativus
Mill.
- Asparagus setiformis
Krylov
- Asparagus vulgaris
Gueldenst. ex Ledeb.
|
Asparagus
(
Jawi
:
?????????
),
sapersi
(juga:
sepersi
, Jawi:
??????
),
saperji
,
akar parsi
atau
akar separuh keras
adalah
tumbuhan saka
berbatang kecil yang berasal dari daerah timur
Mediterranean
, tetapi juga
tumbuhan asli
di kebanyakan negara
Eropah
, utara
Afrika
dan barat
Asia
. Ia juga diklasifikasikan sebagai
sayur-sayuran
kerana pucuknya boleh dimakan dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal pokok. Ia kaya dengan
zat besi
,
kalsium
,
fosforus
,
natrium
,
kalium
,
vitamin
A dan C dan
niasin
.
Di kawasan
Asia Tenggara
, asparagus ditanam di
Malaysia
,
Indonesia
dan
Thailand
iaitu di kawasan tanah tinggi dan ada juga di kawasan tanah rendah. Malaysia menanam asparagus di kawasan tanah tinggi seperti di
Tanah Tinggi Cameron
dan
Kundasang
dengan anggaran keluasan direkodkan sekitar 160-175 hektar setiap tahun. Penanaman asparagus dunia ialah sekitar 150,000 hektar setiap tahun dengan anggaran pengeluaran sebanyak 500,000 metrik tan. Penanaman asparagus paling luas ditanam di kawasan
Amerika Utara
(52,000 ha) diikuti dengan Eropah (45,000 ha) dan kawasan
Asia
(20,000 ha) setiap tahun. Tanaman asparagus di Asia Tengara paling luas diusahakan di Thailand (1,800 hektar/tahun) iaitu 85% adalah pengeluaran asparagus hijau dan 15% asparagus putih. Di Indonesia, kawasan seluas 1,000 hektar asparagus ditanam setiap tahun iaitu 60% untuk asparagus hijau dan 40% asparagus putih.
Nama-nama
sapersi
,
sepersi
,
saperji
dan
akar parsi
meminjam dari kata
bahasa Belanda
asperge
serapan bahasa Perancis turunan kata Latin
asparagus
;
[2]
kata
akar parsi
ini hasil pertindihan dengan kata "Parsi" yang disangka sama makna.
[3]
Perkataan bahasa Latin
asparagus
turut diserapkan terus sebagai istilah moden melalui bahasa Inggeris.
Nama
akar separuh keras
tercatat dalam kamus dwibahasa Wilkinson 1932 (dieja
akar sa-paroh k?ras
) daripada kefahaman setempat terhadap cara memakan sayur diperkenalkan ini yang "hanya separuh sahaja dimakan" (
only half is eaten
).
[4]
Ditemui oleh orang
Greek
yang tumbuh sepanjang pantai di timur Mediterranian,
asparagus
telah ditanam oleh orang
Rom
pada tahun 200
SM
. Walaupun begitu, terdapat lukisan makam Mesir kuno mengenai asparagus dari tahun 4000 SM, dan menjadi petunjuk yang ia telah digunakan untuk penyakit kencing dan
en:deworming
. Semasa
zaman Pembaharuan
asparagus digunakan sebagai
afrodisiak
dan telah diharamkan dari dapur biara untuk rahib perempuan. Dalam bukunya
Herba Lengkap
(1653) Nicholas Culpeper menasihati ia 'meningkatkan nafsu badan dalam lelaki atau wanita, apapun telah ditulis dengan sebaliknya'. Dalam manual cinta Arab
Taman Wangian
oleh Sheikh Nefzaoui (diterjemahkan pada 1880), ia telah ditulis bahawa dia yang memakan hidangan ini setiap hari akan mendapati ia peransang untuk kemahuan berahinya. Kemudiannya, Theodoor Henrick van de Velde (1873-1937), ahli
perubatan
Belanda, ahli
ginekologi
dan
seksologi
, juga mengangkat asparagus sebagai satu afrodisiak.
Asparagus mempunyai 'lembing' tegak ke atas (pucuk dari
mahkota bawah tanah
) yang boleh tumbuh sehingga 2 meter tinggi. Daun asparagus halus berbentuk seperti jarum dari batang yang tidak bercabang. Bunga asparagus ialah unisexual, kecil, berbentuk tiub kampanulat dan menghasilkan buah kecil seperti beri, berwarna hitam dalam 1-6 biji benih. Apabila ia sedang ingin berbunga,
braktea
atas kepala-lembing bercabang ke batang dengan pelepah lembut, yang dinamakan '
paku sisik
'. Bahagian yang boleh dimakan ialah pucuknya setelah dimasak.
Kandungan pemakanan asparagus adalah berbeza antara asparagus hijau dan asparagus putih. Setiap 100 gram asparagus hijau mengandungi 92 g
air
, 2.8 gm
protein
, 0.2 gm
lemak
, 2.2 g
karbohidrat
, 980 IU
vitamin A
, 0.23 g
vitamin B
, 2.2 mg
niasin
dan 52 mg
fosforus
serta 132 kJoule
tenaga
. Kandungan zat pemakanan asparagus putih lebih rendah sedikit. Berat setiap 1,000 biji benih asparagus bersamaan 40 gram.
Bagi mereka yang menghadapi masalah
kulit
yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah seterusnya menyebabkan wujudnya masalah-masalah kulit seperti
jerawat
atau
kudis
, asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka. Ini kerana kandungan
alkali
yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.
[
perlu rujukan
]
Penanaman asparagus menggunakan biji benih perlu disemai terlebih dahulu dalam tapak semaian. Pembiakan menggunakan kaedah lain seperti keratan,
kultur tisu
didik dan sebagainya kurang berjaya. Disyorkan memilih varieti asparagus yang mampu menghasilkan hasil tinggi, rintang penyakit dan mendapat permintaan pasaran terbaik. Penyediaan kawasan atau tanah disyorkan dengan membina batas tanaman diatas tanah yang digembur dan pastikan mempunyai saliran yang baik untuk mengelakkan banjir. Benih yang siap sedia ditanam dengan jarak 1.5 meter x 0.3 meter. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 bersama baja organik dengan kadar disyorkan adalah penting untuk memastikan pengeluaran tunas dan mempunyai sistem pengairan sempurna. Kawalan rumpai mesti dijalankan dengan manual (cabut dengan tangan atau tajak) bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan mengurangkan persaingan. Elakkan menggunakan racun rumpai di kawasan penanaman asparagus.
Di Malaysia, tanaman asparagus diserang
bintik daun
pada bahagian daun oleh kulat
Stemphylium botryosum
,
Cercospora parangi
atau
Phoma asparagi
.
Busuk akar lembayung
terjadi akibat kulat bawah-tanah
Helicobasidium purpureum
dan membunuh
gelangan akar
pokok.
Kawalan perosak dibuat dengan semburan
racun kulat
seperti Mancozeb pada kadar disyorkan. Penyakit
layu Fusarium
(
Fusarium spp
) menyerang terutama di kawasan lembab dan terlalu kerap membuat tuaian berlebihan. Kekurangan nutrien baja juga boleh menyebabkan berlakunya serangan layu fusarium.
Amalan pertanian baik
seperti disyorkan dapat mengelak serangan penyakit ini.
Pucuk atau tunas asparagus akan dipetik sebaik sahaja mencapai ketinggian 16-25 cm dari paras tanah. Asparagus hijau terjadi apabila pucuk yang keluar dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan asparagus hijau diperolehi dengan menimbus pangkal pokok dengan tanah. Lazimnya asparagus putih berada dalam tanah dan mempunyai saiz batang lebih besar berbanding dengan asparagus hijau.
Penuaian asparagus dijalankan selepas 12 minggu (3 bulan) penanaman dengan syarat pertumbuhan pokok subur dan banyak tunas asparagus muncul sepanjang tahun. Penuaian mesti mempastikan 'pokok ibu' atau pokok induk sentiasa subur dan meninggalkan 3-5 tunas untuk dijadikan pokok. Pemotongan dengan pisau tajam sepanjang 18-25 cm dari paras tanah untuk asparagus hijau. Bagi asparagus putih, potongan sepanjang 10 cm dari pangkal pucuk muncul bermula di permukaan tanah. Kambus balik pangkal rumpun tanaman asparagus selepas menuai. Kajian ahli
agronomi
mendapati purata hasil asparagus adalah dalam lingkungan 1.5 - 1.8 mt/ha di Malaysia, 2.1 mt/ha di Indonesia, 4.4 mt/ha di Thailand. Purata penghasilan asparagus di seluruh dunia adalah sekitar 3 mt/ha.
Pucuk asparagus yang dituai masih aktif mmenjalani proses
respirasi
menyebabkan ianya perlu dipasarkan segera atau terus dimasukkan ke dalam bilik sejuk untuk mengekalkan kesegarannya. Penyimpanan asparagus dalam keadaan suhu sejuk 2 darjah celsius dengan kelembapan yang tinggi mampu mengekalkan kesegarannya selama 4 minggu. Tanaman asparagus di Malaysia memerlukan perhatian khusus jika hendak di perluaskan. Harga asparagus hijau di Kundasang Sabah adalah sekitar RM 50 - RM 60.00 sekilogram dan Asparagus Putih dalam lingkungan RM 60.00-RM89.00 sekilogram.
-
Asparagus kukus dengan kekacang pine
-
Asparagus liar digaul dengan bawang putih, naam plaa dan kicap
-
Asparagus officinalis dengan embun
-
Tiga jenis asparagus. Asparagus putih, hijau dan liar (
Ornithogalum
pyrenaicum
atau "asparagus mandi")
- ^
"
Asparagus officinalis
L."
World Flora Online
. Dicapai pada
22 Jun
2021
.
- ^
"asperge"
.
EtymologieBank
.
, memetik:
- van der Sijs, Nicoline (2010). "asperge".
Nederlandse woorden wereldwijd
. Den Haag: SDU Uitgevers.
ISBN
9789012582148
.
- M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "asperge".
Etymologisch Woordenboek van het Nederlands
. Amsterdam.
CS1 maint: multiple names: editors list (
link
)
- ^
Wilkinson, Richard James (1932).
A Malay-English dictionary (romanised)
. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- "
akar
", m/s. 13, jilid I
- "
parsi
", m/s. 216, jilid II
- ^
Wilkinson, Richard James (1932).
"paroh"
.
A Malay-English dictionary (romanised)
.
II
. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 216 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- Vegetables: Plant Resources of SEA Region terbitan PROSEA.