Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sir Arthur Stanley Eddington
OM
FRS
[1]
(28 Disember 1882 ? 22 November 1944) adalah seorang ahli falak, ahli fizik, dan ahli matematik Inggeris. Beliau juga merupakan seorang
ahli falsafah sains
yang mempopularkan bidang tersebut. Had Eddington, had semula jadi untuk
kekilauan
bintang, atau sinaran yang dihasilkan oleh tokokan pada objek padat, dinamakan sedemikian bagi menghormatinya.
Sekitar tahun 1920, beliau menjangkakan penemuan dan mekanisme proses pelakuran nuklear dalam bintang, di dalam kertas beliau "The Internal Constitution of the Stars".
[2]
[3]
Pada masa itu, sumber tenaga bintang adalah misteri sepenuhnya, dan Eddington merupakan orang pertama yang membuat spekulasi dengan betul bahawa sumbernya adalah pelakuran hidrogen ke dalam helium.
Eddington menulis beberapa rencana yang mengumumkan dan menjelaskan teori
kerelatifan am
Einstein
kepada dunia berbahasa Inggeris.
Perang Dunia I
telah memutuskan banyak komunikasi saintifik, dan perkembangan baru sains di Jerman tidak begitu terkenal di England. Beliau turut melakukan ekspedisi untuk melihat gerhana matahari pada 29 Mei 1919, yang memberikan salah satu pengesahan terawal bagi kerelatifan am, dan beliau dikenali dengan eksposisi dan tafsiran teori yang popular.
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Kamus biografi
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|
Lain-lain
| |
---|