"ACTA" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, lihat
Acta
.
Perjanjian Perdagangan Antipemalsuan
(
ACTA
,
bahasa Inggeris
:
Anti-Counterfeiting Trade Agreement
) merupakan
perjanjian
pelbagai hala
yang diusulkan atas tujuan mewujudkan piawai antarabangsa bagi penguatkuasaan hak harta intelek. Perjanjian tersebut bertujuan mewujudkan rangka kerja undang-undang antarabangsa bagi barang
palsu
sasaran,
ubat generik
dan
pelanggaran hak cipta
di Internet, dan akan mencipta badan pentadbir di luar forum sedia ada, seperti
Pertubuhan Perdagangan Dunia
,
Pertubuhan Harta Intelek Sedunia
, dan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
.
Perjanjian tersebut ditandatangani pada bulan Oktober 2011 oleh
Australia
,
Kanada
,
Jepun
,
Maghribi
,
New Zealand
,
Singapura
,
Korea Selatan
, dan
Amerika Syarikat
.
[6]
Pada tahun 2012,
Mexico
,
Kesatuan Eropah
dan 22 negara yang merupakan
negara anggota Kesatuan Eropah
tandatangan juga.
[7]
Satu penandatangan (Jepun) telah
mengesahkan
(lulus secara rasmi) perjanjian tersebut, yang akan berkuat kuasa di negara-negara yang mengesahkannya selepas pengesahan oleh enam negara.
Kumpulan industri dengan kepentingan dalam hak cipta, tanda dagangan dan jenis-jenis hak intelek yang lain berkata bahawa ACTA merupakan gerak balas kepada "peningkatan perdagangan sejagat barang palsu dan karya terlindung hak cipta cetak rompak". Pertubuhan seperti
Motion Picture Association of America
dan
Persatuan Tanda Dagangan Antarabangsa
difahami mempunyai pengaruh penting ke atas agenda ACTA.
[8]
Pertubuhan yang mewakili kepentingan rakyat dan bukan kerajaan
mengemukakan alasan bahawa ACTA boleh melanggar hak asasi termasuk
kebebasan berpendapat
dan
privasi
. ACTA juga telah dikritik oleh
Doktor Tanpa Sempadan
bagi membahayakan capaian kepada ubat di
negara-negara membangun
.
[9]
Sifat perundingan telah dikritik sebagai berahsia dan telah mengecualikan
pertubuhan bukan kerajaan
, negara membangun dan
orang awam
daripada proses perundingan perjanjian dan ia telah menghuraikan sebagai
pengubahan dasar
oleh critics termasuk
Electronic Frontier Foundation
dan
Persatuan Pengguna Hiburan
.
Tandatangan EU dan kebanyakan negara anggotanya mengakibatkan bantahan meluas di seluruh Eropah.
Pelapor
Parlimen Eropah
Kader Arif
letak jawatan. Penggantinya, MEP British
David Martin
, mengesyorkan Parlimen patut menolak ACTA, menyatakan: "Manfaat yang dirancang bagi perjanjian antarabangsa ini jauh dilebihi oleh ancaman berpotensi kepada kebebasan awam". Pada 4 Julai 2012, Parlimen Eropah menolak persetujuannya, menolaknya secara berkesan, 478 undian berbanding 39, dengan 165 berkecuali.
[10]
[11]
- Matthews, D.; ?ikovska, P. (2013). "The Rise and Fall of the Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA): Lessons for the European Union".
International Review of Intellectual Property and Competition Law
.
44
(6): 626?655.
doi
:
10.1007/s40319-013-0081-y
.
S2CID
154838383
.
- English version, finalized
, released on 15 November 2010, published on 15 April 2011
- Treaty in EU Languages
, Official languages English, French and Spanish, as well as translations into all languages of the European Union, except Croatian.