Anjing gembala Iceland
|
Nama lain
| - Anjing Iceland
- Spits Iceland
- Anjing Friaar
|
---|
Negara asal
| Iceland
|
---|
|
Berat
|
9?14 kg (20?30 lb)
[1]
:120
|
---|
Tinggi
|
Jantan
|
46 sentimeter (18 in)
[2]
|
---|
|
Betina
|
42 sentimeter (17 in)
[2]
|
---|
Bulu
|
tebal, ganda
|
---|
Warna
|
sawo matang, hitam, perang coklat, atau kelabu, kesemuanya dengan tanda-tanda putih
[3]
:120
|
---|
Jangka hayat
|
12?15 tahun
|
---|
|
|
Anjing
(
Canis lupus familiaris
)
|
Anjing gembala Iceland
[a]
,
anjing Iceland
[b]
, atau
spits Iceland
[c]
ialah satu
baka
anjing daripada
jenis
spits Nordik
. Ia diterbitkan daripada anjing yang dibawa ke Iceland oleh penetap
Viking
pada abad kesembilan. Ia serupa dengan
buhund
Norway dan
vallhund
Sweden, yang diterbitkan daripada stok leluhur sama.
Ia merupakan satu-satunya baka anjing yang asli di Iceland. Kegunaan tradisional termasuk
penggembalaan
kedua-dua biri-biri dan kuda.
[4]
:122
Anjing gembala Iceland ialah salah satu daripada sangat sedikit baka anjing yang untuknya dakwaan asal usul purba disokong oleh kedua-dua bukti arkeologi dan bukti bertulis.
[5]
:80
Ia diterbitkan daripada anjing yang dibawa ke Iceland oleh kolonis
Viking
dari tahun 874 dan selepasnya;
[5]
:80
[6]
anjing ini disangkakan berasal daripada stok leluhur sama yang melahirkan
buhund
Norway dan
vallhund
Sweden moden.
[7]
:178
[8]
:191
Sebagai hasil daripada perdagangan dengan Iceland pada
Zaman Pertengahan
, anjing ini menjadi agak terkenal di negara-negara Eropah lain termasuk England dan Perancis;
[5]
:80
sebutan awal bertarikh kembali ke tahun 1492.
[7]
:178
Ia disebut oleh
John Caius
dalam tulisannya tentang anjing pada tahun 1570,
[7]
:178
dan oleh
William Shakespeare
dalam
Henry V
, disangkakan bertarikh dari sekitar tahun 1599.
[5]
:80
[9]
Dalam tulisannya
Account of Island, alias Ice-land; in the Year 1662
, yang diterbitkan selepas kematiannya, Sir
Thomas Browne
menulis: (terjemahan) "... mereka membawa lagi satu jenis ke sini, berkepala seperti rubah, yang mereka katakan dibiakbakakan antara anjing dengan rubah; ini diingini oleh para gembala negara ini".
[5]
:80
[10]
:106
[11]
:230
Chien d'Islande
atau anjing Iceland dibincangkan dan diilustrasikan dalam jilid kelima
Histoire Naturelle
karya
Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon
, diterbitkan pada tahun 1755.
[5]
:80
[12]
:Pl.XXXI
Pada 1788, ia dikelaskan oleh
Johann Friedrich Gmelin
sebagai
spesies
,
Canis islandicus
.
[13]
[14]
:66
Plag
dan
distemper anjing
memusnahkan lebih daripada 75% baka ini pada lewat abad kesembilan belas, lalu membawa kepada pengharaman pengimportan anjing ke Iceland. Anjing gembala Iceland baka tulen sekali lagi menghampiri kepupusan pada lewat abad kedua puluh.
Sebuah
kelab kenel
kebangsaan,
Hundarræktarfelag Islands
atau Kelab Kenel Iceland, ditunuhkan pada tahun 1969; pada
pertunjukan anjing
pertamanya, di
Hveragerði
padat tahun 1973, dua puluh tiga ekor daripada enam puluh ekor anjing yang dipersembahkan tergolong dalam baka ini.
[15]
Pada tahun 1979, sebuah
persatuan baka
diasaskan,
Deild Islenska Fjarhundsins
atau Kelab Baka Anjing Gembala Iceland.
[15]
Pada tahun 1994,
Alþingi
(parlimen negara) menetapkan bahawa anjing gembala Iceland merupakan sebahagian daripada
warisan kebudayaan
negara itu dan patut dilindungi sebagai baka kebangsaan.
[16]
Pada tahun 1996, sebuah persatuan baka antarabangsa, Icelandic Sheepdog International Cooperation, dibentuk; persatuan ini mempunyai sepuluh buah kelab kenel anggota dari Eropah (termasuk yang dari Iceland), dengan
American Kennel Club
.
[16]
Baka ini diterima secara muktamad oleh
Persekutuan Kinologi Antarabangsa
pada tahun 1972
[17]
dan diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2010.
[18]
Pada tahun 2015, pendaftaran di negara-negara Nordik adalah seperti yang berikut: 137 di Iceland; 100 di Denmark; 44 di Finland; 35 di Norway; dan 76 di Sweden.
[19]
Pada tahun 2022, jumlah bilangan pendaftaran seluruh dunia ialah hampir-hampir 5000.
[6]
Ia merupakan anjing berotot dan tahan lasak dan bergerak dengan mudah merentasi rupa bumi kasar di pedalaman Iceland. Beratnya pada umumnya terukur dalam julat 9?14 kg (20?31 lb) dengan tinggi pada paras
kelasa
sekitar 45 cm (18 in) untuk jantan dan kurang beberapa sentimeter untuk betina.
[1]
:120
[3]
:120
Lapis bulunya tebal dan menyediakan perlindungan baik daripada cuaca; terdapat dua jenis berbeza: berbulu pendek dan berbulu panjang.
[1]
:120
[2]
Ia mungkin berwarna sawo matang atau perang kekuning-kuningan, antara warna dkrim dengan perang kemerah-merahan; atau hitam, perang coklat, atau kelabu. Tanda-tanda putih, kerap meluas, hadir dengan semua warna; anjing sawo matang dan kelabu mungkin memiliki topeng hitam.
[3]
:120
[17]
Anjing dapat dijangakan hidup selama antara dua belas dengan lima belas tahun.
[3]
:120
- ^
a
b
c
Kim Dennis-Bryan (2020 [2012])).
The Complete Dog Breed Book
(Inggeris)
, edisi ke-2. London: Dorling Kindersley.
ISBN
9780241412732
.
- ^
a
b
c
"FCI-Standard N° 289 ISLENSKUR FJARHUNDUR (Icelandic Sheepdog)"
[Piawaian FCI No. 289 Anjing Gembala Iceland]
(pdf)
.
Persekutuan Kinologi Antarabangsa
(dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Helga Andresdottir. 3 Julai 2018
. Dicapai pada
4 Januari
2024
.
CS1 maint: others (
link
)
- ^
a
b
c
d
[Bruce Fogle] (2013).
The Dog Encyclopedia
(Inggeris)
. London; New York: Dorling Kindersley.
ISBN
9781465408440
.
- ^
David Hancock (2014).
Dogs of the Shepherds: a Review of the Pastoral Breeds
(Inggeris)
. Ramsbury, Marlborough, Wiltshire: The Crowood Press Ltd.
ISBN
9781847978080
.
- ^
a
b
c
d
e
f
Bryan D. Cummins (2013).
Our Debt to the Dog: How the Domestic Dog Helped Shape Human Societies
(Inggeris)
. Durham, North Carolina: Carolina Academic Press.
ISBN
9781611635560
.
- ^
a
b
History of the Icelandic Sheepdog
(Inggeris)
. Icelandic Sheepdog International Cooperation. Diarkibkan pada 16 May 2022.
- ^
a
b
c
Janet V. Dohner (2016).
Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide to 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners
(Inggeris)
. North Adams, Massachusetts: Storey Publishing.
ISBN
9781612125923
.
- ^
Jeanne Joy Hartnagle-Taylor, Ty Taylor (2010).
Stockdog Savvy
(Inggeris)
. Crawford, Colorado: Alpine Publications.
ISBN
9781577791065
.
- ^
William Shakespeare (sekitar 1599).
History of Henry V
, Babak II, Adegan 1.
Open Source Shakespeare
. Fairfax, Virginia: George Mason University. Dicapai pada 4 Januari 2024.
Pistol
: "Pish for thee, Iceland dog! thou prick-ear'd cur of Iceland!"
- ^
David Cavill (1978).
All about the Spitz Breeds
(Inggeris)
. London: Pelham Books.
ISBN
9780720711134
.
- ^
Thomas Browne (1722).
Posthumous Works; Of the Learned Sir Thomas Browne, Kt., M.D., Late of Norwich: Printed from his Original Manuscripts
(Inggeris)
. London: Dicetak untuk W. Mears, di Lamb without Temple Bar, dan J. Hooke, di Flower-de-Luce melawan Gereja St. Dunstan di Fleetstreet.
- ^
Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon (1755).
Histoire Naturelle; Generale et Particuliere, avec la description du Cabinet du Roi; Tome cinqieme
(Perancis)
. Paris: De l'Imprimerie Royale.
- ^
Species taxon summary, ID = 31240:
islandicus
Gmelin, 1788 described in
Canis
(Inggeris)
.
AnimalBase
. Gottingen: SUB Gottingen. Dicapai pada 4 Januari 2024.
- ^
Johann Friedrich Gmelin (1788).
Caroli a Linne: systema naturae per regna tria naturae, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis
, editio decima tertia, tomus I. Lipsiae: [Beer)
Article
(
sunting
|
bincang
|
sejarah
|
laman dipaut
|
pantau
|
log
)
.
- ^
a
b
A Summary of the Icelandic Kennel Club's History
(Inggeris)
. Reykjavik: Hundarræktarfelag Islands. Dicapai pada 4 Januari 2024.
- ^
a
b
The story and work of ISIC
(Inggeris)
. Icelandic Sheepdog International Cooperation. Diarkibkan pada 17 September 2022.
- ^
a
b
FCI breeds nomenclature: Islenskur Fjarhundur (289)
. Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 4 Januari 2024.
- ^
AKC Welcomes the Cane Corso, Icelandic Sheepdog and Leonberger
(Inggeris)
. American Kennel Club. Diarkibkan pada 23 Julai 2010.
- ^
Icelandic Sheepdog
(Inggeris)
. Nordic Kennel Union. Dicapai pada 4 Januari 2024.
Templat:Anjing Iceland