Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Andreas "Andy" Brehme
( 9 November 1960 -20 Februari 2024
[1]
) merupakan seorang bekas pemain dan jurulatih bola sepak Jerman. Sewaktu kariernya sebagai pemaim bola sepak, beliau bermain di posisi
pertahanan
. Beliau dikenali luas selepas menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Jerman pada
perlawanan akhir Piala Dunia 1990
menentang
Argentina
menerusi tendangan penalti pada minit ke-85.
Beliau dianggap salah satu pengambil sepakan percuma dan penghantar bola tinggi terbaik sepanjang zaman. Kemahiran istimewa Brehme adalah fakta bahawa beliau salah antara golongan pemain di dunia boleh beraksi dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dengan baik dan cemerlang. Beliau turut berkebolehan dalam mengambil tendangan penalti (walaupun tidak khusus) dengan kaki kanannya manakala beliau mengambil sepakan percuma dan sepakan penjuru menerusi kaki kiri. Dipercayai kaki kanan Brehme lebih tepat berbanding kaki kiri beliau.
Brehme telah dilahirkan di
Hamburg
dan memulakan kariernya di kelab setempat,
HSV Barmbek-Uhlenhorst
.
Beliau seterusnya bermain untuk
1. FC Kaiserslautern
dari tahun 1981 hingga 1986 dan sekali lagi dari 1993 hingga 1998. Pada tempoh keduanya di kelab itu, beliau meraih trofi
DFB-Pokal
pada tahun 1996 dan
Bundesliga
pada 1998. Ketika di
Bayern Munich
dari 1986 hingga 1988, beliau merangkul kejuaraan Bundesliga pada 1987. Tidak lama selepas itu, beliau berpindah ke
Internazionale
dari tahun 1988 hinga 1992. Di Inter, beliau sertai rakan senegaranya serta bekas rakan sepasukannya di Bayern,
Lothar Matthaus
. Beliau meneruskan kariernya dengan cemerlang di Inter apabila menyaksikan pasukannya menjuarai
Serie A
pada tahun 1989 dan
Piala UEFA
pada 1991. Sebelum beliau pulang ke Jerman, Brehme beraksi selama semusim di Sepanyol untuk kelab
Real Zaragoza
.
Di peringkat antarabangsa, Brehme mewakili
pasukan kebangsaan Jerman Barat
ke
Piala Dunia 1986
dan
1990
. Pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 1986 menentang
Perancis
, beliau menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dan pada Piala Dunia edisi seterusnya, beliau sekali lagi menjaringkan gol melalui sepakan percuma dan kali ini menentang
England
. Pada perlawanan akhir Piala Dunia 1990, beliau menyudahkan tendangan penalti bagi meletakkan Jerman mendahului 1-0 ke atas Argentina dan akhirnya Jerman menang dan dinobatkan sebagai juara dunia. Brehme seterusnya mengumpul 86 kaps untuk pasukan kebangsaan sebelum beliau melakukan persaraan berikutan pasukannya tersingkir dari saingan
Piala Dunia 1994
.
Selepas merangkul trofi Bundesliga bersama Kaiserslautern pada 1998, Brehme menamatkan kariernya sebagai pemain profesional selepas beraksi dalam 301 perlawanan Bundesliga dan beliau berhasrat ingin menjadi seorang jurulatih. Beliau menjadi jurulatih 1. FC Kaiserslautern dari tahun 2000 hingga beliau dipecat pada tahun 2002 apabila pasukannya berada dalam zon penyingkiran liga. Beliau seterusnya menjadi jurulatih
2. Bundesliga
,
SpVgg Unterhaching
tetapi kontraknya dilepaskan pada April 2005 oleh kerana kelab tersebut turut hampir tersingkir. Beliau menjadi pembantu jurulatih
Giovanni Trapattoni
di kelab
VfB Stuttgart
tetapi kedua-duanya dipecat selepas hanya sebulan di kelab.
Pasukan kebangsaan Jerman
|
Tahun
|
|
Gol
|
1984
|
11
|
1
|
1985
|
9
|
1
|
1986
|
8
|
1
|
1987
|
5
|
0
|
1988
|
9
|
1
|
1989
|
5
|
0
|
1990
|
13
|
4
|
1991
|
6
|
0
|
1992
|
8
|
0
|
1993
|
3
|
0
|
1994
|
9
|
0
|
Jumlah
|
86
|
8
|
- Kaiserslautern
- Bayern Munich
- Internazionale
- Jerman