Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
All About Eve
(
Hangul
:
이브의 모든것
;
RR
:
Ibeuui Modeun Geot
) ialah sebuah
drama bersiri Korea Selatan
[1]
yang disiarkan pada tahun 2000 menerusi saluran
MBC
.
Kehidupan Jin Sun-mi pada awalnya bahagia bersama ayahnya yang merupakan seorang duda. Namun segalanya berubah setelah ayahnya membuat keputusan untuk mengambil seorang gadis yang dijadikan sebagai anak angkat yang sebaya dengannya, Heo Young-mi. Young-mi berasal daripada keluarga yang miskin dan ayahnya seorang pemabuk itu selalu menderanya. Walaupun berasal daripada keluarga miskin, Young-mi suka berlagak dan merendahkan orang lain. Young-mi berniat untuk merampas semua kebahagiaan Sun-mi termasuklah menggoda teman lelaki Sun-mi, Woo-jin. Woo-jin akhirnya terjatuh dalam godaan Young-mi lalu terlanjur sehingga menyebabkan Young-mi hamil. Disebabkan ingin bertanggungjawab terhadap kandungan Young-mi itu, Woo-jin kemudian bertindak untuk memutuskan hubungannya dengan Sun-mi. Sun-mi yang berasa kecewa dengan keputusan Woo-jin itu kemudian dia membawa diri ke
London
.
Setibanya di
London
, Sun-mi bertemu dengan seorang lelaki kacak, iaitu Yoon Hyung-chul. Bermula sebagai kawan akhirnya mereka jatuh cinta. Namun sayangnya mereka harus terpisah disaat Sun-mi terpaksa kembali ke
Korea
. Young-mi kini telah mengalami keguguran dan dia telah memutuskan hubungannya dengan Woo-jin. Disebabkan itu, kehidupan Woo-jin mula menjadi tidak tentu arah setelah mengetahui Young-mi hanya menjadikan dirinya sebagai alat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang penyampai berita di sebuah stesen TV dimana Woo-jin bertugas. Sun-mi juga kini berjaya menjadi salah seorang penyampai berita yang berjaya namun dia dikejutkan dengan kemunculan semula Hyung-chul yang kini menjadi CEO Executive dan telah mengambil alih syarikat stesen TV dimana dia dan Young-mi bekerja. Young-mi yang terpikat dengan teman lelaki baru Sun-mi itu, kemudian dia berusaha untuk menggoda Hyung-chul namun cinta Hyung-chul kepada Sun-mi sangat kuat berbanding dengan godaan Young-mi itu.
Bekas kekasih Young-mi kini kembali dan mengugut Young-mi bahawa rahsia kelamnya sebagai pelacur akan didedahkan sekiranya Young-mi enggan kembali kepadanya. Young-mi yang takut rahsianya didedahkan mencuba untuk melarikan diri dan setelah mengetahui bahwa Young-mi mencuba untuk melarikan diri daripadanya, bekas kekasih Young-mi itu lalu mengupah samseng untuk membunuh Young-mi namun gagal. Disebabkan itu, dia berusaha untuk membunuh Young-mi dengan tangannya sendiri. Woo-jin yang mengetahui nyawa Young-mi kini dalam bahaya, dia mencuba menyelamatkan Young-mi daripada dibunuh namun akhirnya Woo-jin terbunuh. Akhirnya kesemua kejahatan Young-mi terdedah. Young-mi yang kini tertekan dan sedih diatas kematian Woo-jin, mencuba untuk membunuh dirinya namun akhirnya dia dijumpai oleh sekumpulan rahib dalam keadaan
amnesia
yang menyebabkan dia kehilangan kesemua ingatan lalunya. Sun-mi bercadang untuk kembali ke
London
namun niatnya itu terhalang disebabkan Hyung-chul yang enggan melepaskannya pergi ke sana semula.
- Chae Rim
sebagai Jin Sun-mi
- Kim So-yeon
sebagai Heo Young-mi
- Jang Dong-gun
sebagai Yoon Hyung-chul
[2]
- Han Jae-suk
sebagai Kim Woo-jin
- Hyun Seok sebagai En. Jin, bapa Sun-mi
- Park Won-sook
sebagai Pn. Song, ibu Woo-jin
- Park Chul sebagai Kim Sun-dal
- Kim Jung-eun
sebagai Yoo Joo-hee
- Lee Geun-hee sebagai Lee Kyung-hee
- Park Sook-chul sebagai Shin Ki-dong
- Yoon Gi-won sebagai Choi Jin-soo
- Kim Hyo-jin sebagai Jo Cho-jae
- Ahn Jung-hoon sebagai Ahn Joon-mo
- Choi Joon-yong sebagai Bae In-soo
- Han In-soo sebagai Pengerusi Yoon, bapa Hyung-chul
- Lee Kyung-jin sebagai ibu Hyung-chul
- Kyeon Mi-ri
sebagai ibu tiri Yoon Hyung-chul
- Leeteuk
- Lee Tae-ran
membuat penampilan kameo dalam Episod 12.
- Song Il Gook
muncul dalam Episod 11.
- Lee Eon-jeong