Adrian Sutil
(lahir 11 Januari 1983 di
Starnberg
,
Jerman Barat
) ialah seorang pemandu kereta lumba yang berasal dari negara
Jerman
, yang kini bersaing dalam
Formula Satu
untuk pasukan
Force India
.
Sutil berlumba dalam kejuaraan
Formula 3 Euroseries
, di mana beliau merupakan naib juara kepada
Lewis Hamilton
pada tahun 2005. Beliau pergi ke Jepun pada tahun 2006 untuk bertanding dalam All-Japan Formula Three Championship dan mendapat tempat ketiga di Macau Grand Prix.
Selepas menjadi pemandu ujian bagi
Midland F1
, Sutil diberikan kerusi perlumbaan bagi pasukan
Spyker F1
yang baru pada tahun 2007. Sutil terus untuk berlumba untuk mereka, di bawah nama baru,
Force India
, pada tahun 2008 dan kekal bersama mereka sehingga akhir tahun 2011. Beliau menyertai sukan ini semula pada tahun 2013, sekali lagi bersama Force India.
Sutil ialah anak kepada
ahli muzik
profesional, Monika, dari Jerman, dan Jorge, dari
Uruguay
.
[1]
Beliau mempunyai dua orang adik-beradik, yang bernama Daniel dan Raphael. Berat badan Sutil ialah 75 kg dan berketinggian 6 kaki (183 sentimeter). Seorang pemain
piano
yang berbakat,
[2]
Sutil fasih berbahasa
Jerman
,
Inggeris
,
Sepanyol
dan sedikit
Bahasa Itali
. Beliau juga berkawan baik dengan pemandu Jerman,
Nico Rosberg
.
Tahun 2006 menyaksikan tahun pertama Sutil terlibat dengan Formula Satu. Pada bulan Januari, beliau telah disahkan sebagai salah satu daripada tiga orang pemandu ujian baru Midland F1 Racing, bersama-sama dengan
Markus Winkelhock
dan
Mondini Giorgio
.
Sutil muncul sebagai pemandu ketiga Midland di
Grand Prix Eropah
,
Perancis
, dan
Jepun
. Apabila Sutil membuat penampilan ketiganya dengan pasukan, Midland telah dibeli oleh
Spyker Cars
. Pada akhir tahun, beliau menjadi pemandu kedua Spyker bagi musim
2007
, setelah menandatangani kontrak bersama pasukan
Spyker MF1 Team
.
[3]
Sutil terus bersama Spyker bagi musim 2008, yang kini dikenali sebagai
Force India
.
Ketika Sutil berada di tempat keempat di
Monaco
, beliau dilanggar oleh
Kimi Raikkonen
. Kereta Sutil mengalami kerosakan peresap belakang, dan terpaksa bersara.
[4]
Mike Gascoyne
mahukan Raikkonen dihukum atas kejadian tersebut. Bagaimanapun, tiada hukuman diberikan.
[5]
Walau bagaimanapun, Sutil telah memotong tiga buah kereta di bawah keadaan bendera kuning dan menurut steward perlumbaan, Paul Gutjahr, walaupun beliau menamatkan perlumbaan, beliau tetap akan diberikan penalti 25-saat, yang akan menyebabkan beliau gagal mendapat mata.
[6]
Pada 17 Oktober, Force India mengumumkan bahawa mereka akan mengekalkan Sutil bagi musim 2009.
[7]
Di
Australia
, selepas bermula di tempat ke-16 pada petak permulaan, Sutil beraksi dengan baik, namun hanya mampu mendapat tempat kesembilan. Di
Malaysia
, beliau mendapat tempat ke-19 pada pusingan kelayakan dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 selepas perlumbaan dihentikan pada pusingan ke-33 kerana hujan lebat.
Di
China
, Sutil berada di tempat keenam dengan baki enam pusingan apabila beliau hilang kawalan kereta Force India beliau, dan menyebabkannya terhempas dan terpaksa bersara.
Di
Bahrain
, Sutil dikenakan penalti kerana menghalang
Mark Webber
pada sesi kelayakan bahagian pertama. Beliau sendiri pergi ke dalam bilik Mark untuk memohon maaf atas kejadian itu.
Pada 27 November 2009, Force India mengumumkan bahawa mereka telah memperbaharui kontrak Sutil, manakala pemandu ujian,
Vitantonio Liuzzi
telah diberikan kerusi perlumbaan bagi musim 2010.
[8]
Sutil melayakkan diri di tempat kesepuluh bagi dua perlumbaan pertama tahun ini, namun perlanggaran dengan
Robert Kubica
di
Bahrain
dan kegagalan mekanikal di
Australia
menyebabkan beliau gagal mengutip sebarang mata kejuaraan. Walau bagaimanapun, Sutil berjaya mendapat mata di
Grand Prix Malaysia
setelah mendapat tempat kelima. Di
China
, beliau mendapat tempat kesebelas. Di
Sepanyol
, beliau mendapat tempat ketujuh, manakala di
Monaco
, beliau mendapat tempat kelapan. Sutil sekali lagi mendapat mata apabila beliau mendapat tempat kesembilan di
Turki
. Beliau meneruskan prestasi kukuh beliau di
Grand Prix Kanada
,
Grand Prix Eropah
dan
Grand Prix British
.
Sutil kekal bersama
Force India
bagi
musim 2011
, dan disertai oleh juara DTM,
Paul di Resta
. Dalam tiga perlumbaan pertama musim ini, di Resta bermula di hadapan Sutil. Sutil mendapat tempat kesembilan di
Grand Prix Australia
, selepas kedua-dua kereta
Sauber
disingkirkan dari perlumbaan. Di
Malaysia
, Sutil mendapat tempat kesebelas, hanya di belakang di Resta, dan di
China
, beliau bermula dari tempat kesebelas. Di
Monaco
, beliau mendapat tempat ketujuh. Beliau bersara di
Kanada
selepas berlanggar dengan dinding, yang menyebabkan kerosakan pada ampaian keretanya. Di
Valencia
, beliau menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan, diikuti oleh tempat kesebelas di
Grand Prix British
. Di
Jerman
, Sutil mendapat keputusan terbaiknya pada musim ini dengan menamatkan perlumbaan di tempat keenam.
Walaupun memasuki Q3 pada pusingan kelayakan di
Hungary
, Sutil hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-14. Di
Belgium
beliau mendapat tempat ketujuh selepas bermula dari tempat ke-15. Beliau bersara di
Monza
selepas kereta beliau mengalami masalah hidraulik, sebelum mendapat tempat kelapan di
Singapura
. Di
Jepun
, Sutil beraksi dengan baik dan hampir mendapat mata, namun hanya dapat menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas setelah dipotong oleh
Vitaly Petrov
dan
Nico Rosberg
. Di
India
, beliau mendapat tempat kesembilan
[9]
, sebelum mendapat tempat kesebelas di
Korea
. Pada perlumbaan terakhir di
Brazil
, Sutil sekali lagi menyamai keputusan terbaik beliau dengan mendapat tempat keenam, dan hasilnya, beliau menamatkan musim di tempat kesembilan dalam kedudukan kejuaraan pemandu.
[10]
Pada 16 Disember 2011, Force India mengumumkan bahawa di Resta dan
Nico Hulkenberg
akan berlumba untuk mereka bagi musim 2012, dan meninggalkan Sutil tanpa pasukan untuk berlumba.
[11]
Insiden serangan kelab malam di Shanghai
[
sunting
|
sunting sumber
]
Pada petang berikutan
Grand Prix China
, Sutil telah terlibat dalam sebuah insiden bersama CEO
Genii Capital
,
Eric Lux
, di sebuah kelab malam di Shanghai, di mana beliau memotong Lux di lehernya. Sutil menggunakan segelas champagne yang dipecahkannya sendiri. Pada 16 Mei 2011, Lux mengumumkan bahawa beliau telah memfailkan aduan jenayah terhadap Sutil.
[12]
Pemilik Force India,
Vijay Mallya
, menyokong Sutil dengan mengatakan bahawa semua orang tidak perlu membuat andaian mengenai kejadian tersebut. Beliau juga enggan untuk mengambil tindakan terhadap Sutil sehingga kes tersebut diteruskan lagi.
[13]
Sutil sendiri memohon maaf atas insiden tersebut, dengan menyifatkan insiden tersebut tidak disengajakan.
[14]
Pada 13 Januari 2012, pendakwa raya Jerman mengumumkan bahawa Sutil akan menghadapi perbicaraan berhubung kejadian itu.
[15]
Sutil telah disabitkan kesalahan pada 31 Januari 2012, di mana beliau menerima hukuman penjara bergantung 18 bulan dan memberikan
€
200,000
[16]
kepada badan kebajikan.
[17]
Pada 28 Februari 2013, ialah telah diumumkan bahawa Sutil akan kembali bersama Force India untuk melengkapkan barisan pemandu mereka, dan sekali lagi menjadi rakan sepasukan
Paul di Resta
.
[18]
Sutil mendapat tempat ketujuh pada perlumbaan pembukaan musim ini di
Australia
, dan mendahului perlumbaan tersebut untuk beberapa kali. Di
Malaysia
, beliau bersara daripada perlumbaan setelah mengalami masalah nat roda.
[19]
Beliau juga bersara di
Grand Prix China
selepas dilanggar oleh
Esteban Gutierrez
.
* Musim sedang dijalankan.
Keputusan lengkap All-Japan Formula Three
[
sunting
|
sunting sumber
]
Tebal
- Petak pertama
Condong
- P.Terpantas
(
kunci
)
Tebal
- Petak pertama
Condong
- P.Terpantas
* Musim sedang dijalankan.