Am
Orang Kaya Indera Shahbandar X
Tun
Haji
Abdul Razak bin
Dato'
Malek
(
Jawi
:
??? ?????? ?? ????
; 11 Mac 1922 ? 14 Januari 1976) ialah seorang
ahli politik
Malaysia
yang berkhidmat sebagai
Perdana Menteri Malaysia
kedua dari September 1970 hingga kematiannya pada Januari 1976. Dasar Ekonomi Baru merupakan buah fikiran Tun Abdul Razak, bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia untuk mengatasi ketidakseimbangan ekonomi. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan Buku Hijau dan Buku Merah, untuk merancang serta memantau pembangunan luar bandar dan sektor pertanian.
[1]
Setimpal dengan segala jasa dan sumbangannya terhadap pembangunan luar bandar dan di peringkat nasional, Tun Abdul Razak telah diberi gelaran “Bapa Pembangunan Malaysia”.
[2]
Beliau dilahirkan di Pulau Keladi,
Pekan
,
Pahang
serta merupakan anak sulung kepada Dato'
Hussein bin Awang Mohd Taib
dan Hajah Teh Fatimah binti Daud.
[3]
Beliau juga merupakan keturunan bangsawan berbangsa Bugis yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang. Bapanya, Dato' Hussein pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Bentong. Beliau diberi gelaran Orang Kaya Indera Syahbandar dan Orang Kaya Berempat Pahang. Gelaran ini diwarisi oleh Tun Abdul Razak kemudiannya yang turut pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Anak sulungnya, Dato' Seri
Mohd Najib bin Abdul Razak
, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikan
Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan
Mohamed Nazir
.
[4]
Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di
Maktab Melayu Kuala Kangsar
,
Perak
.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di
Kolej Raffles
,
Singapura
pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan
Perang Dunia II
.
Selepas peperangan, beliau pergi ke United Kingdom pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di
United Kingdom
, beliau bertemu dengan
Tunku Abdul Rahman
yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli
Parti Buruh British
dan sebagai ahli
Kesatuan Melayu United Kingdom
(KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di
Malaya
. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada
Lincoln's Inn
di
London
,
United Kingdom
.
Selepas kepulangannya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.
Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau dilantik sebagai
Menteri Pelajaran
. Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman
ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British dang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".
Beliau mengisytiharkan Keadaan Darurat selepas kejadian berdarah 13 Mei 1969 dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran
Dasar Ekonomi Baru
(DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.
Beliau telah menubuhkan
Barisan Nasional
pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan
Parti Perikatan
. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.
Disebabkan sebahagian daripada penyakit acute leukemia, beliau meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di
London
. Beliau disemadikan di berdekatan
Makam Pahlawan
yang berdekatan dengan
Masjid Negara
,
Kuala Lumpur
. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran
Bapa Pembangunan
.
Tun Razak dilakonkan oleh
Rusdi Ramli
dalam filem 2013,
Tanda Putera
arahan
Shuhaimi Baba
.
- 1922
: Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada 11 Mac.
- 1934
(umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di maktab melayu kuala kangsar.
- 1947
(umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England.
- 1950
(umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
- 1951
(umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
- 1952
(umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
- 1955
(umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
- 1956
(umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
- 1957
(umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan.
- 1959
(umur 37): Dianugerahkan pingat Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad pada 31 Ogos 1959 yang membawa gelaran Tun.
- 1969
(umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
- 1970
(umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama.
- 1972
(umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang disingkir pada 1969, kembali ke pangkuan UMNO gara gara surat peribadi beliau kepada Tunku.
- 1976
(umur 54): Meninggal dunia akibat acute leukemia di London pada Januari. Dikebumikan di berdekatan
Makam Pahlawan
,berdekatan
Masjid Negara
.
- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986.
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.
Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999
|
---|
|
Keluarga
| Ibu bapa
| |
---|
Isteri
| |
---|
Anak
| |
---|
Saudara
| |
---|
| |
---|
Pusat pendidikan
| |
---|
Jawatan disandang
| |
---|
|
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Kamus biografi
| |
---|
Lain-lain
| |
---|