Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
2NE1
(
Korea
: 투애니원
tu-aeniwon
) merupakan sebuah
kumpulan muzik
yang berasal dari negara
Korea Selatan
. Kumpulan muzik ini dibentuk oleh syarikat rakaman
YG Entertainment
pada tahun 2009 dan ia terdiri daripada empat orang ahli iaitu
CL
,
Dara
,
Bom
dan
Minzy
. 2NE1 ialah singkatan bagi "Evolusi Baru Abad ke-21" dan ia disebut sebagai "twenty-one" atau "to anyone".
[1]
[nb 1]
Kumpulan muzik ini muncul pertama kali dalam lagu
Lollipop
yang merupakan satu promosi komersil bersama dengan
Big Bang
untuk
LG Electronics
.
Single
penampilan sulung mereka iaitu "
Fire
" mula dilancarkan pada 6 Mei 2009. Sejak itu, 2NE1 ini telah melancarkan dua buah album mini iaitu
2NE1
dan
2NE1 2nd Mini Album
serta sebuah album studio iaitu
To Anyone
. Single "
I Don't Care
" (Apa Aku Kisah) daripada album mini pertama berjaya memperoleh anugerah "Lagu Tahun Ini" dalam
Anugerah Muzik Asia Mnet
tahun 2009.
[2]
Single 2NE1 berjudul "
Naega Jeil Jal Naga
" (Akulah yang Terbaik) yang dilancarkan pada 24 Jun 2011 juga berjaya merangkul anugerah yang sama pada tahun 2011.
[3]
[4]
2NE1 turut membuat penampilan pertama mereka di Jepun pada September 2011 dengan album mini
NOLZA
. Sejak itu, mereka telah mengeluarkan satu album studio,
Collection
dan dua single fizikal di Jepun. Menurut akhbar
The New York Times
, persembahan 2NE1 di
Prudential Center
,
New Jersey
adalah "salah satu konsert yang terbaik untuk 2012".
[5]
Pada Oktober 2012, Zack Greenburg dari majalah
Forbes
berkata bahawa 2NE1 berjaya 27 juta muat turun digital.
[6]
Pada beberapa bulan yang lalu syarikat mereka
YG Entertainment
mengumumkan bahawa mereka akan dibubarka dan tidak bergiat aktif lagi. Pada tahun ini
CL
telah berada di
Amerika Syarikat
dan debut sebagai artist solo di sana, manakala
Dara
dan
Bom
sibuk dengan aktiviti solo mereka. Bekas Ahli mereka
Minzy
telah menanda tangani kontrak dengan syarikat baru iaitu Music Works Entertainment.
[7]
Pada 25 November 2016, 2NE1 secara rasminya dibubarkan setelah bersama selama 7 tahun. Mereka telah mengeluarkan lagu terakhir mereka sebagai satu kumpulan yang berjudul "GOODBYE" pada 21 Januari 2017.
[8]
Nama ahli
|
Pengenalan ringkas
|
CL
(씨엘)
|
- Nama penuh : Lee Chae-rin (이채린, 李債潾)
- Tarikh lahir :
(
1991-02-26
)
26 Februari 1991
(umur
33)
- Tempat lahir :
Seoul
,
Korea Selatan
- Peranan : Ketua, penyanyi rap utama, vokalis
|
Bom
(봄)
|
- Nama penuh : Park Bom (박봄, 朴봄)
- Tarikh lahir :
(
1984-03-24
)
24 Mac 1984
(umur
40)
- Tempat lahir :
Seoul
,
Korea Selatan
- Peranan : Penyanyi vokal utama
|
Dara
(다라)
|
- Nama penuh : Park Sandara (朴산다라, 朴산다라)
- Tarikh lahir :
(
1984-11-12
)
12 November 1984
(umur
39)
- Tempat lahir :
Busan
,
Korea Selatan
- Peranan : Vokalis, visual
|
Minzy
(민지)
|
- Nama penuh : Gong Min-ji (공민지, 孔敏知)
- Tarikh lahir :
(
1994-01-18
)
18 Januari 1994
(umur
30)
- Tempat lahir :
Seoul
,
Korea Selatan
- Peranan : Ketua vokalis, penari utama, penyanyi rap
|
- 2009
Style
(cameo)
- 2009
Girlfriends
(cameo)
- 2009
2NE1TV
- 2010
2NE1TV Season 2
- 2011
2NE1TV Live: Worldwide (season 3)
- 2013 Running Man EP156
- 2014
America´s Next Top Model CBSTV
- 2014
The Bachelor - Juan Pablo
- 2014
The Tim Yap Show
- 2014 SBS Roommate (Park Bom only)
- 2014 Running Man EP195 (along with 2PM, Jo Jung-Chi, Muzie, Yoon Jung-Shin & Eddy Kim)
- The Party in Philippines (2011)
- Nolza (2011)
- New Evolution Global Tour (2012)
- AON: All or Nothing World Tour (2014)
- YG Family Concert (2010)
- YG Family 15th Anniversary Concert (2011?2012)
- YG Family Concert (2014)
- ^
Ini disebabkan sebutan
Bahasa Inggeris
Amerika Syarikat
"
to anyone
" (kepada sesiapa) dan "
twenty-one
" (dua puluh satu) ditulis dengan cara yang sama dalam
Hangul
dengan hanya perbezaan dari segi penjarakkan.
- ^
"女子 빅뱅, '21(To Anyone)'으로 公式名稱 確定"
(dalam bahasa Korea). The Chosun Ilbo. 27 Mac 2009. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-07-11
. Dicapai pada
22 Mei
2009
.
- ^
"Anugerah Muzik Asia Mnet (MAMA) 2009 ? Senarai Pemenang"
(dalam bahasa Inggeris). Kome World. 30 November 2009
. Dicapai pada
3 Februari
2014
.
- ^
"Senarai pemenang Anugerah Muzik Asia Mnet 2011"
(dalam bahasa Inggeris). xinmsn. 29 November 2011. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2014-02-21
. Dicapai pada
3 Februari
2014
.
- ^
Aysohmay
(29 November 2011).
"Pemenang Anugerah Muzik Asia Mnet 2011"
(dalam bahasa Inggeris). jpopasia.com
. Dicapai pada
3 Februari
2014
.
- ^
"The Best Concerts of 2012, as Seen by Times Critics"
(dalam bahasa Inggeris).
The New York Times
. Dicapai pada
6 Januari
2013
.
This was the year K-pop arrived ? not in the form of “Gangnam Style,” which was everywhere and yet completely evanescent ? but in these arena shows, which were full of thousands of young, paying fans eager to see the girls of 2NE1 and the boys of BigBang, groups with zero American hits between them, but rabid American followings all the same.
- ^
Greenburg, Zack (16 Oktober 2012).
"Bigger Than Psy: 2NE1 And The Future Of K-Pop"
(dalam bahasa Inggeris).
Forbes
. Dicapai pada
25 Januari
2013
.
Known by many as the Korean version of the Spice Girls, the group has sold 27 million digital downloads to date, including the single “I Am The Best,” which moved 4.5 million units
- ^
Tamar Herman (26 November 2016).
"2NE1 Officially Disbands, YG Entertainment Renews Contracts With CL and Dara"
. www.billboard.com
. Dicapai pada
16 January
2017
.
- ^
"[公式立場] YG 側 "2NE1, 21日 '굿바이' 音源 發表
"
"
. news.nate.com. 5 January 2017
. Dicapai pada
16 January
2017
.
|
---|
|
Album studio
| |
---|
Album mini
| |
---|
Album langsung
| 2NE1 FIRST LIVE CONCERT [NOLZA!]
·
2NE1 Global Tour Live (New Evolution In Seoul)
|
---|
Album lain
| 2NE1
·
2NE1 1st Japan Tour "NOLZA in Japan"
|
---|
Rancangan realiti
| 2NE1TV
|
---|
Tajuk berkaitan
| |
---|
|
|
---|
Eksekutif
| |
---|
Artis
| Penyanyi solo
| |
---|
Kumpulan
| |
---|
Kumpulan projek
| |
---|
|
---|
Sublabel
| |
---|
Pelakon
| |
---|
Penerbit
| |
---|
Bekas artis
| |
---|
|
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|