Sarada Devi
(Bengali: ????? ????;
Sharod? Debi
merupakan seorang tokoh wanita India kurun ke-19. Beliau merupakan isteri
Sri Ramakrishna Paramahamsa
. Kisah hidup Sarada merupakan satu rekod utama dalam sejarah wanita India dan
antarabangsa. Hidupnya menjadi idola sebagai seorang anak, kakak, isteri, ibu
dan guru rohani. Fakta bahawa seorang wanita kampung yang tidak berpendidikan,
yang kini dipuja oleh jutaan manusia di seluruh dunia sebagai seorang
Dewi
,
dapat menggambarkan kehebatannya.
Pada 22 Disember
1853
, Saradamani Devi telah lahir di kampung Jayrambati (terletak
lebih kurang 100 km di barat
Kolkata
) di
Bengal Barat
,
India
. Sarada ialah anak
sulung Ramchandra Mukhopadhyaya (atau Mukherji) dan Syamasundari Devi, pasangan
Brahmin
yang miskin.
[1]
Ramchandra mencari rezekinya dengan bertani dan juga menjadi seorang sami.
Suatu hari, Ramachandra bermimpi tentang seorang budak perempuan yang
sangat cantik dan berkulit keemasan. Dia mendakap leher Ramachandra dengan
tangan kecilnya dan berkata bahawa dia akan datang ke rumahnya.
[2]
Beberapa hari kemudian, Syamasundari sedang pulang dari kampung asalnya,
Sihore. Disebabkan cuaca yang panas, beliau duduk di bawah sebatang pokok Vilwa
untuk berehat. Tiba-tiba beliau terdengar bunyi gelang kaki dan melihat seorang
budak perempuan yang hitam manis dan sangat cantik. Budak itu turun dari
pokok Vilwa dan mendakap Syamasundari. Sentuhannya menyebabkan Syamasundari
pengsan. Apabila sedar diri, beliau merasakan dirinya hamil.
[3]
Kedua-dua pengalaman mistik ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang akan lahir
untuk mereka ialah seorang dewi.
Tidak lama kemudian, Syamasundari melahirkan anak perempuan sulungnya. Menurut
carta astrologi, anak itu dinamakan sebagai Saradamani dan Thakurmani (Permata
Dewi). Saradamani dalam
Bahasa Benggali
bermaksud ‘Permata yang memberikan
intipati hidup’. Nama ini juga dieja sebagai ‘Saradamani’ yang bermaksud
Saraswati
(Dewi ilmu). Ramakrishna sendiri mengumumkan bahawa Sarada ialah
Saraswati
, yang telah lahir demi menyelamatkan manusia sejagat, dengan
menyelubungi kecantikannya yang luarbiasa.
[4]
Sarada seorang budak yang amat pemalu dan senyap. Namun, beliau rajin bekerja
dan sering membantu ibu bapanya di rumah dan di sawah. Sebagai anak sulung
dalam keluarganya, beliau menjaga dan mendidik adik-adiknya seperti seorang ibu. Walaupun saiznya kecil, beliau sangat bijak dan sering bertindak sebagai hakim dalam pertengkaran
kanak-kanak kampung.
[5]
Sejak kecil lagi, Sarada amat menyayangi patung-patung
Lakshmi
dan
Dewi Kali
! Beliau gemar bermain dengan menghiasi patung-patung itu dengan bunga dan memujanya.
Pada tahun
1864
, Jayrambati dilanda kemarau
panjang. Kegiatan pertanian terhenti menyebabkan ramai orang miskin mengalami
kebuluran. Ramachandra menyediakan makanan percuma di rumahnya untuk orang-orang
yang kebuluran. Sering kali, Sarada mengipas makanan yang panas agar
orang-orang yang kebuluran itu dapat memakan dengan cepat.
Ketika Sarada berusia dua tahun, beliau telah dibawa ke sebuah kuil
Shiva
. Apabila
wanita-wanita tua menyoalnya secara main-main, siapakah yang beliau mahu kahwin
apabila dewasa kelak, Sarada menunding ke arah seorang pemuda berusia dua
puluh tahun bernama Gadadhar (
Sri Ramakrishna
). Tiga tahun kemudian, pada Mei
1859
,
Sarada dikahwinkan dengan Gadadhar yang sama!
[6]
Perkahwinan Sarada dengan Ramakrishna memang telah ditakdirkan. Apabila Ramakrishna
mendapati bahawa percubaan ibu dan abangnya untuk mencari seorang jodoh
untuknya tidak berjaya, Ramakrishna memberitahu mereka bahawa jodoh yang telah
dipilih untuknya berada di rumah Ramachandra Mukhopadhyaya di Jayrambati. Malah,
carta astrologi mereka juga amat serasi!
Selepas perkahwinan yang pelik ini, Sarada pulang ke rumahnya di Jayrambati.
Ramakrishna pula pulang ke kuil Kali di
Dakshineswar
untuk melakukan disiplin
rohani.
Ramakrishna
kembali ke Kamarpukur pada tahun
1867
dan tinggal di sana selama beberapa
bulan. Ketika ini, Sarada yang berusia empat belas tahun berpeluang untuk
berjumpa dengannya. Ramakrishna mengajarnya untuk bersembahyang, bermeditasi
dan juga melakukan kerja rumah. Beliau juga mengajarnya cara-cara untuk
berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang. Selepas tinggal di Kamarpukur selama
beberapa bulan, Sarada sekali lagi kembali ke Jayrambati. Selepas itu, beliau tidak berpeluang
untuk berjumpa dengan suaminya selama beberapa tahun.
Beberapa
tahun kemudian, Sarada mendengar bahawa suaminya telah menjadi ‘gila’. Wanita-wanita
kampungnya melihatnya dengan penuh simpati kerana beliau ditakdirkan untuk
berkahwin dengan seorang ‘gila’. Ramakrishna sedang melakukan pelbagai disiplin
rohani yang luarbiasa yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun. Oleh itu,
orang menganggap bahawa beliau telah menjadi gila.
Selama
beberapa bulan, Sarada tidak ada cara untuk mengetahui kebenarannya. Beliau telah
menunggu dengan harapan bahawa suaminya akan membawanya pergi ke Dakshineswar.
Apabila belaiu mendengar bahawa suaminya telah menjadi gila, beliau menjadi bimbang. Akhirnya,
beliau memutuskan untuk pergi ke Dakshineswar.
[7]
Dalam
Mac
1872
, Sarada bertolak ke Dakshineswar bersama-sama bapanya dengan berjalan
kaki. Beliau tidak pernah berjalan jauh sebelum itu. Dakshineswar terletak hampir 60 batu dari Jayrambati. Dalam
perjalanan, Sarada mendapat demam dan langsung tidak dapat bergerak. Selepas
berehat di sebuah pondok di tepi jalan, mereka meneruskan perjalanan ke
Dakshineswar.
Ramakrishna
menerima kedatangan Sarada dengan penuh kasih sayang dan prihatin. Sarada berasa
lega mendapati suaminya normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda
kegilaan. Malah, beliau juga menguruskan untuk rawatan Sarada dan memintanya
untuk berehat.
Sama
seperti Ramakrishna, Sarada juga tidak berminat dengan kehidupan duniawi. Ramakrishna mula memberikan ajaran rohani kepada Sarada dan melatihnya
melakukan kerja-kerja rumah.
Tidak
lama kemudian, pada tahun
1872
, pada hari Phalaharini Kali Puja, Ramakrishna
memuja Sarada sebagai
Dewi Kali
dan mempersembahkan semua hasil kehidupan
rohaninya kepada Sarada. Peristiwa unik ini amat bermakna dalam sejarah
kerohanian manusia. Ia membuktikan bahawa hawa nafsu dapat dihapuskan sepenuhnya
dengan sikap melihat semua wanita sebagai ibu. Melalui pemujaan ini juga,
Ramakrishna memberikan Sarada semua kuasa-kuasa rohaninya dan membangkitkan
sifat keibuan sejagat dalam diri Sarada.
[8]
Sarada tinggal di sebuah bilik
kecil di tingkat bawah nahabat (dewan muzik) kuil Kali, Dakshineswar selama tiga belas tahun. Dalam tempoh ini, beliau sering kali berulang-alih ke Jayrambati untuk menguruskan keluarganya di kampung. Walaupun beliau menjalani kehidupan yang serba
kekurangan, beliau gembira untuk berada berdekatan suaminya. Harinya bermula
pada pukul tiga pagi, sebelum orang lain bangun. Beliau bermandi di
Sungai Ganges
, di sebuah tangga menuju ke sungai berdekatan Nahabat, dalam kegelapan
awal pagi. Kemudian beliau menghabiskan satu setengah jam untuk berdoa di dalam
biliknya. Selepas itu, beliau memasak untuk Sri Ramakrishna. Menjelang petang, beliau
menyediakan sumbu pelita-pelita dan menyalakannya dan kemudian duduk untuk
berdoa dan bermeditasi. Kemudian beliau memasak makan malam untuk Sri Ramakrishna.
Pada satu hari, seorang
pedagang kaya datang kepada Ramakrishna dan memintanya untuk menerima sejumlah
wang untuk perbelanjaannya. Ramakrishna menolak wang itu tetapi apabila
pedagang itu mendesaknya, beliau meminta Sarada untuk menerimanya. Sarada yang
bijak turut menolak wang itu kerana jika beliau menerimanya, wang itu masih akan
digunakan untuk Ramakrishna. Apabila Ramakrishna mendengar tentang keputusan
Sarada, beliau berasa gembira dengan semangat pelepasan Sarada.
Hidup Sarada Devi di Dakshineswar berlalu dengan gembira. Apabila orang ramai mula mengerumuni Sri Ramakrishna untuk mendapatkan ajaran rohani, Sarada juga memainkan peranannya dengan menyediakan makanan untuk pelawat-pelawat itu. Adakalanya, pada waktu lewat malam, beliau terpaksa memasak untuk pengikut-pengikut Ramakrishna. Adakalanya, berhari-hari beliau tidak berpeluang untuk berjumpa dengan Sri Ramakrishna yang sibuk memberikan ajaran rohani kepada pengikut-pengikutnya.
Dalam kalangan pengikut Ramakrishna, beberapa orang wanita alim menjadi teman dan kawan Sarada. Yogin-Ma, Gopaler Ma dan Golap Ma, adalah beberapa orang wanita yang rapat dengan Sarada. Mereka membantu Sarada melakukan kerja-kerja memasak dan sebagainya. Adakalanya, apabila Sarada malu untuk meluahkan sesuatu kepada Ramakrishna, mereka menjadi pesuruhnya. Demikian, Sarada menghabiskan hampir tiga belas tahun di Dakshineswar.
Suka,
atau duka, tidak berterusan selama-lamanya. Sekitar September
1885
, Ramakrishna mengalami sakit tekak,
yang dikenalpasti oleh doktor sebagai penyakit barah. Oleh sebab beliau memerlukan rawatan berterusan, beliau dibawa ke sebuah rumah-taman di Kasipur, yang lebih
dekat dengan bandar
Kolkata
.
Sarada memasak untuk beliau dan pengikut-pengikut mudanya yang
tinggal di situ. Pengikut-pengikut muda Sri Ramakrishna menjaganya secara bergilir-gilir. Narendra, bakal Swami
Vivekananda, dan ramai lagi pemuda sepertinya menjaga Sri Ramakrishna sepanjang masa.
Keadaan beliau bertambah buruk. Ketika ini, beliau mengarahkan Sarada
untuk meneruskan dengan kerja-kerja menjaga pengikut-pengikutnya selepas
kematiannya.
Pada 16 Ogos
1886
, Ramakrishna meninggalkan jasadnya. Selepas
menjalankan upacara pembakaran mayatnya, Sarada menanggalkan barangan kemasnya.
Ketika beliau hendak menanggalkan gelang tangannya, roh Ramakrishna muncul di hadapannya. Sambil menekan tangan Sarada, beliau berkata: “Adakah saya sudah
mati? Kamu bertindak seperti seorang janda. Saya hanya telah berpindah dari sebuah
bilik ke bilik yang lain.”
[9]
Selepas
kematian Sri Ramakrishna, Sarada Devi melakukan lawatan ibadah dengan beberapa
orang temannya seperti Golap-Ma dan Lakshmi Didi. Dengan berdoa dan
bersembahyang di tempat-tempat suci seperti
Deoghar
,
Varanasi
,
Prayag
, dan
Vrindavan
, Sarada mengubati hatinya yang sedih. Ketika ini, beliau memberikan
mantera kepada Yogin, seorang pengikut Ramakrishna yang kemudiannya menjadi
rahib. Sarada mengakhiri lawatan ini pada bulan Ogos
1887
dan pulang ke
Kolkata
.
[10]
Tidak lama kemudian, beliau bertolak ke rumah pusaka Ramakrishna di Kamarpukur. Sebelum kematiannya, Ramakrishna telah meminta Sarada untuk pergi ke Kamarpukur dan tinggal di sana seorang diri. Kini, Sarada menunaikan janjinya kepada Ramakrisna. Selama hampir sembilan bulan, beliau tinggal di Kamarpukur dalam kemiskinan. Kecuali padi daripada sawah keluarganya, beliau tidak ada apa-apa pun. Jadi, Sarada memasak nasi dengan padi itu dan memakannya tanpa secubit garam. Kemudian, beliau menanam sayur-sayuran di belakang rumahnya. Dengan tenang, Sarada mengharungi kemiskinan. Beliau hanya sedih kerana tidak dapat bermandi di
Sungai Ganges
, seperti yang biasa dilakukannya di Dakshineswar. Pada suatu hari, dengan mata kasarnya, Sarada melihat Sri Ramakrishna tampil di hadapannya. Tiba-tiba, Sungai Ganges memecut keluar dari tapak kakinya dan mengalir dengan deras! Peristiwa ini meyakinkan Sarada bahawa Sri Ramakrishna wujud dalam segala-galanya. Menurut mitologi Hindu,
Sungai Ganges
berasal daripada tapak kaki
Dewa Vishnu
dalam Jelmaan-Nya sebagai
Vamana
.
[11]
Apabila pengikut-pengikut Ramakrishna di Kolkata mendapat tahu tentang kehidupan Sarada di Kamarpukur, mereka menjemputnya ke Kolkata. Sebuah rumah disewa dan para pengikut mengambil tanggungjawab untuk menjaga Sarada Devi yang mereka panggil sebagai 'Ibu Yang Alim'.
Demikian, Sarada ditempatkan di rumah-taman Nilambar Babu di
kampung Belur. Ketika ini, beliau melakukan ‘Pancatapa’ suatu disiplin rohani yang
rumit. Empat ungun api dinyalakan di atas teres rumah itu, setiap satu pada
jarak enam kaki. Terikan matahari yang bersinar di atas adalah api yang kelima.
Sarada dan Yogin-Ma (salah seorang temannya) bermandi di Ganges pada waktu subuh
dan, duduk di tengah-tengah ungun-ungun api itu, dan melakukan meditasi. Mereka
melakukan ini sehingga matahari terbenam. Selama tujuh hari berturut-turut
mereka melakukan ini dari subuh ke senja.
[12]
Dalam
tahun
1888
, Sarada melakukan lawatan ibadah ke Gaya, sebuah kota purba suci
untuk Vishnu. Beliau juga melawat
Bodh Gaya
, di mana
Buddha
mendapat Ilmu. Di sini beliau melawat sebuah biara
Hindu
yang besar dan berasa gembira untuk melihat
rahib-rahib yang hidup dengan senang. Mereka tidak merana dalam kemiskinan.
Hati keibuan Sarada menderita memikirkan keadaan anak-anaknya
(pengikut-pengikut Sri Ramakrishna yang menjadi rahib) yang sedang merantau
sebagai fakir-fakir. Dengan bersungguh-sungguh, beliau berdoa kepada Sri
Ramakrishna untuk menyediakan satu biara untuk pengikut-pengikutnya.
[13]
Selepas
kematian Sri Ramakrishna, Sarada Devi mengambil tugas menjaga Surabala, kakak
iparnya yang gila dan Radhu, anak saudaranya yang hampir gila. Beliau juga
sering terlibat dengan persengketan keluarga abang-abangnya.
[14]
Sri
Ramakrishna telah mengarahkan Sarada Devi untuk meneruskan tugas kerohanian. Sarada
memberikan ajaran dan mantera suci kepada kepada ratusan orang. Sesiapa sahaja
yang memanggilnya sebagai ‘Ibu’ menerima kasih sayangnya. Malah, orang-orang
yang dibenci oleh masyarakat juga menerima simpati dan kasihnya. Siang dan malam, beliau sibuk memikirkan tentang
kebaikan ‘anak-anaknya’ dan melakukan disiplin rohani seperti japa dan meditasi
untuk mereka.
[15]
Narendranath,
pengikut utama Sri Ramakrishna, menjadi
Swami Vivekananda
. Pada awal
1893
,
Vivekananda telah hampir memutuskan untuk berlayar ke
Amerika
untuk menyertai
Persidangan Agama-Agama Dunia
di
Chicago
. Tetapi beliau masih mempunyai satu
keraguan: adakah ia benar-benar niat Tuhan? Bagi mendapatkan kepastian,
Vivekananda menulis surat kepada Sarada Devi dan meluahkan hasratnya. Hanya
selepas Sarada memberikan restunya, Vivekananda bertolak ke Amerika.
[16]
Swami
Vivekananda kembali ke India pada awal
1897
selepas kejayaannya di Barat. Tidak
lama kemudian, sebidang tanah dibeli di kampung Belur, merentasi Ganga. Di
sini,
Biara Belur
yang menjadi pusat
Ramakrishna Sangha
didirikan.
[17]
Pada
1899
, Sarada Devi melawat Biara Belur, ditemani oleh
Saudari Nivedita
dan
beberapa orang pengikut
Vivekananda
. Apabila Sarada pertama kali menjejaki
tanah Biara itu, Vivekananda menjemputnya dengan penuh rendah diri. Sarada menyapu
dan membersihkan sebuah tempat di tanah itu dan memuja sebuah potret Sri
Ramakrishna di situ. Beliau berasa amat gembira kerana akhirnya ‘anak-anaknya’
sudah mempunyai sebuah tempat tetap.
Sejak Sarada berpindah ke
Kolkata
, beliau menetap di rumah-rumah pengikut Sri Ramakrishna dan
kadang-kadang di rumah sewa.
Swami Saradananda
, seorang pengikut Sri
Ramakrishna bertekad untuk mendapatkan sebuah rumah untuk Sarada. Dengan meminjam
dan memungut derma, dia membeli sebuah bangunan yang cantik di Baghbazar,
Kolkata
. Pada 23 Mei
1909
, Sarada
memasuki rumah baru ini dan tinggal di tingkat pertama rumah ini sehingga ke akhir hayatnya.
[18]
Di tingkat bawah rumah ini,
Saradananda menulis biografi ‘
Sri Ramakrishna Lilaprasanga
’, dalam bahasa
Bengali (‘
Sri Ramakrishna, The Great Master
’). Hasil jualan buku ini digunakan
untuk membayar pinjaman Rumah Ibu. Di bangunan ini juga, sebuah pejabat jurnal
bulanan
Udbodhan
ditempatkan. Udbodhan merupakan jurnal Bengali yang dimulakan
oleh Vivekananda pada tahun
1899
. Oleh itu, Rumah Ibu juga dikenali sebagai ‘Rumah
Udbodhan’.
[19]
Pada
akhir bulan Februari
1911
, Sarada dan beberapa orang lain melawat tempat-tempat
suci di
India Selatan
.
Swami Ramakrishnananda
yang berada di Madras (kini
Chennai
) telah menjemputnya untuk melawat tempat-tempat suci dan berjumpa
dengan pengikut-pengikut di sana. Semasa lawatan ini, Sarada memuja Sivalinga
di kuil
Rameswaram
dengan 108 daun Bilwa emas. Ketika melakukan pemujaan dengan tangannya sendiri, secara tidak sengaja beliau berkata bahawa Sivalinga itu masih berada sama seperti yang ditinggalkannya dahulu. Menurut tradisi, Sivalinga itu telah dibuat oleh
Dewi Sita
.
[20]
Seterusnya, Sarada melawat Ramakrishna
Ashrama (kini Ramakrishna Math, Bangalore) di
Bengaluru
sebelum kembali ke
Kolkata
. Beliau menetap di sini selama tiga hari daripada 24 hingga 26 Mac
1911
. Sebuah memorial telah didirikan bagi menandakan tempat di mana beliau bertapa.
Sekali
lagi, pada tahun
1912
, Sarada melakukan lawatan ke
Varanasi
.
Selama
34 tahun, Sarada menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan guru
kepada ribuan orang yang mencari ketenangan rohani. Bilangan anak-anaknya yang
makin bertambah menyebabkan dia langsung tidak dapat berehat. Usianya kini 67
tahun dan badannya telah menjadi lemah. Tanpa mengendahkan kesihatannya, beliau
berjumpa dengan sesiapa sahaya yang datang untuk mendapatkan restunya.
Awal
tahun
1920
, Sarada mula mengalami demam setiap hari. Keputusan diambil untuk
membawanya ke
Kolkata
untuk rawatan. Pada 24 Februari 1920, buat kali
terakhir, Sarada meninggalkan Jayrambati dan kembali ke Rumah Udbodhan. Di sini rawatan yang terbaik diberikan, namun demamnya tidak berhenti.
Sarada
Devi meninggal dunia pada 21 Julai 1920. Jasadnya dibawa merentasi Ganges ke
Biara Belur dan dibakar di atas unggun kayu cendana. Kini di tapak yang sama,
sebuah kuil marmar telah dibina menempatkan abu suci Sarada Devi.
[21]
Lima hari sebelum kematiannya, Sarada Devi berkata kepada seorang wanita yang sedih,‘Mengapa kamu nak takut? Kamu telah melihat
Sri Ramakrishna
… Biar saya memberitahu kamu sesuatu. Anakku, jika kamu mahu ketenangan, jangan lihat kesalahan sesiapa pun. Lihatlah kesalahanmu sendiri. Cubalah untuk menjadikan dunia ini milikmu. Anakku, sesiapa pun
bukan orang asing. Seluruh dunia ini ialah milikmu.’ Ini bukan sahaja nasihat terakhir Ibu Yang Alim kepada umat manusia tetapi juga inti kehidupannya sendiri.
[22]
Dua ayat pertama di atas
memberikan kepastian kepada semua pengikut Sri Ramakrishna. Sesiapa yang telah
melihat
Sri Ramakrishna
atau menjadikan Sri Ramakrishna sebagai ideal hidup,
tidak perlu takut. Panduan hidup yang diberikan oleh Sri Ramakrishna akan pasti
membantu mereka untuk merentasi ‘Samsara’ iaitu kitaran hidup ini.
[23]
Ayat seterusnya menunjukkan
cara untuk mengatasi ketakutan dan juga hasil yang diperolehi dengan
mengikutinya. Apabila kita berhenti melihat kecacatan atau kelemahan orang
lain, kita akan dapat mengekalkan hubungan yang baik dengan semua orang. Dengan
melihat kelemahan diri sendiri, kita akan berusaha untuk mengatasi kelemahan
itu. Kita juga akan lebih bersimpati dan memahami orang lain.
Ayat ‘Sesiapa pun bukan orang
asing. Seluruh dunia ini ialah milikmu’ ialah kebenaran yang diutarakan oleh
falsafah Vedanta
. Dalam dua ayat ini, Sarada Devi telah merumuskan falsafah
Vedanta bahawa
Atman
atau Tuhan yang Satu wujud dalam segala-galanya. Oleh
kerana, semuanya ialah
Atman
yang sama, tidak ada perbezaan di antara manusia. Perbuatan
memburukkan orang lain ialah sama seperti mencaci diri sendiri! Dengan menemui kebenaran ini atau dengan kepercayaan kuat padanya, perhubungan antara insan akan maju ke tahap yang mulia.
Kehidupan Sarada Devi, daripada mula hingga akhir, penuh dengan cabaran. Beban yang ditanggungnya sebagai seorang anak, isteri, dan akhirnya sebagai ibu kepada satu komuniti yang besar merentasi bahasa dan bangsa adalah di luar kehidupan seorang wanita biasa. Apa yang mengagumkan ialah dalam suasana yang genting, Sarada mengekalkan sifat tersisihnya, yang dianggap dalam agama Hindu sebagai nilai tertinggi dalam diri seorang manusia. Dalam semua situasi yang dihadapinya, Sarada sentiasa tenang, seolah-olah ia bukan masalahnya. Kesabaran, keberanian, dan kebijaksanannya, yang diuji berulang-kali, mengagumkan semua orang.
Namun, perkara yang boleh menakjubkan tentang Sarada Devi ialah semangat pelepasannya. Seperti suaminya, beliau mempunyai semangat pelepasan yang sangat tinggi. Kerap kali, beliau berdepan dengan kebuluran, tetapi beliau tidak pernah merungut tentang nasibnya atau meminta bantuan sesiapa pun.
Sifat ketuhanan terserlah dalam segala tindakan Sarada Devi, meskipun ia cuma perbuatan yang amat biasa. Beliau seorang wanita yang sederhana, tetapi dalam percakapan, pemikiran, dan perbuatan, beliau berhubung dengan Tuhan. Beliau seorang alim yang sejati, tetapi beliau tidak pernah mengakui dirinya alim. Beliau kelihatan seperti seorang wanita biasa, tetapi setiap satu mengenainya adalah luar biasa.
[24]
Sri Ramakrishna
telah meninggalkan Sarada Devi untuk menegakkan semula keibuan sejagat yang ulung. Sifat keibuannya tidak mengenal baik buruk, dan dicurahkan dengan sama rata kepada orang mulia mahu pun orang yang hina. Kasih sayang itu mampu menawan hati 'anak-anak'nya dan membawa mereka ke jalan kebenaran dan kemuliaan. Hidup Sarada Devi menunjukkan bahawa sifat bersopan santun merupakan hiasan terbaik bagi seorang wanita sementara sifat keibuan pula merupakan ideal hidup yang tertinggi.
Sarada Devi, meskipun tidak berpendidikan, mempunyai pandangan yang mendalam mengenai masalah yang dihadapi oleh kaum wanita. Beliau sedar tentang kepentingan pendidikan dan kebebasan ekonomi bagi kaum wanita. Oleh itu, beliau menyokong usaha
Saudari Nivedita
(1867-1911) untuk memberikan pendidikan kepada wanita India.
Sarada Devi merupakan satu jambatan yang terbaik yang menghubungkan ideal-ideal wanita India purba dan moden. Sekiranya, wanita India moden dapat mengambil teladan daripada hidupnya, pasti usaha mereka untuk mencapai kebebasan yang sepenuhnya dapat tercapai.
Hidup Sarada Devi telah dan masih menjadi inspirasi kepada ramai wanita-wanita India dan juga bukan India, terutamanya di
Amerika
dan
Eropah
. Dengan menjadikan Sarada Devi sebagai pusat kehidupan mereka, wanita-wanita ini telah memulakan
Sri Sarada Math
, sebuah pertubuhan biarawati.
Tahun
|
Peristiwa
|
1853 Disember 22
|
Kelahiran di Jayrambati
|
1859 Mei
|
Perkahwinan dan lawatan pertama ke Kamarpukur
|
1860 Disember
|
Lawatan kedua ke Kamarpukur
|
1866 Mei (?)
|
Lawatan ketiga ke Kamarpukur
|
1866 Disember - 1867 Januari
|
Lawatan keempat ke Kamarpukur
|
1867 Mei - November
|
Lawatan kelima ke Kamarpukur
|
1872 Mac (?)
|
Lawatan pertama ke Dakshineshwar
|
1872 Jun 5
|
Shodashi-puja
|
1873
|
Di Jayrambati
|
1874 Mac 26
|
Kematian Ramchandra Mukhopadhyaya, bapa Sri Sarada Devi
|
1874
|
Lawatan kedua ke Dakshineshwar
|
1875 September
|
Di Jayrambati
|
1875
|
Jatuh sakit dan kebangkitan Dewi Simhavahini
|
1875 November
|
Permulaan pemujaan Jagaddhatri
|
1876 Februari 27
|
Kematian Chandramani Devi, ibu mertua Sri Sarada Devi
|
1876 April
|
Shambhu Babu menghadiahkan sebuah rumah
|
1877 Januari
|
Lawatan ketiga ke Dakshineshwar (Pertemuan dengan pasangan perompak di Telo-bhelo)
|
1881 Februari/Mac
|
Lawatan keempat ke Dakshineshwar
|
1882 Februari
|
Lawatan kelima ke Dakshineshwar
|
1884
|
Lawatan keenam ke Dakshineshwar
|
1885 Mac
|
Lawatan ketujuh ke Dakshineshwar
|
1885 Oktober
|
Bersama-sama Sri Ramakrishna di Shyampukur
|
1885 Disember 11
|
Bersama-sama Sri Ramakrishna di Cossipore
|
|
Berpuasa di Tarakeshwar
|
1886 Ogos 16
|
Kematian Sri Ramakrishna
|
1886 Ogos 30
|
Ziarah ke India Utara (khususnya Vrindavan)
|
1887
|
Di Kamarpukur selama sembilan bulan
|
1888
sehingga Oktober
|
Di rumah taman Nilambar Mukherjee (Belur)
|
1888 daripada November
|
Di Puri
|
1889 daripada Februari
|
Di Kamarpukur
|
1890 Mac 25
|
Ziarah ke Gaya
|
1890 Oktober
|
Di Jayrambati
|
1893
|
Di rumah taman Nilambar Mukherjee
|
1895
|
Ziarah kedua ke Vrindavan
|
1904-05
|
Ziarah ke Puri
|
1906 Januari
|
Kematian Shyamasundani Devi, ibu Sri Sarada Devi
|
1907 Oktober
|
Pemujaan Durga di rumah Girish Ghosh
|
1909 Mei 23
|
Lawatan pertama ke ‘Udbodhan’
|
1910 Disember
|
Di Kothar, Orissa
|
1911 Februari-Mac
|
Lawatan ke India Selatan
|
1911 Jun 10
|
Perkahwinan Radhu, anak saudara Sarada Devi
|
1912 Oktober 16-21
|
Pemujaan Dewi Durga di Belur
|
1912 November 5 ?Januari 15
|
Ziarah ke Varanasi
|
1915 Ogos - September
|
Di Koalpara
|
1916 Mei 15
|
Di rumah baru di Jayrambati
|
1916 Oktober 3-6
|
Pemujaan Dewi Durga di Belur
|
1920 Julai 21
|
Mahasamadhi
|
- The Gospel of Holy
Mother
- Swami Gambhirananda
(1955).
Holy Mother Shri Sarada Devi
.
- Swami Nikhilananda
(1984).
Gospel of the Holy Mother Sri Sarada Devi
. Sri Ramakrishna Math Printing Press.
ISBN
978-81-7120-400-7
.
- Swami Nikhilananda
(1982).
Holy Mother : Being the Life of Sri Sarada Devi, Wife of Sri Ramakrishna and Helpmate in His Mission
. Ramakrishna-Vivekananda Center.
ISBN
978-0-911206-20-3
.
- Swami Saradeshananda.
The Holy Mother as I Saw Her
.
- Swami Tapasyananda.
Sri Sarada Devi ; The Holy Mother
. Sri Ramakrishna Math.
ISBN
978-81-7120-487-8
.
- Sri Sarada Devi : a Biography in pictures
. Advaita Ashrama. 1988.
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 222
- ^
ibid
- ^
ibid
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 223
- ^
ibid
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 224
- ^
ibid
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 225
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 226
- ^
ibid
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 227
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 228
- ^
ibid
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 227
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 228
- ^
ibid
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 229
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 229
- ^
ibid
- ^
ibid
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 mukasurat 230
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol. 3 mukasurat 230
- ^
Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol. 3 mukasurat 230
- ^
Swami Lokeswarananda,
The Ramakrishna Movement
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|