Pilihan raya kecil Teluk Intan 2014
|
|
|
|
Pilihan raya kecil Teluk Intan 2014
diadakan pada 31 Mei 2014 setelah kematian penyandangnya
Seah Leong Peng
(58) dari parti
DAP
pada 1 Mei 2014. Penamaan calon diadakan pada hari Isnin, 19 Mei 2014 . Kali ini pertembungan satu lawan satu antara calon
Barisan Nasional
(
BN
), Datuk
Mah Siew Keong
dengan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen
Gelang Patah
,
Lim Kit Siang
,
Dyana Sofya Mohd Daud
yang bertanding atas tiket
DAP
. Pada masa yang hampir sama,
Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014
turut diadakan.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya ialah Datuk Ibrahim Ahmad . Proses penamaan calon diadakan di Dewan Semarak Kasih,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak
, Jalan
Changkat Jong
, Teluk intan,
Perak
. Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi luar negara layak mengundi pada PRK kali ini dengan pengundian awal pada 27 Mei sementara hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei 2014.
Pengerusi
SPR
, Tan Sri
Abdul Aziz Mohd Yusof
menyatakan bahawa PRK ini menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 yang diwartakan pada 30 April 2014 dan diperkemaskan pada 1 Mei 2014.SPR akan menggunakan Dewan Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala Pusat Pengiraan Undi Awal akan diadakan di bilik Audit Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Teluk Intan
(MPTI). Sebanyak 36 Pusat Mengundi akan dibuka. Seramai 957 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya kali ini dengan anggaran kos perbelanjaan sebanyak RM1,470,347. Pemerhati rasmi dilantik oleh SPR akan diberikan kad pemerhati .
[1]
Pada
Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13), Seah Leong Peng mengalahkan Siew Keong dan calon Bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.
Datuk Mah Siew Keong merupakan
Presiden Gerakan
.Pencalonan Siew Keong dicadang oleh Bendahari
MCA
Perak, Datuk Seri Kuan Peng Soon dan disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk
Mohd Azhar Jamaluddin
. Siew Keong pernah menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal pada Pilihan Raya Umum (
PRU-10
) dan
PRU-11
, namun kalah dalam dua PRU selepas itu iaitu
PRU-12
dan
PRU-13
. Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong lahir di Teluk Intan.
Dyana Sofya pula dicalonkan oleh ahli bahagian DAP Teluk Intan, Chang Kok Lim serta disokong ahli parti, Pooi Weng Keong.Dyana Sofya seorang
peguam
berusia 27 tahun, yang menyertai DAP pada Disember 2011.
[2]
.
Teluk Intan pernah mengalami PRK pada 1997 apabila wakilnya, Ong Tin Kim meninggal dunia. BN yang menurunkan Dr. Chee See Choke (Gerakan) tewas kepada M.Kulasegaran (DAP). Bagaimanapun pada PRU 1999, Mah Siew Keong menang dengan majoriti 2,783 undi mengalahkan calon DAP. Kerusi itu kekal kepada Mah Siew Keong pada 2004 dengan majoriti 10,041 undi mengalahkan calon DAP dan
Keadilan
. Pada 2008, BN kehilangan kerusi itu selepas tewas kepada M.Manogaran (DAP) yang menang dengan majoriti 1,470 undi. Pada PRU lalu (2013), Siew Keong kalah kepada Seah Leong Peng yang menang dengan majoriti 7,313 undi.
[3]
Majoriti pengundi adalah masyarakat Cina sementara Melayu 37 peratus dan India 20 peratus. Seramai 20,905 pengundi bawah umur 40 tahun di kawasan Teluk Intan. Presiden MIC, G.Palanivel yakin memperoleh 70 peratus undi masyarakat India. Parti itu mempunyai 4,700 pengundi dan lebih 7,000 pengundi India lagi bukan anggota parti.
[4]
Jentera BN berkempen melalui pelbagai program termasuk ceramah, program santai dan menemui orang ramai dari rumah ke rumah. Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menerangkan tentang cukai barangan dan perkhidmatan (
GST
).
[5]
Perdana Menteri Malaysia
yang juga Presiden BN, Datuk Seri
Najib Tun Razak
menaruh harapan penuh kepada Presiden Gerakan ini. Secara konvensyen, calon yang bertanding di kawasan itu sepatutnya daripada Gerakan, sama seperti kesinambungan calon bagi PRK Kajang dan Bukit Gelugor di mana calonnya adalah daripada
MCA
.
[6]
Suasana kempen semakin panas apabila Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Mohd Zaki Harun memaklumkan bahawa polis telah menangkap suspek 'ugut bunuh' di Taman Ratna, Jalan Changkat Jong ,Teluk Intan. Suspek berusia 50 tahun itu ditahan oleh Pasukan Cantas Khas Perak dan Pasukan Cantas
Bukit Aman
di
Durian Tunggal
,
Melaka
pada 23 Mei 2014.
[7]
|
---|
Pilihan raya umum
| |
---|
Pilihan raya negeri
| Negeri/Tahun
| |
---|
Keputusan undian
| |
---|
|
---|
Pilihan raya kecil
| |
---|
|