Istilah "
Dunia Ketiga
" (
bahasa Inggeris
:
Third World
) muncul semasa
Perang Dingin
untuk merujuk kepada baki negara yang kekal tidak memihak dengan
NATO
mahupun
Blok Komunis
.
Amerika Syarikat
,
Kanada
,
Jepun
,
Korea Selatan
, negara-negara
Eropah Barat
dan sekutunya mewakili
Dunia Pertama
manakala
Kesatuan Soviet
,
China
,
Cuba
dan sekutu mereka mewakili
Dunia Kedua
. Peristilahan ini merupakan suatu cara mengkategorikan negara-negara dunia kepada tiga kumpulan berdasarkan pembahagian politik dan ekonomi.
Bahagian Dunia ini dilihat termasuk banyak negara dengan sejarah
penjajahan
di
Afrika
,
Amerika Selatan
,
Oceania
and
Asia
. Dunia ini turut dikaitkan dengan negara-negara yang berada dalam
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
. Dalam teori kebergantungan (
dependency theory
) yang dipelopori pemikir seperti Raul Prebisch, Walter Rodney, Theotonio dos Santos dan Andre Gunder Frank, Dunia Ketiga ini juga dikaitkan dengan pembahagian ekonomi dunia di mana sistem dunia yang terbahagi ini terdiri daripada "negara-negara teras" (
core countries
) yang menguasai "negara-negara pinggiran" (
periphery countries
).
[1]
Disebabkan oleh sejarah kompleks berkembang makna dan konteks ini, tidak ada pentakrifan yang jelas atau dipersetujui mengenai Dunia Ketiga.
[1]
Ada beberapa negara dalam
Blok Komunis
seperti
Cuba
yang sering dianggap sebagai "Dunia Ketiga". Keadaan ekonomi banyak negara Dunia Ketiga yang lemah dan tidak maju menyebabkan wujudnya
stereotaip
bahawa negara-negara miskin dirujuk sebagai "negara-negara dunia ketiga", namun lingkungan "Dunia Ketiga" ini juga sering termasuk
negara-negara industri yang baru
seperti Brazil, India dan China sekarang lebih sering disebut sebagai sebahagian daripada "gabungan BRIC" (
B
razil,
R
usia,
I
ndia dan
C
hina). Dari segi sejarahnya, terdapat beberapa negara Eropah berkecuali daripada mana-mana blok politik yang mempunyai tahap ekonomi sangat makmur termasuk
Ireland
,
Austria
,
Sweden
,
Finland
dan
Switzerland
.
Beberapa dekad sejak kejatuhan
Soviet Union
dan
pengakhiran Perang Dingin
ini, istilah
Dunia Ketiga
digunakan secara bertukar-tukarnya dengan
negara-negara yang kurang membangun
serta
yang sedang membangun
, namun konsep ini dengan sendirinya telah dianggap lapuk pada beberapa tahun kebelakangan ini kerana ia tidak mewakili keadaan politik atau ekonomi dunia semasa.
Istilah ini dicipta
Alfred Sauvy
, seorang ahli demografi, ahli antropologi dan sejarawan Perancis dalam satu rencana majalah
L'Observateur
yang ditulisnya pada 14 Ogos 1952 (istilah asal dalam
Perancis
:
Tiers Monde
) untuk merujuk kepada negara-negara yang tidak memihak kepada blok Soviet yang berfahaman Komunis mahupun blok NATO yang berfahaman Kapitalis sewaktu Perang Dingin.
[2]
Ia merupakan gaya pengibaratannya kepada
Estet Ketiga
iaitu masyarakat awam yang menentang Estet Pertama pimpinan para agamawan dan Estet Kedua pimpinan pemerintahan beraja Perancis sewaktu sebelum dan semasa
Revolusi Perancis
. Sauvy menulis bahawa "dunia ketiga ini yang diabaikan, dipergunakan dan dibenci sepertimana estet ketiga juga mahu menjadi sesuatu."
[3]
Beliau memberikan gambaran konsep
keberkecualian politik
dengan blok kapitalis atau blok komunis.
[4]
Pada masa Perang Dingin, negara-negara dalam blok ini
[5]
dipandang sebagai sekutu potensial oleh Dunia Pertama dan Kedua. Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet berlumba-lumba membina hubungan dengan menawarkan bantuan ekonomi dan ketenteraan demi mendapat sekutu strategik (misalnya Amerika Syarikat di Vietnam atau Uni Soviet di Kuba).
[5]
Pada penghujung Perang Dingin ini, banyak negara Dunia Ketiga yang menggunakan model ekonomi kapitalis atau komunis dan terus dibantu oleh pihak yang dipilih negara-negara ini. Sepanjang berlakunya tempoh Perang Dingin dan sesudahnya, negara-negara Dunia Ketiga menjadi kepentingan penerima
bantuan luar negara
Barat dan pembangunan ekonomi melalui teori-teori arus utama seperti teori modernisasi dan teori kebergantungan.
[5]
Pada akhir 1960-an, gagasan Dunia Ketiga mewakili negara-negara Afrika, Asia, dan Amerika Latin yang dianggap berkembang oleh Barat berdasarkan sejumlah faktor (pembangunan ekonomi rendah, taraf hidup rendah, tahap kemiskinan dan penyebaran penyakit tinggi, dan sebagainya).
[6]
Negara-negara ini menjadi sasaran bantuan negara-negara yang lebih kaya (pemerintahan, LSM, dan individu). Model
tahap pertumbuhan Rostow
berpendapat bahwa pembangunan terjadi dalam lima tahap (masyarakat tradisional; menjelang lepas amabnag; lepas ambang; kedewasaan ekonomi; tingginya kepnegunaan khalayakl).
[7]
W. W. Rostow
berpendapat bahwa "lepas ambang" adalah tahap penting yang belum dicapai oleh dunia ketiga. Lantas, bantuan luar negara diperlukan untuk mendorong industrialisasi dan pertumbuhan ekonomi dalam negara-negara tersebut.
[7]
- ^
a
b
Tomlinson, B.R. (2003). "What was the Third World",
Journal of Contemporary History
, 38(2): 307?321.
- ^
Gregory, Derek et al. (Eds.) (2009). Dictionary of Human Geography (Edisi ke-5), Wiley-Blackwell.
- ^
Terjemahan harfiah daripada bahasa Perancis, teks asal: ≪
...car enfin, ce Tiers Monde ignore, exploite, meprise comme le Tiers Etat, veut lui aussi, etre quelque chose
≫
- ^
Wolf-Phillips, Leslie (1987). "Why 'Third World'?: Origin, Definition and Usage",
Third World Quarterly
, 9(4): 1311-1327.
- ^
a
b
c
Tomlinson, B.R. (2003). "What was the Third World",
Journal of Contemporary History
, 38(2): 307?321.
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
Gregory2
- ^
a
b
Westernizing the Third World (Ch 2), Routledge