Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Colin Luther Powell
(5 April 1937 ? 18 Oktober 2021) ialah jeneral tentera dan ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai
Setiausaha Negara Amerika Syarikat
ke-65 dari 20 Januari 2001 hingga 26 Januari 2005. Beliau merupakan
orang Afrika Amerika
pertama yang berpangkat tinggi dalam sejarah pentadbiran Amerika Syarikat sehingga
presiden
Obama
menjadi presiden pada tahun
2009
.
[1]
Beliau dipilih oleh
George W. Bush
pada 16 Disember 2000 dan perlantikannya dipersetujui oleh
Senat
. Powell dipecat sebelum bermulanya penggal kedua presiden Bush akibat daripada justifikasi beliau yang tidak tepat terhadap
Perang Iraq
Amerika pada tahun 2003.
[2]
Beliau kemudiannya digantikan oleh
Condoleezza Rice
yang dipilih oleh presiden Bush dan ditetapkan oleh
Senat
pada 26 Januari 2005. Powell juga pernah menjawat sebagai Ketua Penasihat Keselamatan A.S. (1987-1989) dan
Pengerusi Ketua Turus Bersama
A.S. (1989-1993).
Powell dilahirkan di
Bandaraya New York
dan dibesarkan di Bronx Selatan. Ibu bapa beliau, Luther Theophilus dan Maud Ariel Powell, berhijrah ke Amerika Syarikat dari
Jamaica
. Powell belajar di sekolah negeri Bandaraya New York, lulus dari
City College of New York
(CCNY), di mana dia mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang
geologi
.
Dia juga menyertai ROTC di CCNY dan memperoleh pangkat Leftenan Muda
Angkatan Tentera Darat AS
setelah lulus pada Jun
1958
. Pencapaian akademinya yang lain termasuk ijazah MBA dari
Universiti George Washington
.
Powell bernikah dengan Alma Vivian Johnson yang berasal dari
Birmingham, Alabama
. Dia mempunyai seorang anak lelaki, Michael (yang pernah menjadi ketua
Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan
); anak-anak perempuannya Linda dan Anne; menantu Jane; dan cucu-cucunya Jeffrey dan Bryan.
Panggilan akrab Presiden George W. Bush untuk Powell adalah
Pup Pup
.
Powell terkenal sebagai orang yang mendorong terjadinya serangan Amerika Syarikat ke
Iraq
pada tahun
2003
setelah menunjukkan "bukti" adanya
senjata pemusnah besar-besaran
di Iraq dalam sebuah
Persidangan Agung PBB
yang ternyata sama sekali tidak ada.