Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika
(
Jawi
:
?
???????? ?
?
?????
?
???? ??? ????? ??? ?????
?
? ??????
?
?
) atau singkatannya
NASA
(
Jawi
:
?
????
?
?
) merupakan badan pemerintah
Amerika Syarikat
yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbir program angkasa lepas dijalankan di negara tersebut. Badan ini ditubuhkan pada 29 Julai 1958 hasil pelaksanaan Akta Aeronautik dan Angkasa Lepas.
[5]
Perbelanjaan tahunan bagi
tahun fiskal
2007 (FY2007) berjumlah
AS$
16.8 bilion.
[6]
NASA secara umumnya dirujuk sebagai agensi angkasa lepas yang terulung diseluruh dunia, walaupun kebanyakan teknologinya (seperti kapal angkasa bolak balik) tidaklah baru mahupun "berteknologi tinggi".
Selain dari program angkasa lepas, NASA juga bertanggungjawab terhadap penyelidikan
aeroangkasa
ketenteraan dan awam jangka panjang. Sejak Februari 2006, kenyataan misi NASA ialah "merintis masa depan dalan
penjelajahan angkasa lepas
,
penemuan saintifik
dan penyelidikan
aeronautik
."
[7]
Moto badan ini ialah
per aspera ad astra,
suatu ungkapan
bahasa Latin
yang bermaksud "menuju ke bintang melalui kesukaran."
Berikutan pelancaran
program angkasa Soviet
melalui
satelit
buatan manusia dunia yang pertama (
Sputnik 1
) pada 4 Oktober 1957, perhatian
Amerika Syarikat
tertumpu ke arah usaha-usaha angkasa lepas mereka sendiri.
Kongres negara tersebut
merasakan bahawa penemuan baru dalam projek tersebut mampu mendatangkan ancaman kepada kepimpinan keselamatan dan teknologi mereka (dikenali sebagai "
Krisis Sputnik
") lalu ahli-ahlinya menggesa tindakan segera dilakukan; Presiden
Dwight D. Eisenhower
serta para penasihatnya pula memberi perhatian terhadap tindakan yang lebih drastik. Perdebatan yang berlangsung selama beberapa bulan membuahkan ilham perlunya suatu agensi persekutuan bagi mengendalikan kegiatan bukan ketenteraan negara ini di angkasa lepas.
- Catchpole, John E. (June 17, 2008).
The International Space Station: Building for the Future
. Springer-Praxis.
ISBN
978-0-387-78144-0
.
Wikisumber
mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:
|