Rencana ini perlu
dikemas kini
.
Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.
|
[5]
Kesatuan Eropah
??????? ??????
|
---|
Bendera
|
|
Ibu negara
| Brussels
,
de facto
50°51′N
4°21′E
? / ?
50.850°N 4.350°E
? /
50.850; 4.350
|
---|
Bahasa rasmi
|
- Bulgaria
,
Croatia
,
Ceko
,
Denmark
,
Belanda
,
Estonia
,
Finland
,
Yunani
,
Hungary
,
Ireland
,
Itali
,
Latvia
,
Lituania
,
Malta
,
Poland
,
Portugis
,
Romania
,
Slovakia
,
Slovenia
,
Sepanyol
,
Sweden
|
---|
Aksara resmi
[2]
| |
---|
Jenis
| Kesatuan politik
dan
ekonomi
|
---|
Negara anggota
| |
---|
|
|
| Ursula von der Leyen
|
---|
| Ahmad Mulkliff Mohd Nor
|
---|
| Roberta Metsola
|
---|
|
|
|
| 1 Januari 1958
|
---|
| 1 November 1993
|
---|
| 1 Disember 2009
|
---|
??Politi terakhir yang masuk
| 1 Julai 2013
|
---|
??Politi pertama yang keluar
| 31 Januari 2020
|
---|
|
DPT internet
| .eu
[4]
|
---|
Kesatuan Eropah
(
bahasa Inggeris
:
European Union
,
EU
) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di
Eropah
. Pertubuhan pendahulunya, "Komuniti Ekonomi Eropah" diasaskan pada 1957 melalui Perjanjian Rom. Perjanjian Maastricht 1992 melihatkan banyak perubahan dalam pertubuhan ini, terutamanya dalam hal ehwal kewangan dan politik dan juga pengenalan nama "Kesatuan Eropah". Pada hari ini, EU mempunyai 27 negara ahli dan beberapa negara lagi yang sedang memohon untuk memasukinya dan 1 negera
telah keluar
dari persatuan itu.
Jumlah
Keluaran Dalam Negeri Kasar
setiap negara ahli EU adalah terbanyak di dunia, iaitu 11.6 trilion
euro
(AS$15.7 trilion). EU mengamalkan satu pasaran tunggal melalui dasar perdagangan umum, dan juga Dasar Pertanian/Perikanan Umum, dan Dasar Pembangunan Serantau. Mata wang
euro
diperkenalkan pada 2004 dan digunakan oleh 13 negara ahlinya (dipanggil Eurozone). Sejak 1993, EU juga mengamalkan Dasar Luar Negeri dan Keselamatan yang terhad, dan juga kerjasama dalam hal ehwal polis dan kehakiman.
Institusi-institusi penting EU termasuk
Suruhanjaya Eropah
,
Parlimen Eropah
,
Majlis Kesatuan Eropah
,
Mahkamah Keadilan Eropah
dan juga
Bank Pusat Eropah
. Warga EU berhak melabur, bermastautin, bergerak dan bekerja di negara ahli EU lain dengan bebas tanpa pasport dan pemeriksaan kastam seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Schengen.
Kesatuan Eropah ialah pertubuhan serantau (
regional organisation
) yang terbesar di dunia. Negara-negara ahli memindahkan hak-hak penting kebangsaan, seperti dasar kewangan, pasaran dalam negara, perdagangan luar kepada kesatuan ini. Walaupun EU kelihatan seperti sebuah
kerajaan persekutuan
(seperti
Amerika Syarikat
), kesatuan ini tidak diuruskan seperti kerajaan persekutuan tetapi berdasarkan "prinsip subsidiariti".
Untuk rencana lanjutan, lihat
Sejarah Kesatuan Eropah
Usaha usaha untuk menyatukan negara negara di
Eropah
telah berlaku beberapa kali dalam sejarah benua ini. Usaha ini bermula dengan
Empayar Rom
,
Empayar Frankish Charlemagne
, sehinggalah
Napoleon
dan penaklukan Jerman dalam
Perang Dunia II
.
Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan dan ketenteraan yang menyebabkan penyatuan tersebut tidak kekal dan tidak stabil. Penyatuan pertama yang tidak melibatkan ketenteraan diutarakan oleh
Victor Hugo
pada
1851
. Berikutan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, dorongan untuk mewujudkan negara negara Eropah yang membangun dan bebas perang meningkat. Sentimen ini akhirnya mewujudkan
Komuniti Batu Arang dan Keluli Eropah
pada 1951.
Kesatuan yang sebenar ditubuhkan pada
1957
melalui
Perjanjian Rom
dan kesatuan ini dinamakan
Komuniti Ekonomi Eropah
(EEC). Kesatuan dimulakan pada 1 Januari
1958
. Kesatuan ini kemudiannya dinamakan Komuniti Eropah dan akhirnya Kesatuan Eropah. Kesatuan Eropah telah berevolusi daripada sebuah badan perdagangan kepada persekutuan ekonomi dan politik.
Negara anggota dan pembesaran
sunting
Sejak 1 Mei 2004, Kesatuan Eropah terdiri daripada 25 negara anggota. Kesatuan ini dimulakan oleh 6 buah negara iaitu:
Kemudian, kesatuan mengalami beberapa kali pembesaran bermula 1973 sehinggalah 2004 yang menjadikan kesatuan ini terdiri daripada 25 buah negara.
- Jerman Timur dan Barat bersatu menjadikan Jerman sebagai negara terbesar di Eropah dengan kini 80 juta orang penduduk.
-
Austria
,
Finland
, dan
Sweden
-
Cyprus
,
Republik Czech
,
Estonia
,
Hungary
,
Latvia
,
Lithuania
,
Malta
,
Poland
,
Slovakia
dan
Slovenia
(2004)
-
Bulgaria
,
Romania
(2007)
-
Croatia
(2013)
Greenland
yang diberi hak pemerintahan kerajaan sendiri (
home rule
) oleh Denmark, meninggalkan EU pada 1985.
Hubungan istimewa dengan Kesatuan Eropah
sunting
Banyak negara seperti
Monaco
dan
Andorra
mempunyai perjanjian khas dengan kesatuan ini membolehkannya mengguna dan menghasilkan mata wang Euro.
Status quo Kawasan Luar Negara
sunting
Beberapa kawasan yang terletak di luar benua Eropah diterima sebagai anggota EU contohnya
Pulau Canary
,
Isle of Man
, dan sebagainya.
Untuk rencana lanjutan, lihat
Ekonomi Eropah
Setakat ini (Mei 2004), Kesatuan Eropah merupakan blok ekonomi yang terbesar di dunia dengan GDP sebanyak € 9.613 x 10¹², berbanding Amerika Syarikat yang mempunyai GDP paling besar untuk negara tunggal iaitu sebanyak AS$ 10.450 x 10¹² ataupun € 8.782·10¹². Pada 2004, Kesatuan Eropah mengalami pertumbuhan ekonomi yang tepu dan kurang peluang pekerjaan.
Ekonomi EU dijangka akan meningkat dalam beberapa dekad yang akan datang memandangkan lebih banyak negara akan menyertai kesatuan ini dan kebanyakan negara tersebut mempunyai GDP yang jauh lebih rendah daripada purata EU. Oleh itu, pertumbuhan GDP di negara negara ini dijangka akan menjadikan ekonomi EU terus dinamik. Walau bagaimanapun, kesan daripada kemasukan nagara baru ini akan menyebabkan GDP EU jatuh untuk tempoh masa yang singkat.
Jadual di bawah menunjukkan GNI per kapita dan GDP anggota EU pada tahun 2002. Jadual ini boleh dijadikan piawai relatif tarat hidup antara negara anggota.
Negara
|
GNI (PPP) per kapita
|
GDP (PPP)
|
dolar antarabangsa
|
juta (dolar antarabangsa)
|
Luxembourg
|
53,290
|
27,171
|
Denmark
|
30,600
|
166,275
|
Ireland
|
29,570
|
136,139
|
Austria
|
28,910
|
235,159
|
Belanda
|
28,350
|
469,864
|
Belgium
|
28,130
|
284,867
|
Perancis
|
27,040
|
1,601,406
|
Jerman
|
26,980
|
2,235,764
|
Itali
|
26,170
|
1,524,686
|
Finland
|
26,160
|
136,139
|
Sweden
|
25,820
|
232,451
|
Sepanyol
|
21,210
|
877,971
|
Greece
|
18,770
|
198,996
|
Cyprus
|
18,560
|
13,813
|
Slovenia
|
18,480
|
36,406
|
Portugal
|
17,820
|
186,057
|
Malta
|
17,710
|
7,003
|
Republik Czech
|
14,920
|
161,114
|
Hungary
|
13,070
|
136,096
|
Slovakia
|
12,590
|
69,045
|
Estonia
|
11,630
|
16,643
|
Poland
|
10,450
|
407,747
|
Lithuania
|
10,190
|
35,817
|
Latvia
|
9,190
|
21,544
|
EU-25 purata
|
22,088
|
430,692
|
Apabila nama Komuniti Ekonomi Eropah berubah kepada Komuniti Eropah dan (kemudiannya menjadi) Kesatuan Eropah, organisasi ini juga berubah daripada sebuah kesatuan ekonomi kepada kesatuan politik. Perubahan ini dapat dilihat dengan bertambahnya dasar dasar yang dipertanggungjawabkan kepada EU dan perpindahan kuasa politik daripada negara anggota kepada EU.
Ralat petik: Tag
<ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag
<references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan