Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Bawah Tanah Beijing
|
---|
|
|
Lokasi
| Beijing
|
---|
Jenis transit
| Alihan laju
|
---|
Jumlah laluan/aliran
| 14
|
---|
Jumlah stesen
| 172 (stesen dihubungkan dengan persimpangan secara selari)
|
---|
Bil. penumpang harian
| sekitar 6.4 juta (puncak pada 2010)
|
---|
Laman sesawang
| www.bjsubway.com
|
---|
|
Mula beroperasi
| Oktober 1969
|
---|
Pengendali
| Beijing Mass Transit Railway Operation Corp. Ltd
Beijing MTR Corp. Ltd.
|
---|
|
Panjang sistem
| 336 km (209 batu)
|
---|
Tolok landasan
| 1,435 mm
(
4 kaki
8
1
⁄
2
in
) (tolok piawai)
|
---|
Peta sistem
|
---|
| |
sunting
|
Laluan Bawah Tanah Beijing
(
Cina Ringkas
:
北京地?
;
Cina Tradisional
:
北京地鐵
;
pinyin
: B?ij?ng Diti?) merupakan rangkaian landasan
alihan laju
yang beroperasi di daerah perbandaran dan sub-perbandaran di Majlis Perbandaran
Beijing
. Mula dibuka pada 1971, ia kini mempunyai 13 laluan, meliputi 336 km bagi laluan trek dan 172 stesen
[1]
kini dalam pengoperasian dan dapat menampung sekurang-kurangnya 3.4 juta sehari,
[2]
Laluan Bawah Tanah Beijing ialah yang tersibuk di tanah besar China, dan kedua terpanjang selepas
Laluan Bawah Tanah Shanghai
. Seramai 6.4 juta penumpang direkodkan pada
30 April
2010
.
[3]
Walaupun berkembang pesat, rangkaian ini tidak memadai bagi memenuhi keperluan transit massa di bandar raya dan sedang berada dalam projek penambahan landasan bagi masa depan. Pelan yang dirancang membuka peluang kepada lebih 7 lagi lorong dan sehingga 700 km laluan trek dalam pengoperasiannya pada
2015
.
[4]
Terbaru pada 30 Disember 2010, Laluan 15, Laluan Changping, Laluan Fangshan, Laluan Yizhuang dan Laluan Daxing dibuka untuk operasi.
[5]
Penambahan 108 km (67 bt) landasan, peningkatan hampir 50%, menjadikan Laluan Bawah Tanah Beijing
metro keempat terpanjang
di dunia, di belakang Shanghai, London dan New York City.