Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Video atas permintaan
(
Video on demand
,
VOD
) atau
Audio dan video atas permintaan
(
Audio and video on demand
,
AVOD
) merupakan sistem yang membolehkan pengguna untuk memilih dan menonton/mendengar bahan
video
atau
audio
atas permintaan sendiri. Teknologi
IPTV
sering digunakan untuk membawakan video atas permintaan kepada
televisyen
dan
komputer peribadi
.
[1]
Catch up TV
merupakan sejenis kaedah video atas permintaan yang mana siaran televisyen yang berlalu boleh dipilih dan ditonton dalam jangka masa tertentu.
Sistem VOD televisyen
menstrimkan
bahan melalui
kotak atas set
, komputer atau seumpamanya supaya boleh ditonton secara langsung, ataupun
memuatturunkan
bahan berkenaan ke dalam alat seperti komputer,
perakam video digital
(atau
perakam video peribadi
) atau
pemain media mudah alih
untuk ditonton pada bila-bila masa. Kebanyakan perkhidmatan televisyen berasaskan
kabel
dan
telekom
menawarkan penstriman VOD, baik yang
berbayar
mahupun percuma, yang mana pengguna membeli atau memilih
filem
mahupun
rancangan televisyen
lalu pilihan tersebut serta-merta mula berputar dalam set TV, ataupun memuat turun ke dalam
DVR
yang disewa dari pembekal atau dimuat turun ke dalam PC untuk ditonton pada kemudian hari.
Televisyen internet
yang menggunakan
Internet
semakin diminati ramai sebagai satu bentuk VOD.
Perkhidmatan AVOD turut ditawarkan dalam kenderaan pengangkutan awam jarak jauh oleh syarikat pengendali, baik bas, keretapi mahupun kapal terbang, yang mana penumpang boleh mendengar muzik atau menonton video sepanjang perjalanan.