Televisyen
(
Jawi
:
????????
) atau
televisi
(
Jawi
:
????????
, singkatan:
TV
) ialah sejenis
media
telekomunikasi
terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima
gambar
bergerak, sama ada
monokrom
("hitam putih") mahupun
warna
, lazimnya diiringi
bunyi
. "Televisyen" ini sendiri boleh bertindih makna membawa maksud
peti perkakas
,
siaran rancangan
atau
pemancaran
menggunakan media ini.
Peti televisyen yang dijual sejak akhir 1930-an sudah menjadi salah satu alat penerima komunikasi utama dalam rumah, perniagaan dan institusi, khususnya sebagai sumber
hiburan
dan
berita
. Sejak 1970-an, kemunculan
pita video
,
cakera laser
,
DVD
, dan kini
Blu-ray
juga menjadikan peti televisyen sebagai alat untuk menayangkan bahan rakaman.
Walaupun terdapat kegunaan televisyen yang lain seperti
televisyen litar tertutup
, namun kegunaan yang paling utama ialah
penyiaran televisyen
yang berasaskan sistem
penyiaran radio
sedia ada yang dibangunkan pada 1920-an, menggunakan pemancar frekuensi radio berkuasa tinggi untuk
menyiarkan
isyarat televisyen ke penerima TV.
Penyiaran TV biasanya disebarkan melalui pancaran
radio
dalam saluran-saluran yang ditetapkan dalam
jalur frekuensi
54-890
megahertz
.
[1]
Isyarat TV juga kini dipancarkan dengan bunyi
stereo
atau
bunyi keliling
di kebanyakan negara. Siaran TV mula-mulanya dirakam dan dipancarkan dalam bentuk isyarat
analog
, tetapi kebelakangan ini penyiar awam mahupun swasta kian beralih ke teknologi
televisyen digital
.
Sebuah peti televisyen biasa terdiri daripada bermacam-macam
litar elektronik
di dalamnya, termasuk litar
penerima
dan penyahkod isyarat penyiaran.
Peranti paparan
visual yang tiada penala sewajarnya dipanggil
monitor
, bukannya televisyen. Sesebuah sistem televisyen boleh memakai pelbagai piawaian teknikal seperti analog (
PAL
,
NTSC
,
SECAM
), digital (
DVB
,
ATSC
,
ISDB
dsb.) ataupun
definisi tinggi
(HDTV). Sistem televisyen juga digunakan untuk pantauan keselamatan, kawalan proses industri, dan panduan senjata, di tempat-tempat yang sukar atau terlalu bahaya untuk diperhati dengan dekat.
Televisyen amatur
(
ham TV
atau
ATV
) juga digunakan untuk acara eksperimen, suka ria dan perkhidmatan awam oleh pengendali
radio amatur
. Stesen TV amatur pernah digiatkan di kawasan bandar raya sebelum kemunculan stesen TV komersil.
[2]
Kedua-dua "televisyen" (meminjam dari
bahasa Inggeris
:
television
) dan "televisi" (dari
Belanda
:
televisie
) datang daripada akar-akar
bahasa Yunani
τ
?
λε
tele
"jauh" dan
bahasa Latin
visio
bermaksud "penglihatan"; pengungkapan ini mula ditulis dalam penulisan
bahasa Perancis
(sebagai
television
) tahun 1900 berjudul
Television au moyen de l'electricite
oleh saintis Rusia Konstantin Perskyi untuk sidang
Pameran Sedunia 1900
di Paris, di mana ia ditakrifkan sebagai "sistem pemancaran gambar jauh" (
systeme de transmission d'images a distance
).
[3]
[4]
Ejaan
talibisi
pernah diusulkan dalam baku bahasa Malaysia namun segera terganti dengan
talivishen
mengesan dari sentimen anti-Indonesia yang berlaku pada
zaman Konfrontasi
,
[5]
talivishen
kemudiannya diolah menjadi
televisyen
berikutan pelaksanaan
Ejaan yang Disempurnakan
seluruh rantau Nusantara pada 1972.
"Peti gambar" juga pernah digunakan untuk mengistilahkan teknologi ini suatu ketika dahulu.
Di peringkat terawal pembangunannya, televisyen menggunakan gabungan teknologi
optik
, mekanik dan
elektronik
untuk merakam, memancarkan dan memaparkan imej visual. Menjelang akhir 1920-an, diusahakan pula sistem televisyen yang menggunakan teknologi optik dan elektronik sahaja yang menjadi asas kepada semua sistem televisyen masa kini. Sungguhpun demikian, pengetahuan yang diperoleh dari usaha sistem berteknologi mekanik adalah penting demi pembangunan televisyen yang elektronik sepenuhnya.
Kali pertama imej bergerak dipancarkan secara elektrik adalah melalui mesin
faks
mekanik yang terawal, termasuk
pantelegraf
yang dimajukan pada akhir abad ke-19. Konsep pemancaran imej bergerak televisyen yang berkuasa elektrik mula-mulanya dilakarkan sebagai "telefonoskop" (konsep gabungan telefon dan gambar bergerak) pada tahun 1878, sejurus selepas terciptanya
telefon
. Pada ketika itu, para pengarang
cereka sains
sudah pun membayangkan pada suatu hari kelak
cahaya
juga boleh dipancarkan melalui wayar seperti bunyi.
Cara pengimbasan untuk memancarkan imej dipraktikkan dengan penggunaan pantelegraf pada tahun 1881, dengan menggunakan mekanisme imbasas berasaskan
bandul
. Semenjak itu, teknik pengimbasan dalam apa jua caranya digunakan dalam hampir setiap teknologi pemancaran imej yang digunakan sehingga hari ini, termasuk televisyen. Inilah konsep yang bernama "
perasteran
", iaitu proses menukar imej visual menjadi searus denyut elektrik.
Pada tahun 1884,
Paul Gottlieb Nipkow
, seorang penuntut universiti berusia 20 tahun di Jerman, mematenkan sistem televisyen elektromekanik yang menggunakan sejenis
cakera pengimbas
berputar yang ditebuk lubang-lubang yang membentuk lingkaran ke pusat untuk proses perasteran. Lubang-lubang cakera dijarakkan bersudut sama agar cakera tersebut dalam satu putaran dapat membolehkan cahaya melalui setiap lubang hingga mencapai pengesan buatan
selenium
peka cahaya yang menghasilkan denyut elektrik. Apabila imej difokuskan pada cakera yang berputar, setiap lubang mengimbas "sehiris" mengufuk dari seluruh imej.
Rekaan Nipkow tidak dapat dipraktikkan sehingga kemajuan dalam teknologi
tiub
penguat
dicapai pada tahun 1907. Walaupun demikian, ciptaan tersebut hanya berguna untuk memancarkan gambar "
hafton
" pegun yang terdiri daripada bintik-bintik pelbagai saiz yang terjarak sama rata, melalui talian telegraf atau telefon. Rekaan-rekaan selanjutnya menggunakan pengimbas gelendong cermin berputar untuk merakam imej, dan
tiub sinar katod
(CRT) sebagai peranti paparan, namun gambar bergerak masih tidak boleh dihasilkan kerana kepekaan pengesan
selenium
yang tidak memadai.
Pencipta berbangsa
Scotland
,
John Logie Baird
menunjuk cara pemancaran imej bayang-bayang bergerak di
London
pada 1925, diikuti imej
monokrom
pada tahun 1926. Cakera imbasan Baird menghasilkan imej berleraian 30 baris yang cukup untuk memperlihatkan muka manusia dari pilin kembar
kanta
. Penting sekali pada tahun 1927, Baird turut mencipta sistem
rakaman video
pertama di dunia, iaitu "Phonovision" yang mana isyarat output kamera TV-nya dimodulatkan kepada julat audio di mana beliau dapat merakamkan isyarat tersebut pada cakera audio 10 inci dengan menggunakan teknologi rakaman audio biasa. Pada hari ini masih wujudnya sebilangan kecil rakaman 'Phonovision' ciptaan Baird itu yang berjaya ditafsirkan dan dipaparkan dalam bentuk imej yang boleh ditonton dengan menggunakan teknolgi pemprosesan isyarat digital pada tahun 1990-an.
[6]
Pada tahun 1926, jurutera
Hungary
,
Kalman Tihanyi
mereka sistem televisyen yang menggunakan unsur-unsur imbasan dan paparan elektronik sepenuhnya, menggunakan prinsip "storan cas" dalam tiub imbasan (atau "kamera").
[7]
[8]
[9]
[10]
Pada tahun 1927, pencipta Rusia,
Leon Theremin
membangunkan sistem televisyen berasaskan gelendong cermin yang menggunakan teknik
selang-seli
untuk mencapai leraian imej 100 baris.
Juga pada tahun 1927,
Herbert E. Ives
dari
Bell Labs
memancarkan imej bergerak dari cakera 50
bukaan
yang menghasilkan 16 bidang seminit melalui
kabel
dari
Washington, D.C.
ke
Bandaraya New York
, dan juga melalui pancaran
radio
dari
Whippany, New Jersey
. Ives menggunakan layar tayangan sebesar 24 kali 30 inci (60 kali 75
sentimeter
). Bahan-bahan rakamannya termasuk Setiausaha Perdagangan
Herbert Hoover
.
Pada tahun 1927 juga,
Philo Farnsworth
menjayakan sistem televisyen berhasil yang pertama di dunia dengan imbasan elektronik kedua-dua peranti penerimaan dan paparan,
[11]
yang ditunjukkan kepada media akhbar pada 1 September 1928.
[11]
[12]
Televisyen julung kalinya digunakan secara praktikal di Jerman, apabila siaran televisyen seharian dimulakan di negara tersebut pada tahun 1929. Pada tahun 1936,
Sukan Olimpik
di Berlin disiarkan kepada stesen televisyen di Berlin dan Leipzig di mana orang awam boleh menyaksikan acara-acara temasya sukan secara langsung.
[13]
Pada zaman awal televisyen, peti televisyen elektromekanik komersil dijual dari tahun 1928 hingga 1934 di United Kingdom,
[14]
Amerika Syarikat dan Rusia.
[15]
Televisyen komersil terawal yang dijual oleh Baird di UK pada tahun 1928 berbentuk penerima radio ditambah dengan peranti TV yang terdiri daripada tiub
neon
di belakang cakera berputar mekanik berlubang (
cakera Nipkow
) yang menghasilkan imej kemerahan bersaiz setem pos, yang boleh dibesarkan lagi dengan kanta pembesar. "Televisor" ciptaan Baird ini juga boleh digunakan tanpa radio. Televisor yang dijual pada tahun 1930?1933 merupakan televisyen keluaran besar-besaran yang pertama. Kira-kira 1,000 unit Televisor berjaya dijual.
[16]
Peti televisyen elektronik komersil pertama dengan
tiub sinar katod
dikilangkan oleh
Telefunken
di
Jerman
pada 1934,
[17]
[18]
diikuti oleh pembuat elektronik yang lain di Perancis (1936),
[19]
Britain (1936),
[20]
dan Amerika Syarikat (1938).
[21]
[22]
Peti TV keluaran kilang Amerika yang termurah sebelum Perang Dunia II, iaitu model imej sahaja tahun 1938 berskrin 3 inci (8 cm), berharga AS$125, bersamaan dengan
AS$
1,863 pada tahun 2007. Model termurah yang berskrin 12 inci (30 cm) berharga $445 ($6,633).
[23]
Pada tahun 1936,
Kalman Tihanyi
menerangkan prinsip
televisyen plasma
, iaitu sistem panel rata yang pertama.
[24]
[25]
Kira-kira 19,000 unit televisyen elektronik telah dikilangkan di Britain, dan 1,600 unit lagi di Jerman, sebelum Perang Dunia II. Lebih kurang 7,000?8,000 peti TV elektronik dihasilkan di A.S.
[26]
sebelum
War Production Board
menghentikan pengilangan TV pada April 1942.
Penggunaan TV di Amerika Syarikat naik melangit selepas
Perang Dunia Kedua
setleah didorongi pengilangan TV dibenarkan semula pada Ogos 1945, kemajuan teknologi dari peperangan, peluasan rangkaian penyiaran TV ke rantau barat, kejatuhan harga TV hasil pengeluaran besar-besaran, bertambahnya masa lapang dan pendapatan boleh guna. Peratusan pemilik peti TV di A.S. meningkat dari 0.5% pada tahun 1946, kepada 55.7% pada tahun 1954, dan 90% pada tahun 1962.
[27]
Di Britain, bilangan pemilik TV meningkat dari 15,000 pada tahun 1947, 1.4 juta pada tahun 1952, kepada 15.1 juta pada tahun 1968.
Peti TV moden terdiri daripada
peranti paparan
,
antena
atau input frekuensi radio (RF) (biasanya
penyambung F
), dan penting sekali, penala TV yang membezakan peti TV dari monitor yang menerima isyarat yang sudah diproses, tidak lupa juga pembesar suara. Kebanyakan peti TV juga dilengkapi terminal input tambahan untuk peranti lain seperti
pemain DVD
,
konsol permainan video
dan fon kepala. Terminal input yang paling kerap dijumpai termasuk
RCA
(untuk video komposit dan komponen),
mini-DIN
(untuk S-Video),
HDMI
,
SCART
(Eropah), dan
D-terminal
(Jepun). Sesetengah peti TV mewah dilengkapi port Ethernet untuk menerima maklumat dari Internet, seperti nilai saham, cuaca atau berita. Kebanyakan peti TV yang dibuat sejak awal 1980-an juga dilengkapi pengesan inframerah untuk mengesan isyarat yang dihantar oleh
alat kawalan jauh
.
Peti TV masa kini menggunakan pelbagai teknologi paparan seperti
CRT
,
LCD
,
Plasma
,
DLP
, dan
OLED
. Sesetengah projektor yang dipasang penala juga dianggap sebagai televisyen.
Terdapat pelbagai cara untuk memastikan rancangan TV disiarkan kepada umum. Selepas penerbitan, langkah seterusnya adalah memasarkan dan menghantar hasilnya kepada mana-mana pasaran yang ingin membelinya. Selalunya ada dua peringkat pengedaran rancangan TV:
- Tayangan pertama
? penerbit menghasilkan rancangan yang terdiri dari satu atau lebih episod lalu menayangkannya dalam sesebuah stesen atau rangkaian yang telah membayar tanggungan kos penerbitan, atau menerima lesen dari penerbit untuk berbuat demikian.
- Bersindiket
? inilah istilah umum yang mentakrifkan penggunaan rancangan selanjutnya (selepas tayangan pertama), bukan sahaja tayangan lanjutan di negara pertamanya, bahkan juga penggunaan antarabangsa yang tidak semestinya diuruskan oleh penerbit asal. Selalunya, kerja pensindiketan melibatkan syarikat-syarikat lain,
stesen televisyen
atau individu; dalam erti kata lain, mereka boleh menjual rancangan kepada pasaran yang dibenarkan oleh kontrak dari pemegang hak cipta, iaitu selalunya pihak penerbit.
Penyiaran televisyen di seluruh dunia berbagai-bagai juga cara pembiayaan, sama ada pengiklanan, pelesenan (sejenis cukai), langganan, dan sebagainya, atau kesemuanya sekali. Demi melindungi punca pendapatan, saluran TV langganan biasanya disulitkan untuk memastikan pelanggan berbayar sahaja boleh mendapatkan kod nyahsulit untuk menerima isyaratnya. Saluran tanpa penyulitan enkripsi pula dipanggil
siaran percuma
(
free to air
, FTA).
Liputan yang luas membolehkan televisyen menjadi media yang amat menarik untuk para
pengiklan
. Kebanyakan rangkaian dan stesen televisyen menjual blok-blok waktu penyiaran kepada pengiklan atau "penaja" untuk membiayai rancangan mereka. Kadar pengiklanan setiap rancangan ditentukan oleh
rating
(kadar penontonan) yang diraih oleh rancangan berkenaan melalui kaji selidik sepanjang masa. Sesetengah
penyiar awam
di dunia tidak menerima iklan, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan melalui lesen, cukai atau derma serta penjualan rancangan ke penyiar lain.
Di sesetengah negara, khidmat televisyen dibiayai dengan
lesen televisyen
, sejenis cukai yang dibiayai penonton secara terus tanpa pergantung pada pengiklanan. Contohnya, saluran-saluran sedemikian langsung tidak menyiarkan iklan, jika ya pun sedikit sahaja, termasuk yang berikut:
ABC
(
Australia
), dan
BBC
(
United Kingdom
).
Contohnya, BBC langsung tidak menyiarkan iklan di saluran-salurannya di UK, sebaliknya dibiayai oleh lesen tahunan yang dibayar oleh semua isi rumah yang memiliki televisyen. Yuran lesen ini ditetapkan oleh kerajaan, tetapi BBC tidak bertanggungjawab kepada kerajaan atau dikawal oleh kerajaan. Oleh yang demikian, penyiar awam ini benar-benar bebas.
Dua saluran TV utama BBC ditonton oleh lebih kurang 90% penduduk negara setiap minggu, dan menguasai 27% jumlah penontonan keseluruhan,
[28]
meskipun 85% isi rumah menerima pelbagai saluran, yang mana 42% daripadanya dapat menerima lebih kurang 200 saluran percuma melalui satelit dan 43% lagi menerima lebih 30 saluran melalui perkhidmatan
Freeview
.
[29]
Lesen yang membiayai tujuh saluran TV BBC yang bebas iklan kini berharga £139.50 setahun (kira-kira AS$215) tak kira berapa peti TV yang dimiliki sesebuah isirumah. Apabila sesebuah acara sukan yang sama disiarkan di BBC dan saluran swasta, BBC selalunya menarik bilangan penonton yang teramai, menandakan bahawa para penonton lebih gemar menonton TV tanpa gangguan iklan.
Perbadanan Penyiaran Australia
(
Australian Broadcasting Corporation
, ABC) tidak menyiarkan iklan (kecuali ABC Shop) kerana dilarang oleh undang-undang
Akta ABC 1983
. ABC menerima pembiayaan dari kerajaan Australia sekali setiap tiga tahun. Dalam Belanjawan Persekutuan 2006/07, ABC menerima Au$822.67 juta
[30]
yang meliputi kebanyakan komitmen pembiayaan ABC, termasuk sekali saluran radio, pemancar dan laman web ABC. ABC juga memperoleh hasil dari kedai-kedai ABC Shop di seluruh negara Australia.
Di
Perancis
, saluran-saluran biayaan kerajaan boleh menyiarkan iklan, tetapi sesiapa yang memiliki peti TV perlu membayar cukai tahunan (
la redevance audiovisuelle
).
[31]
Radio Televisyen Malaysia
(RTM) dibiayai oleh hasil pendapatan kerajaan dan pengiklanan sejak pemansuhan lesen televisyen pada akhir 1990-an. Oleh itu, rakyat Malaysia membiayai RTM secara tidak langsung dengan membayar cukai pendapatan tahunan.
Sesetengah saluran TV dibiayai oleh langganan, oleh itu isyarat yang disiarkan adalah dienkrip sulit untuk memastikan hanya pelanggan yang berbayar mencapai kod nyahsulit. Kebanyakan perkhidmatan langganan juga dibiayai oleh pengiklanan.
Genre
televisyen merangkumi beraneka jenis rancangan yang bertujuan menghibur, memaklumkan, dan mendidik para penonton. Genre hiburan yang paling mahal biasanya merupakan
drama
dan minisiri.
Antara genre-genre hiburan yang paling diminati termasuk rancangan-rancangan aksi seperti polis, jenayah, detektif, seram, atau
thriller
, sementara genre drama bukan aksi pula termasuk drama medikal dan lipur lara. Rancangan cereka sains boleh tergolong dalam kategori aksi atau drama, tertakluk pada penekanan sama ada pada persoalan falsafah ataupun pengembaraan menakjubkan. Komdei ialah jenis rancangan popular yang merangkumi
komedi situasi
(sitkom) dan animasi untuk tontonan dewasa seperti
Family Guy
.
Rancangan hiburan yang paling murah pula termasuk rancangan permainan, temu bual, aneka ragam, dan realiti. Rancangan permainan memperlihatkan para peserta merebut hadiah dengan bersoal jawab dan menyelesaikan teka-teki. Rancangan temu bual mewawancara tokoh-tokoh terkenal seperti selebriti hiburan, ahli politik dan usahawan niaga. Rancangan aneka ragam menampilkan pelbagai penghibur seperti pemuzik, pelawak dan tukang silap mata yang diperkenalkan oleh seorang pengacara atau juruacara. Terdapat juga rancangan campuran genre temu bual dan aneka ragam,terutamanya rancangan temu bual tersohor yang mana adanya persembahan dari penghibur di antara segmen-segmen temubual.
Rancangan televisyen realiti
sering memaparkan orang-orang biasa (bukan
pelakon
) yang menghadapi cabaran atau pengalaman luar biasa, tak kira mengejar kemasyhuran (
Akademi Fantasia
), ditahan polis (
COPS
) mahupun menurunkan berat badan (
The Biggest Loser
). Ada juga jenis rancangan realiti yang memaparkan kehidupan seharian selebriti seperti (
Gugu Gaga Erra
) atau selebriti melakukan kerja orang keramaian (
The Simple Life
).
Menonton televisyen secara berlebih-lebihan boleh mengakibatkan kesihatan badan dan minda terganggu.
Penyakit-penyakit
seperti
kegemukan
, masalah
jantung
dan
diabetes
. Jadi, para
doktor
selalunya mengehadkan tontonan TV kepada kanak-kanak kepada 1-2
jam
se
hari
.
- ^
Television Frequency Table
, CSGNetwork.com., a Division of Computer Support Group.
- ^
Kowalewski, Anthony, "An Amateur's Television Transmitter"
Diarkibkan
2011-09-24 di
Wayback Machine
,
Radio News
, April 1938. Early Television Museum and Foundation Website, retrieved 2009-07-19.
- ^
"Etymologie de television"
.
Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles
. 2012
. Dicapai pada
23 Jun
2021
.
- ^
"Television au moyen de lelectricite"
,
Congres international d'electricite
,
2
, Paris: Gauthier-Villars, 18?25 Ogos 1900, m/s. 317
CS1 maint: date format (
link
)
- ^
Che Asmah Haji Omar
(1968).
"Interplay of Structural and Socio-Cultural Factors in the Development of the Malay Languages"
.
Asian Studies
. Philippine Center for Advanced Studies, University of the Philippines.
6
(1): 19?25.
- ^
World's First TV Recordings
- ^
"Hungary - Kalman Tihanyi's 1926 Patent Application 'Radioskop
'
"
.
Memory of the World
.
UNESCO
. Dicapai pada
22 Februari
2008
.
- ^
United States Patent Office, Patent No. 2,133,123, 11 Okt 1938.
- ^
United States Patent Office, Patent No. 2,158,259, 16 Mei 1939
- ^
"Vladimir Kosma Zworykin, 1889-1982"
. Bairdtelevision.com
. Dicapai pada
2009-04-17
.
- ^
a
b
"Philo Taylor Farnsworth (1906-1971)"
,
The Virtual Museum of the City of San Francisco
- ^
Farnsworth, Elma G.,
Distant Vision: Romance and Discovery on an Invisible Frontier
, Salt Lake City, PemberlyKent, 1989, m/s. 108.
- ^
"TV History"
. Gadgetrepublic. 2009-05-01
. Dicapai pada
2009-05-01
.
- ^
Early British Television: Baird
, Television History: The First 75 Years.
- ^
Pre-1935
, Television History: The First 75 Years.
- ^
Pre-1935 Baird Sets: UK
, Television History: The First 75 Years.
- ^
Telefunken
, Early Electronic TV Gallery, Early Television Foundation.
- ^
1934?35 Telefunken
, Television History: The First 75 Years.
- ^
1936 French Television
, Television History: The First 75 Years.
- ^
1936 Baird T5
, Television History: The First 75 Years.
- ^
Communicating Systems, Inc.
, Early Electronic TV Gallery, Early Television Foundation.
- ^
America's First Electronic Television Set
, Television History: The First 75 Years.
- ^
American TV Prices
, Television History: The First 75 Years.
- ^
http://ewh.ieee.org/r2/johnstown/downloads/20090217_IEEE_JST_Trivia_Answers.pdf
- ^
http://www.scitech.mtesz.hu/52tihanyi/flat-panel_tv_en.pdf
- ^
Annual Television Sales in USA
, Television History: The First 75 Years.
- ^
Number of TV Households in America
, Television History: The First 75 Years.
- ^
"viewing statistics in UK"
. Barb.co.uk. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-10-05
. Dicapai pada
2009-04-17
.
- ^
"OFCOM quarterly survey"
(PDF)
. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2008-02-16
. Dicapai pada
2008-02-16
.
- ^
http://www.abc.net.au/corp/pubs/documents/budget2006-07.pdf
- ^
"Ministry of Finance"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-05-01
. Dicapai pada
2009-10-28
.