Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Teater rumah
(
bahasa Inggeris
:
home theatre
) ialah teater hiburan rumah yang bertujuan melahirkan suasana video dan audio seperti di
pawagam
dalam rumah persendirian. Pada 1950-an, ramai penduduk
Amerika Syarikat
gemar memainkan filem di rumah setelah mampu membeli kelengkapan projektor
filem 8 mm
jenama
Kodak
. Perkembangan sistem audio berbilang saluran, diikuti
cakera laser
pada
1980-an
membuka paradigma baru untuk teater rumah. Pada awal
1990-an
, sebuah teater rumah di AS terdiri daripada pemain cakera laser atau
VHS
disuapkan kepada
televisyen pancaran belakang
. Pada akhir 1990-an, teknologi teater rumah semakin maju dengan perkembangan format
DVD-Video
, sistem pembesar suara
audio 5.1 saluran Dolby Digital
(
bunyi keliling
,
surround sound
) dan
televisyen definisi tinggi
.
Pada
2000-an
, istilah "teater rumah" merangkumi pelbagai sistem yang bertujuan memainkan filem wayang di rumah. Sistem yang paling ringkas dan biasa ditemui terdiri daripada
pemain DVD
, televisyen berskrin besar, dan sistem pembesar suara bunyi keliling "
home theater in a box
" dengan
subwufer
. Teater rumah boleh dipercanggihkan lagi dengan pemain
Blu-ray
atau perkakas
pusat media
,
projektor video
dan
laayr pancaran
berlebar
nisbah aspek 16:9
, dan penerima teater rumah beribu-ribu watt dengan lima hingaa tujuh pembesar bunyi keliling dan subwufer yang mengagumkan.
Kini, teater rumah sewajarnya menjanjikan "pengalaman pawagam" sebenar, oleh itu perlunya komponen-komponen yang lebih bermutu tinggi berbanding televisyen biasa dengan pembesar suara terbina dalamnya. Sesebuah teater rumah merangkumi alat-alat berikut:
- Peranti input video dan audio: Satu atau lebih sumber video/audio. Format media bermutu tinggi seperti
Blu-ray
digemari, tetapi juga termasuk sekali pemain
DVD
,
VHS
atau konsol permainan video. Sebilangan kecil teater rumah dilengkapi
HTPC (Home Theater PC)
dengan aplikasi perisian
pusat media
yang berfungsi sebagai pustaka utama kandungan video dan muzik, menggunakan
antara muka pengguna 10 kaki
dan
alat kawalan jauh
.
- Peranti pemprosesan audio: Peranti input diproseskan sama ada oleh
penerima AV
kendiri, atau
preamplifier
dan pemproses bunyi untuk format bunyi keliling yang kompleks. Pengguna memilih input ketika ini sebelum menghantarkannya ke output.
- Output audio: Sistem terdiri daripada sekurang-kurangnya dua pembesar suara, tetapi kini sistem bunyi keliling 5.1 atau 7.1 lebih kerap ditemui, namun kita boleh memasang sebanyak 10 pembesar suara dengan
subwufer
tambahan.
- Output video: Paparan
HDTV
berskrin besar, sama ada berbentuk
paparan hablur cecair
(LCD),
plasma
,
pancaran belakang
,
tiub sinar katod
(CRT) yang lama, atau
projektor video
bersama
layar pancaran
.
- Suasana: Tempat duduk dan susunan yang selesa untuk menyerlahkan suasana pawagam. Teater rumah yang lebih mewah juga dilengkapi penebat bunyi untuk mencegah kebisingan dari keluar dari rumah, serta rawatan dinding khusus untuk mengimbangi bunyi dalam bilik.