NTSC
ialah sistem
televisyen analog
yang digunakan di
Amerika Syarikat
,
Kanada
,
Jepun
,
Mexico
,
Filipina
,
Korea Selatan
,
Taiwan
, dan beberapa negara lain, kebanyakan di rantau
Amerika
(lihat peta). NTSC dinamakan sempena
National Television System Committee
[1]
(Jawatankuasa Sistem Televisyen Negara), badan piawaian AS yang mengamalkannya. Kadang-kala nama penuhnya disalah sebut sebagai
National Television
Standards
Committtee
(Jawatankuasa
Piawaian
Televisyen Negara) tetapi nama betulnya dipastikan dalam satu kompilasi dokumen-dokumen asal di
Pustaka Kongres
[1]
.
Jawatankuasa Sistem Televisyen Negara ditubuhkan pada tahun 1940 oleh
Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan
(
Federal Communications Commission
, FCC), di Amerika Syarikat (AS), untuk menyelesaikan perselisihan yang timbul di antara syarikat-syarikat mengenai pengenalan sistem televisyen analog seluruh negara di AS. Pada Mac 1941, suruhanjaya tersebut mengeluarkan satu piawaian teknikal untuk televisyen
hitam putih
yang dirangka berdasarkan cadangan yang dibuat Persatuan Pembuat Radio (
Radio Manufacturers Association
, RMA) pada tahun 1936. Kemajuan teknikal dalam teknik
jalur sisi vestig
membuka peluang meningkatkan
leraian gambar
yang disiarkan ke televisyen pengguna. NTSC berkompromi antara hasrat
RCA
untuk mengekalkan piawaian 441-
garis imbasan
(yang sudah digunakan oleh rangkaian TV
NBC
milik RCA) dan hasrat
Philco
untuk menambahkan bilangan garis imbasan kepada 605?800. Jawatankuasa tersebut berkompromi dan memilih piawaian pemancaran 525 garis. Piawaian teknikal lain dalam cadangan muktamad ialah
kadar frem
(kadar imej) 30 frem sesaat yang terdiri daripada 2 medan
berjalin
per frem (2:1 berjalin) pada 262½ per medan atau 60 medan sesaat bersama
nisbah aspek
4:3, dan
modulasi frekuensi
(FM) untuk isyarat bunyi.
Pada Januari 1950, Jawatankuasa dibentuk semula untuk meyeragamkan televisyen warna. Pada Disember 1953, Jawatankuasa secara sebulat suara meluluskan apa yang kini dikenali sebagai piawaian televisyen warna
NTSC
(kemudian didefinasikan sebagai RS-170a). Piawaian yang dikemaskini ini mengekalkan keserasian ke belakang ("warna serasi" atau "
compatible color
") sepenuhnya ke dengan set televisyen hitam putih yang lebih lama. Maklumat warna ditambah pada imej hitam putih dengan menyertakan
subpembawa
warna 4.5 x 455/572 MHz (kira-kira 3.58 MHz) pada isyarat video. Agar meminimumkan gangguan antara isyarat kromaan dan pembawa bunyi FM, penambahan subpembawa warna juga memerlukan pengurangan
kadar frem
sedikit dari 30 frem sesaat ke 30/1.001 (hampir 29.97) frem sesaat, dan mengubah frekuensi garisan dari 15,750Hz ke 15,734.26Hz.
FCC pernah sekejap meluluskan satu piawaian televisyen warna yang berbeza yang dimajukan
CBS
sejak Oktober 1950.
[2]
Bagaimanapun, piawaian ini tidak serasi dengan penyiaran hitam putoh. Sistem itu menggunakan cakera warna berputar yang mengurangkan bilangan
garis imbasan
dari 525 ke 405, dan meningkatkan kadar medan dari 60 ke 144 (tetapi
kadar frem
efektifnnya cuma 24 sesaat). Tindakan undang-undang oleh RCA memberhentikan penggunaan komersial sistem itu sehingga Jun 1951, dan penyiaran biasa hanya bertahan selama beberapa bulan sebelum pembuatan semua set televisyen berwarna dilarang oleh
Pejabat Kerahan Pertahanan
(
Office of Defense Mobilization
, ODM) pada bulan Oktober, kononnya kerana
Perang Korea
.
[3]
Kebanyakan perkakas yang sedia ada teurs dimusnahkan dan cuma dua penerima diketahui kini masih wujud.
[
perlu rujukan
]
CBS membubarkan sistemnya pada Mac 1953,
[4]
dan FCC menggantikannya pada 17 Disember 1953 dengan piawaian warna NTSC yang dimajukan bersama oleh beberapa syarikat (termasuk RCA dan Philco).
[5]
Penyiaran televisyen ujian yang julung kai diumumkan menggunakan sistem "warna serasi" NTSC dilakukan pada satu episod
Kukla, Fran and Ollie
yang disiarkan NBC pada
30 Ogos
1953
.
[6]
Kamera televisyen
NTSC warna yang pertama ialah
RCA TK-40
yang digunakan untuk penyiaran ujian pada tahun 1953; satu versi yang diperbaik, iaitu TK-40A yang diperkenalkan pada Mac 1954, ialah kamera TV warna yang pertama didapati secara komersial. TK-40A kemudian digantikan pada tahun itu oleh satu lagi versi diperbaik, iaitu TK-41 yang menjadi kamera piawai yang digunakan sepanjang 1960-an.
Piawaian NTSC turut diamalkan negara-negara lain, termasuk kebanyakan rantau
Amerika
dan
Jepun
. Dengan kedatangan
digital television
, penyiaran analog semakin banyak dihentikan. Penyiaran NTSC dimandatkan oleh FCC untuk berakhir di AS pada 17 Februari 2009.
Terdapat tiga piawaian utama yang digunakan di seluruh dunia, iaitu
PAL
(
Phase Alternating Line
? "Garis Ulang-Alik Fasa"), NTSC (
National Television System Committee
? "Jawatankuasa Sistem Televisyen Negara") dan
SECAM
(
Sequentiel Couleur a Memoire
? "Warna Berjujukan dengan Ingatan").
Sistem yang digunakan di
Amerika Utara
ialah NTSC.
Eropah
Barat,
Australia
dan
Amerika Selatan
Timur menggunakan PAL. Eropah Timur dan
Perancis
pula memakai SECAM. Secara amnya, sesuatu peranti (seperti
televisyen
) hanya boleh membaca atau memaparkan video yang dikodkan pada satu piawaian yang peranti itu direka untuk menyokong; jika tidak, sumbernya mesti diubah suai (seperti mana apabila rancangan Eropah disiarkan di Amerika Utara atau sebaliknya).
Jadual berikut menggambarkan perbezaannya:
|
NTSC M
|
PAL B,G,H
|
PAL N
|
PAL M
|
SECAM B,G,H
|
SECAM D,K,K',L
|
Garis/Medan
|
525/60
|
625/50
|
625/50
|
525/60
|
625/50
|
625/50
|
Frekuensi mengufuk
|
15.734 kHz
|
15.625 kHz
|
15.625 kHz
|
15.750 kHz
|
15.625 kHz
|
15.625 kHz
|
Frekuensi menegak
|
60 Hz
|
50 Hz
|
50 Hz
|
60 Hz
|
50 Hz
|
50 Hz
|
Frekuensi subpembawa warna
|
3.579545 MHz
|
4.433618 MHz
|
3.582056 MHz
|
3.575611 MHz
|
Lebar jalur video
|
4.2 MHz
|
5.0 MHz
|
4.2 MHz
|
4.2 MHz
|
5.0 MHz
|
6.0 MHz
|
Pembawa bunyi
|
4.5 MHz
|
5.5 MHz
|
4.5 MHz
|
4.5 MHz
|
5.5 MHz
|
6.5 MHz
|
Negara-negara dan wilayah-wilayah yang menggunakan NTSC
[
sunting
|
sunting sumber
]
-
Amerika Syarikat
, penyiaran NTSC dari stesen berkuasa tinggi sudah ditamatkan 16 Jun 2009 untuk memberi laluan kepada ATSC, tetapi
stesen-stesen berkuasa rendah
,
Kelas A
dan
pengulang
serta sistem televisyen kabel analog yang tinggal, tidak terjejas.
-
Kanada
, penyiaran NTSC akan ditamatkan menjelang 2011, penyiaran serentak dalam ATSC.
-
Mexico
, penyiaran NTSC akan ditamatkan menjelang 2022, penyiaran serentak dalam ATSC.
- Wilayah AS
- Negara kepulauan Pasifik lain
- Dahulu (menguji NTSC sebelum mengamalkan PAL)
-
Fiji
(sehingga 1989, Fiji menggunakan PAL sejak 1990)
-
Australia
(kini menggunakan PAL)
-
United Kingdom
(Menguji satu varian NTSC
405 garis
pada 1950-an dan 1960-an; menggugurkannya untuk mengamalkan PAL)
- ^
Library of Congress Online Catalog
National Television System Committee (1951-1953), Color television standards: selected papers and records. Edited by Donald G. Fink.,New York, McGraw-Hill, 1955, 520 p. illus.
- ^
Sistem "berjujukan garis" (
line sequential
) ketiga dari
Color Television Inc.
(CTI) juga pernah dipertimbangkan. Sistem CBS dan NTSC muktamad masing-masing dipanggil sistem "berjujukan medan" (
field sequential
) and "berjujukan titik" (
dot sequential
).
- ^
"Color TV Shelved As a Defense Step,"
New York Times
, 20 Oktober 1951, p. 1. "Action of Defense Mobilizer in Postponing Color TV Poses Many Question for the Industry,"
New York Times
, 22 Oktober 1951, p. 23. "TV Research Curb on Color Avoided",
New York Times
, 26 October 1951. Ed Reitan,
CBS Field Sequential Color System
Diarkibkan
2010-01-05 di
Wayback Machine
, 1997. Satu varian sistem CBS kemudian digunakan oleh
NASA
untuk menyiarkan gambar angkasawan dari angkasa lepas.
- ^
"CBS Says Confusion Now Bars Color TV,"
Washington Post
, 26 Mac 1953, p. 39.
- ^
"F.C.C. Rules Color TV Can Go on Air at Once,"
New York Times
, 19 Disember 1953, p. 1.
- ^
"NBC Launches First Publicly-Announced Color Television Show,"
Wall Street Journal
, 31 Ogos 1953, p. 4.
|
---|
|
---|
| | |
---|
625 garis
| |
---|
| |
---|
Isyarat tersirat
| |
---|
Sistem lapuk
| |
---|
|
---|
| |
---|
|
|
|
|
|
---|
Designasi
|
Contoh kegunaan
|
Definisi (garisan)
|
Kadar (Hz)
|
Berjalin (lapangan)
|
Progresif (bingkai)
|
|
---|
Rendah,
MP@LL
| |
---|
Standard,
MP@ML
| |
---|
Dipertingkat,
HMP@HML
| |
---|
Tinggi,
MP@HL
| |
---|
Ultra tinggi
| |
---|