Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemampatan video
bermaksud pengurangan kuantiti
data
yang digunakan untuk mewakili imej video dan merupakan kombinasi langsung
pemampatan imej
dan
pemampasan gerakan
. Rencana ini membincangkan aplikasinya: video yang dimampatkan boleh mengurangkan
lebar jalur
yang diperlukan untuk memancarkan video digital melalui siaran perkhidmatan
televisyen terestrial
, kabel, atau satelit.
Kebanyakan pemampatan video ada
kehilangan
, iaitu beroperasi dalam anggapan bahawa kebanyakan data yang ada sebelum pemampatan adalah tidak perlu untuk mencapai mutu gambar yang dilihat sebagai bagus. Contohnya,
DVD
menggunakan piawaian pengekodan video
MPEG-2
yang boleh memampatkan lebih kurang 2 jam data video 15 hingga 30 kali sambil mampu menghasilkan mutu gambar yang boleh dianggap bermutu tinggi untuk video definisi biasa. Pemampatan video, sama seperti pemampatan data, adalah satu keseimbangan antara ruang cakera, mutu video dan kos perkakas yang diperlukan untuk menyahmampatkan video dalam jangka masa yang sesuai. Walaupun begitu, jika video dimampatkan terlalu banyak, maka kelihatan
artifak
yang boleh menganggu penonton.