Republik Indonesia
??????? ?????????
|
---|
|
Cogan kata
:
Bhinneka Tunggal Ika
(
Jawa Kuno
)
(“Bersatu padu dalam kepelbagaian”)
Ideologi
:
Pancasila
|
Lagu kebangsaan
:
Indonesia Raya
|
Tunjukkan global
Tunjukkan peta Asia Tenggara
Lokasi
Indonesia
(hijau gelap)
? di
Asia
(kelabu gelap & putih)
? di
ASEAN
(kelabu gelap)
|
Ibu negara
| Jakarta
(Ibu negara lama)
Nusantara
(Ibu negara baru)
0°51′00″S
116°42′00″E
/
0.8500°S 116.7000°E
/
-0.8500; 116.7000
|
---|
Bandar terbesar
| Jakarta
|
---|
Bahasa rasmi
dan Bahasa kebangsaan
| Bahasa Indonesia
|
---|
Bahasa lainnya
| Lebih daripada 700 bahasa
|
---|
Kumpulan etnik
(2010)
| Lebih daripada 1,300 suku bangsa
|
---|
Agama
| 87%
Islam
10.5%
Kristian
1.7%
Hindu
0.7%
Buddha
0.1% Aliran Kepercayaan,
Konfusianisme
dan Lain-lain
|
---|
Demonim
| Orang Indonesia
Indon
|
---|
Kerajaan
| Republik
kesatuan
|
---|
|
| Joko Widodo
(PDIP)
|
---|
| Ma'ruf Amin
|
---|
|
Badan perundangan
| Majlis Musyawarah Rakyat
(MMR)
|
---|
| Dewan Perwakilan Daerah
(DPD)
|
---|
| Dewan Perwakilan Rakyat
(DPR)
|
---|
|
|
| 17 Ogos 1945
|
---|
| 27 Disember 1949
|
---|
?
(RIS)
dibubarkan
| 17 Ogos 1950
|
---|
| 11 Mac 1966
|
---|
? Reformasi
| 12 Mei 1998
|
---|
|
|
? Jumlah
| 1,904,569
[2]
km
2
(735,358 bt
2
) (
ke-14
)
|
---|
| 4.85
|
---|
|
? Perkiraan S2 2023
| 279,118,866
[3]
|
---|
? Bancian Penduduk 2020
| 270,203,917 (
ke-4
)
|
---|
| 141/km
2
(365.2/sq mi) (
ke-88
)
|
---|
KDNK
(
PPP
)
| 2023
|
---|
? Jumlah
| ▲
US$
4.393 trilion
[4]
(
ke-7
)
|
---|
| ▲
US$
15,835
[4]
(
ke-98
)
|
---|
KDNK
(nominal)
| 2023
|
---|
? Jumlah
| ▲
US$
1.417 trilion
[4]
(
ke-16
)
|
---|
| ▲
US$
5,108
[4]
(
ke-112
)
|
---|
Gini
(2021)
| 37.9
[5]
sederhana
|
---|
HDI
(2021)
| ▼
0.705
[6]
tinggi
·
ke-107
|
---|
Mata wang
| Rupiah Indonesia
(Rp)
(
IDR
)
|
---|
Zon waktu
| UTC
+7, +8, dan +9
(
pelbagai
)
|
---|
Format tarikh
| hh/bb/tttt
|
---|
Arah memandu
| Kiri
|
---|
Kod panggilan
| +62
|
---|
Kod ISO 3166
| ID
|
---|
DPT internet
| .id
|
---|
|
Republik Indonesia
(
Jawi
:
??????? ?????????
) juga disebut
Negara Kesatuan Republik Indonesia
ataupun
Indonesia
sahaja ialah sebuah
negara kepulauan
terbesar di dunia,
[7]
yang terletak di antara tanah besar
Asia Tenggara
dan
Australia
dan antara
Lautan Hindi
dan
Lautan Pasifik
. Indonesia bersempadankan
Malaysia
di Pulau
Borneo
,
Papua New Guinea
di Pulau Papua, dan
Timor Leste
di Pulau
Timor
. Negara jiran lain termasuklah
Singapura
,
Filipina
,
Australia
, wilayah India
Kepulauan Andaman dan Nicobar
, dan
Palau
. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah
Jakarta
.
Dengan
17,504 pulau
, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan anggaran jumlah penduduk seramai 279 juta orang pada 2023, ia merupakan negara keempat
paling banyak penduduk
dan negara berpenduduk
Muslim
yang terbesar di dunia. Ia merupakan negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, kuasa serantau dan dianggap kuasa pertengahan dalam hal ehwal global. Ekonomi Indonesia adalah ke-16 terbesar di dunia mengikut KDNK nominal dan ke-7 terbesar oleh PPP. Indonesia merupakan sebuah
republik
, dengan
parlimen
dan
presiden
yang dipilih secara langsung.
Etimologi
Nama Indonesia berasal dari perkataan
bahasa Yunani Purba
iaitu
Indos
(?νδ??) dan
nesos
(ν?σο?), yang bermaksud "Kepulauan India".
[8]
Nama itu berasal dari
abad ke-19
, jauh sebelum kemerdekaan Indonesia.
[9]
Pada tahun 1850, George Windsor Earl, iaitu seorang ahli etnologi Inggris, telah mengusulkan istilah
Indunesia
tetapi dia lebih suka dengan
Malayunesians
yang merujuk kepada penduduk "Kepulauan India atau
Kepulauan Melayu
".
Dalam terbitan yang sama, salah satu muridnya, James Richardson Logan, menggunakan
Indonesia
sebagai sinonim untuk
Kepulauan India
.
[11]
Namun,
pensyarah
Belanda yang menulis untuk penerbitan Hindia Timur enggan menggunakan Indonesia; mereka lebih menyukai menggunakan nama
Kepulauan Melayu
(dikenali sebagai
Maleische Archipel
dalam
bahasa Belanda
).
[7]
Setelah tahun 1900, nama
Indonesia
telah menjadi lebih umum di kalangan pensyarah di luar kawasan
Belanda
, dan beberapa kalangan pensyarah dalam negara untuk ekspresi politik.
[7]
Sejarah
Di bawah pengaruh agama
Hindu
dan
Buddha
, beberapa
kerajaan
terbentuk di pulau
Sumatera
dan
Jawa
pernah mencapai kejayaannya dengan wilayah meliputi negara
Malaysia
dan pulau
Mindanao
semasa
Majapahit
sejak
abad ke-7
hingga
abad ke-14
. Kedatangan
pedagang-pedagang
Arab
dari
Gujarat
,
India
kemudian membawa
agama
Islam
yang akhirnya menjadi agama terbesar.
Ketika orang-orang
Eropah
datang pada awal
abad ke-16
, mereka telah menemui beberapa negara kecil. Negara-negara kecil ini dengan mudah dikuasai oleh mereka yang ingin menguasai perdagangan
rempah
. Pada
abad ke-17
,
Belanda
muncul sebagai kuasa yang terkuat di antara negara-negara Eropah, mengalahkan
British
dan
Portugis
(kecuali untuk tanah jajahan mereka di
Timor Timur
). Belanda menguasai Indonesia sebagai tanah jajahan hingga
Perang Dunia II
, awalnya melalui
Syarikat Hindia Timur Belanda
(VOC), dan kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awal
abad ke-19
.
Semasa Perang Dunia II, Belanda dijajah oleh
Jerman
, manakala
Jepun
menguasai Indonesia. Setelah menawan Indonesia pada tahun
1942
, pihak Jepun mendapati bahawa para pejuang Indonesia merupakan rakan perdagangan yang sudi bekerjasama dan bersedia mengerahkan pahlawan bila diperlukan.
Soekarno
,
Mohammad Hatta
,
KH Mas Mansur
, dan
Ki Hajar Dewantara
kemudiannya diberikan penghargaan oleh
Maharaja Jepun
pada tahun
1943
.
Pada Mac
1945
, pihak Jepun membentuk sebuah jawatan kuasa untuk
kemerdekaan
Indonesia; di bawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pemuda, kelompok pimpinan Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas perang Pasifik berakhir pada tahun 1945 Soekarno menjadi
Presiden
pertama Indonesia dengan Mohammad Hatta sebagai naib presiden. Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda menurunkan angkatan tentera mereka. Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian dikenali sebagai 'tindakan
polis
' (
Actie Politioneel
). Di bawah tekanan perlawanan rakyat dan tentera Indonesia, Belanda akhirnya menarik tenteranya pada
27 Disember
1949
.
Pada tahun
1950-an
dan
1960-an
, Presiden Soekarno mengikuti gerakan berkecuali pada awalnya dan kemudian dengan blok
sosialis
, misalnya
Republik Rakyat China
dan
Yugoslavia
. Tahun 1960-an menyaksikan
konfrontasi
tentera terhadap
Malaysia
, negara jirannya yang dianggap sebagai negara bentukan
Britain
.
Jeneral
Soeharto
menjadi presiden pada tahun
1967
dengan alasan untuk mengamankan negara daripada ancaman
komunisme
terhadap Soekarno yang kini semakin lemah. Setelah Soeharto berkuasa, beratus-ratus ribu warganegara Indonesia yang disyaki memihak kepada komunis telah dibunuh. Tempoh pemerintahan Soeharto selama 32 tahun dinamakan
Order Baru
, dibandingkan dengan masa pemerintahan Soekarno yang disebut
Order Lama
.
Soeharto berjaya mendapatkan
pelaburan
luar negeri yang besar untuk Indonesia, dan menghasilkan pertumbuhan
ekonomi
yang pesat, meskipun tidak merata, di Indonesia. Pada awal regim Order Baru, strategi ekonomi negara telah dibuat oleh sekelompok ahli ekonomi lulusan Fakulti Ekonomi
Universiti California, Berkeley
yang digelarkan "Kelompok Berkeley". Namun, Soeharto menambah kekayaan diri serta keluarganya melalui amalan
rasuah
yang meluas dan beliau akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya tunjuk perasaan secara besar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk pada tahun
1998
.
Dari
1998
hingga
2010
, Indonesia mempunyai 4 presiden:
Baharuddin Jusuf Habibie
,
Abdurrahman Wahid
,
Megawati Soekarnoputri
dan
Susilo Bambang Yudhoyono
. Pada tahun
2014
,
Joko Widodo
menjadi presiden Indonesia yang terkini.
Geografi
Negara Indonesia terletak di antara:
Indonesia mempunyai 18,018 buah pulau yang tersebar di sekitar garisan
khatulistiwa
dan ber
iklim
tropika
. Hanya sekitar 7,000 buah pulau berpenghuni. Lima pulau yang terbesar ialah
Pulau Jawa
,
Sumatra
,
Kalimantan
,
Sulawesi
, dan
Papua
, dengan Pulau Jawa mempunyai setengah daripada jumlah penduduk Indonesia yang merupakan pulau yang terpadat.
Indonesia juga terletak di atas
plat tektonik
. Ini bermakna bahawa Indonesia sering mengalami
gempa bumi
dan
tsunami
. Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-kurang 66 buah
gunung berapi
, termasuk
Gunung Krakatau
, sebuah gunung berapi yang paling terkenal di antara Sumatera dan Jawa, tetapi kini sudah hapus.
Flora
dan
fauna
di Indonesia amat berbeza di antara Kalimantan,
Bali
dan pulau-pulau barat di satu bahagian serta Sulawesi, Lombok, dan pulau-pulau yang lebih timur di bahagian yang lain.
Sempadan
ekologi
ini digelarkan
Garis Wallace
, sempena nama penemunya. Garis ini sering digunakan sebagai sempadan antara Asia dan
Australasia
dan oleh itu Indonesia merupakan sebuah negara dwibenua.
Pembahagian Pentadbiran
Provinsi
Indonesia ialah negara yang terluas di
Asia Tenggara
. Untuk memudahkan pentadbiran, negara ini dibahagikan kepada 38
provinsi
(satu Daerah Istimewa (DI), iaitu
Daerah Istimewa Yogyakarta
, lima daerah dengan autonomi khusus iaitu
Papua
,
Papua Barat
,
Papua Pegunungan
,
Papua Selatan
dan
Papua Tengah
dan satu daerah autonomi khusus dan istimewa iaitu
Aceh
serta satu Daerah Khusus Ibu kota (DKI), iaitu
Daerah Khusus Ibukota Jakarta Raya
. Sebelum era
Reformasi
, Indonesia hanya memiliki 27 provinsi, dengan
Timor Timur
merupakan provinsi ke-27 pada Julai
1976
. Bagaimanapun,
Timor Leste
telah pun memisahkan diri melalui
pungutan suara
menjadi negara
Timor Leste
pada
20 Mei
2002
.
Indonesia sedang menjalankan
autonomi
untuk setiap negerinya dengan tujuan memberikan peluang pembangunan yang sama rata di seluruh negara. Selain autonomi, pemerintah Indonesia kini sedang menjalankan prinsip pengagihan kuasa pusat untuk negeri-negerinya.
Yang berikut adalah senarai negeri di Indonesia :
Bandar terbesar
Sepuluh bandar terbesar di Indonesia mengikut susunan, adalah seperti berikut :
Demografi
Jumlah penduduk Indonesia mengikut bancian tahun 2018 ialah 265.764.970 juta orang,
[13]
dan Biro Statistik Pusat Indonesia dan
Statistik Indonesia
mengganggarkan populasi sebanyak 265.764.970 juta pada 2018.
Pembahagian penduduk Indonesia ada dalam dua kelompok. Belahan barat Indonesia sebahagian besar beretnik
Melayu
dan bahagian timur Indonesia beretnik
Papua
. Selain itu ada juga penduduk pendatang yang jumlahnya kecil iaitu etnik Cina, India, dan Arab. Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agama
Islam
(86.70% mengikut banci 2018)
[14]
dan sisanya penganut agama
Kristian
(10.72%),
Hindu
(1.74%),
Buddha
(0.74%), dan sebagainya.
[1]
Taburan penduduk Indonesia tidak serata. Pulau Jawa yang merupakan pusat pemerintahan ialah pulau yang terpadat, dengan setengah daripada jumlah penduduknya. Kenaikan kadar pertumbuhan penduduk Indonesia cukup tinggi. Penduduk Indonesia yang mendiami pulau-pulau di sebelah utara sangat sedikit, berbanding dengan negara-negara berjiran yang besar seperti
Jepun
,
China
dan
India
. Dengan demikian, daerah-daerah Indonesia yang agak kosong beserta kekayaan alamnya berpotensi menjadi sasaran untuk dasar-dasar
lebensraum
(dasar peluasan kuasa) oleh kuasa-kuasa di sebelah utara tersebut.
Agama
Agama di Indonesia
|
Agama
|
|
Peratus
|
Islam
|
|
86.70%
|
Kristian
|
|
10.72%
|
Hinduism
|
|
1.74%
|
Buddha
|
|
0.77%
|
Lain
|
|
0.07%
|
(Bancian tahun 2018)
[1]
|
Agama di Indonesia (2018)
[15]
Rakyat/Lain-lain (0.05%)
Beberapa agama berbeza diamalkan di Indonesia. Indonesia secara rasmi adalah
republik presiden
dan
negara kesatuan
tanpa agama negara yang mantap.
[16]
Indonesia mempunyai penduduk
Muslim
[18]
terbesar di dunia dan prinsip pertama asas falsafah Indonesia,
Pancasila
, memerlukan rakyatnya menyatakan kepercayaan kepada "
Tuhan
Yang Maha Esa".
[20]
Walaupun, seperti yang dijelaskan oleh Mahkamah Perlembagaan,
sila
pertama Pancasila ini adalah pengiktirafan yang jelas tentang
zat ketuhanan
dan dimaksudkan sebagai prinsip tentang cara hidup bersama dalam masyarakat yang beragam agama, ini bukanlah pengesahan doktrin teologi tertentu tentang bagaimana agama atau kepercayaan harus diamalkan.
[22]
Walau bagaimanapun, pemerintah Indonesia mempunyai sikap diskriminasi terhadap pelbagai agama suku,
ateis
, dan warganegara
agnostik
. Di samping itu, wilayah
Aceh
secara rasmi menguatkuasakan undang-undang
Syariah
dan terkenal dengan amalan penindasannya terhadap minoriti agama dan seksual.
Terdapat juga gerakan
pro-Syariah
dan
fundamentalis
di beberapa bahagian negara dengan majoriti umat Islam yang besar.
Politik
Garuda Pancasila
adalah
falsafah
dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua kata
Sanskrit
, "
panca
" yang bererti 'lima', dan "
sila
" yang bererti 'dasar'. Pancasila terdiri atas kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan:
- Ketuhanan yang Maha Esa
- Kemanusiaan yang adil dan beradab
- Persatuan Indonesia
- Kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam permusyawaratan/perwakilan
- Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia
Indonesia mengamalkan sistem
demokrasi
yang diketuai oleh seorang presiden, dan Pancasila ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar tersebut dinamakan
Demokrasi Pancasila
.
Presiden Indonesia saat ini adalah
Joko Widodo
, yang disokong oleh
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan
(PDIP).
Majlis Musyawarah Rakyat
(MPR) adalah lembaga dwidewan yang terdiri daripada 560 anggota
Dewan Perwakilan Rakyat
(DPR) iaitu wakil rakyat yang dipilih melalui parti politik, ditambah 132 anggota
Dewan Perwakilan Daerah
(DPD) iaitu wakil
provinsi
yang dipilih melalui pemilihan wilayah.
[25]
Anggota DPR dan DPD dipilih melalui pilihan raya dan dilantik untuk masa jabatan selama lima tahun. Saat ini MPR diketuai oleh
Bambang Soesatyo
, DPR oleh
Puan Maharani
, sedangkan DPD oleh
La Nyalla Mattalitti
.
Ekonomi
Ekonomi
Indonesia mengalami kemerosotan pada akhir
dekad
1990-an
, akibat
Krisis Kewangan Asia
yang melanda sebahagian besar
Asia
pada saat itu. Ekonominya kini telah pulih. Indonesia mempunyai sumber semula jadi yang besar di luar
Jawa
, termasuk
minyak mentah
,
gas asli
,
timah
,
tembaga
, dan
emas
. Negara ini ialah pengeksport gas asli yang kedua terbesar di dunia tetapi akhir-akhir ini, Indonesia telah bermula menjadi pengimport bersih minyak mentah. Hasil
pertanian
yang utama termasuk
beras
,
teh
,
kopi
,
rempah
, dan
lobak
. Rakan-rakan perdagangan Indonesia yang terbesar ialah
Jepun
, dan
Amerika Syarikat
, serta negara-negara berjiran, iaitu
Malaysia
,
Singapura
, dan
Australia
. Indonesia merupakan negara yang amat kaya akaan sumber daya alam dan manusia, namun begitu masih terdapat sedikit masalah kemiskinan yang disebabkan kurang tepatnya pengelolaan oleh kerajaan.
Bank pusat
Indonesia ialah
Bank Indonesia
.
Sumber alam
Getah
yang pernah dikenali sebagai "emas hitam" di Indonesia merupakan hasil utama
pertukaran asing
pada masa dahulu, dan kini merupakan pengeluar kedua terbesar selepas
Malaysia
.
Kelapa sawit
: Kawasan perladangan
kelapa sawit
di Indonesia telah diperluas dengan pesat. Produk utama yang dieksport ialah minyak serta isirong sawit.
Tembakau
: Kawasan perkebunan
tembakau
seluas 198,000
hektar
pada tahun 1979, dengan 92% daripadanya ditanam oleh pekebun kecil ketika itu.
Logam
:
Emas
dan
perak
dihasilkan oleh PT Aneka Tambang di daerah
Banten
Selatan, dan
tembaga
di
Papua
.
Asfalt
:
Perlombongan
asfalt
dilaksanakan di
Sulawesi Tenggara
. Terdapat 19 buah
lombong
, termasuk besar dan kecil, yang ditaksirkan berjumlah 28.5 juta
tan
.
Seni budaya
Indonesia terdiri daripada beratus-ratus
suku kaum
, dengan
agama
dan kepercayaan yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk
Aceh
(
Melayu Tamiang
dan
Gayo
),
Batak
(
Karo
,
Toba
,
Mandailing
,
Pak-Pak
, dan
Simalungun
),
Minangkabau
,
Melayu
(termasuk
Melayu Deli
, Melayu Palembang, Melayu Jambi, Melayu Pontianak, Melayu Bengkulu, Melayu Bangka Belitung, dan lain-lain),
Rejang
,
Lampung
,
Badui
,
Jawa
,
Sunda
,
Banjar
,
Bugis
,
Toraja
,
Bali
,
Ambon
,
Madura
,
Minahasa
,
Dayak
,
Betawi
,
Papua
dan lain-lain.
Islam
merupakan ugama majoriti di Indonesia terutama diwilayah Indonesia Barat (kecuali
Batak
), dan Indonesia Tengah (kecuali
Pulau Bali
yang umumnya beragama Hindu dan
Sulawesi Utara
yang umumnya beragama Kristian). Indonesia Timur (
Flores
,
Ambon
, dan
Papua
) secara majoriti beragama
Kristian
dan
Katolik
.
Pulau Bali
ialah satu-satunya
provinsi
yang secara majoriti beragama
Hindu
. Agama-agama yang lain seperti
Buddha
dan
Konfusianisme
umumnya dipeluk oleh kaum keturunan
Cina
. Secara undang-undang, agama di Indonesia diakui berjumlah lima (5) oleh pemerintah, iaitu:
Agama tradisional yang telah ada sejak masa nenek moyang di Nusantara seperti agama
Parmalim
daripada suku
Batak
,
Kejawen
daripada suku Jawa, dan lain-lain yang masih mempunyai unsur
animisme
, juga ada di Indonesia dan dianut secara minoriti oleh kaum-kaum pedalaman.
Seni budaya di Indonesia sangatlah beragam dan berbeza-beza, budaya Melayu merupakan salah satu budaya yang banyak dijalankan dikawasan-kawasan Melayu seperti diwilayah pesisir timur
Sumatra
dan pesisir
Kalimantan
. Tiap-tiap
provinsi
di Indonesia mempunyai bahasa dan budaya sendiri walaupun yang berdekatan saling mempunyai persamaan.
Dari segi
pakaian
, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah
batik
. Tiap-tiap suku dan wilayah (
provinsi
) di Indonesia mempunyai pakaian adat masing-masing, dan memiliki hal-hal unik yang mewakili daerah yang dimaksud. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk
Yogyakarta
,
Solo
, dan
Pekalongan
. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:
Sarung
dan
Songkok
umum dipakai oleh kaum lelaki di Indonesia terutama bagi mereka yang berugama
Islam
.
Songkok
merupakan pakaian kepala rasmi pemerintah di Indonesia yang digunakan oleh kaum lelaki.
Kebaya
merupakan pakaian adat yang umum dipakai oleh kaum wanita di Indonesia yang digunakan pada saat acara-acara tradisional, sementara kaum lelaki mengenakan baju
Batik
sebagai baju identiti Nusantara.
Seni
pantun
,
gurindam
, dan sebagainya kerap kali dipersembahkan dalam acara-acara seperti majlis kenduri
perkahwinan
, dan panggung seni.
Silat
adalah seni bela diri yang kekadang ditampilkan dalam acara-acara pertunjukkan dan biasanya diiringi oleh muzik tradisional
gamelan
dan lain-lain, sesuai dengan daerah asalnya.
Kesenian Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapa
budaya
. Terdapat beberapa
candi
Hindu
dan
Buddha
dari abad-abad yang telah lampau di
Jawa
. Tarian Jawa dan
Bali
yang terkenal, misalnya, mengandungi aspek-aspek kebudayaan dan
mitos
Hindu. Seni tarian yang tidak mengandungi nilai-nilai Islam umpamanya seperti Reog Ponorogo (Jawa Timur) dan Tari Kecak (Bali). Sedangkan seni tarian yang mengandungi nilai-nilai
Islam
, antaranya
Tarian Saman
dan
Tarian Seudati
di
Nanggroe Aceh Darussalam
. Selain itu, yang juga terkenal di dunia ialah
wayang kulit
, yang menampilkan kisah-kisah mitologi.
Terdapat banyak jenis
muzik
Indonesia, baik tradisional mahupun moden.
Muzik tradisional
Indonesia termasuklah
keroncong
Jawa dikenal oleh semua rakyat Indonesia dan sampai ke luar negara. Banyak alat-alat muzik tradisional Indonesia yang terkenal di dunia, misalnya Angklung yang berasal dari Jawa Barat. Ada juga muzik popular di Indonesia yang dikenali sebagai dangdut.
Dangdut
merupakan gabungan muzik
Melayu
,
India
, dan muzik tradisional lain Indonesia. Muzik ini dipanggil "dangdut" kerana muziknya bergema dengan bunyi 'dang' dan 'dut' serta kerana muzik dangdut lebih dikuasai oleh bunyi
gendang
dan
seruling
. Lagu-lagu dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik dangdut, antaranya: Dangdut Melayu, Dangdut Moden (dangdut masa kini yang alat muzik telah ditambah dengan alat muzik moden), Dangdut Pesisir (lagu dangdut bercampur muzik tradisional Jawa,
Sunda
), dan lain-lain. Pada tahun
70-an
, dangdut lebih dikenali sebagai
genre
muzik
orkestra
Melayu, dan semakin menjadi popular mulai daripada dekad
80-an
. Muzik dangdut juga digemari oleh orang-orang
Jepun
dengan pedangdut-pedangdut seperti
Camelia Malik
dan
Elvy Sukaesih
dijemput menyanyi dangdut di Jepun.
Ketenteraan dan Polis
Tentera
Polis
Islam
Galeri
Rujukan
Nota kaki
- ^
a
b
c
"Statistik Umat Menurut Agama di Indonesia"
(dalam bahasa Indonesia). Kementerian Agama Republik Indonesia. 15 Mei 2018
. Dicapai pada
13 Jun
2020
.
- ^
"UN Statistics"
(PDF)
. United Nations. 2005. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 31 Oktober 2007
. Dicapai pada
31 Oktober
2007
.
- ^
"Indonesian Population June 2023"
.
Ministry of Home Affairs (Indonesia)
. Dicapai pada
28 October
2023
.
- ^
a
b
c
d
"Report for Selected Countries and Subjects"
. International Monetary Fund
. Dicapai pada
19 April
2022
.
- ^
"GINI Ratio Indonesia Declines: Economic Inequality Narrows"
. Indonesia Investments. 20 Ogos 2016. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 27 Jun 2017
. Dicapai pada
27 Jun
2017
.
- ^
Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene
(PDF)
. United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343?346.
ISBN
978-92-1-126442-5
. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 15 Disember 2020
. Dicapai pada
16 Disember
2020
.
- ^
a
b
c
Justus M. van der Kroef (1951).
"The Term Indonesia: Its Origin and Usage"
.
Journal of the American Oriental Society
.
71
(3): 166?171.
doi
:
10.2307/595186
.
- ^
Tomascik, Tomas; Mah, Anmarie Janice; Nontji, Anugerah; Moosa, Mohammad Kasim (1996).
The Ecology of the Indonesian Seas ? Part One
. Hong Kong: Periplus Editions.
ISBN
978-962-593-078-7
.
- ^
Anshory, Irfan (16 Ogos 2004).
"The origin of Indonesia's name"
(dalam bahasa Indonesia). Pikiran Rakyat.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 15 Disember 2006
. Dicapai pada
15 Disember
2006
.
- ^
Logan, James Richardson (1850). "The Ethnology of the Indian Archipelago: Embracing Enquiries into the Continental Relations of the Indo-Pacific Islanders".
Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia
.
4
: 252?347.
- ^
"2000 Population Statistics"
(Siaran akhbar). Indonesian Central Statistics Bureau. 30 Jun 2000. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 25 Julai 2009
. Dicapai pada
5 Oktober
2006
.
- ^
"Indonesia - The World Factbook"
. CIA. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 10 Disember 2008
. Dicapai pada
26 November
2008
.
- ^
"Statistik Umat Menurut Agama di Indonesia"
(dalam bahasa Indonesia).
Kementerian Agama Republik Indonesia
. 15 Mei 2018. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 3 September 2020
. Dicapai pada
15 November
2020
.
Muslim 231 Million (86.7), Christian 20.45 Million (7.6), Catholic 8.43 million (3.12), Hindu 4.65 million (1.74), Buddhist 2.03 million (0.77), Confucianism 76.630 (0.03), Others/Traditional faiths 126.51 (0.04), Total 266.5 Million
- ^
Da Costa, Agustinus Beo (12 Oktober 2019).
"Indonesia urges public to report civil servants over 'radical' content"
.
Reuters
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
14 Jun
2022
.
- ^
Frederick, William H.; Worden, Robert L., eds. (1993).
Indonesia: A Country Study
, Chapter
Islam
.
- ^
Prinada, Yudi (2 Disember 2020).
"Beda Isi Piagam Jakarta dan Pancasila Sejarah Perubahannya"
.
tirto.id
(dalam bahasa Indonesia)
. Dicapai pada
9 Jun
2022
.
- ^
"Indonesia Negara Ketuhanan"
(PDF)
.
mkri.id
. Dicapai pada
8 Mac
2023
.
- ^
Amandemen Ketiga Undang-Undang Dasar 1945
(PDF)
. 13 Disember 2006. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 1 Disember 2006
. Dicapai pada
9 Jun
2010
.
Pautan luar
|
Wikiberita mempunyai berita berkaitan:
Indonesia
|
Lihat juga
|
---|
|
Politik
| |
---|
Keahlian
| |
---|
Peristiwa
| Sidang kemuncak
| |
---|
Lain-lain
| |
---|
|
---|
Pertandingan
| |
---|
Berkaitan
| |
---|
APEC
|
---|
|
Ahli
| | |
---|
Mesyuarat APEC
|
- APEC Australia 1989
- APEC Singapura 1990
- APEC Korea Selatan 1991
- APEC Thailand 1992
- APEC Amerika Syarikat 1993
- APEC Indonesia 1994
- APEC Jepun 1995
- APEC Philippines 1996
- APEC Kanada 1997
- APEC Malaysia 1998
- APEC New Zealand 1999
- APEC Brunei 2000
- APEC China 2001
- APEC Mexico 2002
- APEC Thailand 2003
- APEC Chile 2004
- APEC Korea Selatan 2005
- APEC Vietnam 2006
- APEC Australia 2007
- APEC Peru 2008
- APEC Singapura 2009
- APEC Jepun 2010
- APEC Amerika Syarikat 2011
- APEC Russia 2012
- APEC Indonesia 2013
- APEC China 2014
- APEC Philippines 2015
- APEC Peru 2016
- APEC Vietnam 2017
- APEC Papua New Guinea 2018
- APEC Chile 2019
- APEC Malaysia 2020
- APEC New Zealand 2021
|
---|
|
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|