Google Summer of Code
|
---|
|
![](//upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7c/Google_Summer_of_Code_sun_logo_2022.svg/220px-Google_Summer_of_Code_sun_logo_2022.svg.png) Logo Google Summer of Code
|
Status
| Aktif
|
---|
Mula
| April ? Mei
|
---|
Tamat
| Ogos
|
---|
Kekerapan
| Tahunan
|
---|
Negara
| Seluruh dunia
|
---|
Tahun aktif
| 17 (2005 ? kini)
|
---|
Dirasmikan
| 2005
|
---|
Pengasas
| Sergey Brin
dan
Larry Page
|
---|
Peserta
| Semua yang berumur 18 tahun dan ke atas
|
---|
Laman sesawang
| summerofcode
.withgoogle
.com
|
---|
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
|
Google Summer of Code
(selalunya dipendekkan sebagai
GSoC
) merupakan program tahunan peringkat antarabangsa di mana
Google
memberikan ganjaran tunai kepada penyumbang yang berjaya menyiapkan projek pengaturcaraan perisian yang percuma dan
bebas
semasa
musim panas
. Setakat tahun
2022
, program ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas
[1]
, dan tidak lagi terhad kepada pelajar
universiti
dan mereka yang baru menamatkan pengajian.
Program ini telah diadakan buat pertama kali bermula pada bulan Mei sehingga Ogos 2005. Peserta akan menerima bayaran untuk membangunkan perisian
[2]
, dengan jumlah ganjaran mereka bergantung kepada
pariti kuasa beli
di sesebuah negara di mana mereka berada
[2]
. Idea projek biasanya akan disenaraikan oleh organisasi tuan rumah yang terlibat dalam pembangunan perisian bebas, walaupun begitu pelajar juga boleh mengajukan idea projek mereka sendiri.
Penganjuran program ini merupakan cetusan idea dari pengasas Google itu sendiri,
Sergey Brin
dan
Larry Page
[3]
. Bermula tahun 2007 hingga 2009, Leslie Hawthorn merupakan pengurus program ini di mana beliau telah melibatkan diri dalam program ini sejak tahun
2006
[4]
. Bermula tahun 2010 hingga 2015 pula, Carol Smith dipilih sebagai pengurus program
[5]
. Pada tahun 2016, Stephanie Taylor mengambil alih pengurusan program ini.
Setiap tahun, terdapat garis masa untuk program ini. Ianya bermula dengan permohonan sesebuah organisasi
bersumber terbuka
untuk penyertaan. Jika diterima, setiap organisasi akan menyediakan senarai awal idea projek dan mengundang mana-mana penyumbang bagi komuniti pembangunannya. Penyumbang yang menepati kriteria yang ditetapkan akan menghantar sehingga tiga cadangan kertas kerja berkaitan maklumat terperinci akan projek
pengaturcaraan
perisian bagi menarik minat organisasi itu.
Permohonan ini kemudian akan dinilai oleh badan penasihat organisasi tersebut, di mana ianya dikaji oleh mereka dari kalangan penasihat dan pentadbir organisasi dan dari situ mereka membuat keputusan berhubung dengan jumlah "slot" yang akan diminta dari Google dan pemilihan kertas kerja. Google memperuntukkan sejumlah slot untuk sesebuah organisasi berdasarkan kepada kapasiti organisasi, sejarah pementoran dan jumlah permohonan yang diterima organisasi tersebut.
Akhirnya, organisasi ini akan memilih kertas kerja yang paling terbaik bagi memenuhi slot mereka dan Google akan membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum mengumumkan penyumbang yang telah dipilih. Jika terdapat penyumbang tunggal dipilih oleh beberapa organisasi ini, organisasi pertama yang memperuntukkan slot kepada penyumbang ini akan diberikan keutamaan.
Pada tahun
2005
, program GSoC yang pertama hanya terhad kepada penyertaan oleh pelajar universiti, di mana permohonan telah dibuka pada
14 Jun
2005
dan tarikh akhir projek perlu disiapkan sebelum
1 September
2005
[6]
. Untuk rekod, lebih 8,740 cadangan kertas kerja telah dihantar untuk pemilihan seramai 200 orang pelajar
[3]
. Disebabkan respon yang memberangsangkan, Google menambah kapasiti program ini kepada 419 orang
[7]
.
Organisasi yang bertindak sebagai
pembimbing
bertanggungjawab dalam menyemak dan memilih dari pelbagai cadangan kertas kerja, kemudian memberikan bimbingan kepada pelajar bagi membantu organisasi ini menyiapkan kertas kerja itu. Pelajar yang berjaya menyiapkan kertas kerja mereka dengan memenuhi kehendak organisasi pembimbing ini akan menerima ganjaran sebanyak $4500 tunai
[6]
serta
kemeja-T
rasmi Google Summer of Code, manakala ganjaran sebanyak $500 tunai bagi setiap projek diberikan kepada organisasi pembimbing tersebut
[3]
.
Dianggarkan sebanyak 80% daripada projek yang dihantar berjaya disiapkan pada tahun 2005, walaupun kadar penyiapannya berbeza mengikut organisasi:
Ubuntu
contohnya, melaporkan kadar penyiapan hanya 64% sahaja dan
KDE
melaporkan 67% kadar penyiapan. Kebanyakkan projek masih disambung selepas
musim panas
, walaupun program GSoC telah berakhir dan ada di antaranya diubah cara pendekatannya sewaktu ia dibangunkan. Untuk edisi ini, Google telah dikritik oleh kerana tidak memberikan masa yang secukupnya kepada organisasi dalam merancang projek yang akan ditawarkan untuk GSoC. Namun begitu, sebanyak 41 buah organisasi telah terlibat
[7]
, termasuklah FreeBSD,
Apache
, KDE, Ubuntu,
Blender
, Mozdev dan Google sendiri.
Menurut rencana blog oleh Chris DiBona, pengurus program bebas Google, "mungkin lebih 30 peratus dari kalangan pelajar ini bersangkut dengan kumpulan mereka selepas GSoC berakhir"
[8]
. Pembangun Mozilla, Gervase Markham juga memberikan komen bahawa tiada di antara 10 projek Mozilla yang ditaja Google bertahan selepas berakhirnya program itu
[8]
. Namun begitu, projek
Gaim (kini Pidgin)
berjaya mendapatkan sokongan pengaturcaraan melalui program ini termasuklah perubahan kepada Gaim (kini Pidgin) 2.0 dan satu projek KDE masih lagi bertahan selepas berakhirnya program ini dari sejumlah 24 projek yang telah ditaja.
Google Summer of Code 2006 bermula pada
1 Mei
2006
[9]
dan menerima sebanyak 6,000 permohonan, jumlah yang kurang berbanding dengan tahun sebelumnya oleh kerana semua peserta dikehendaki untuk memiliki akaun Google yang mengurangkan jumlah permohonan boneka yang diterima. Google dan kebanyakkan pembimbing lain mendapati bahawa kualiti cadangan-cadangan yang diterima adalah lebih baik berbanding dengan kualiti kebanyakkan cadangan yang dihantar pada tahun 2005. Penyertaan organisasi juga meningkat sekali ganda kepada 102 penyertaan. Selain daripada organisasi-organisasi yang telah terlibat dalam program lalu, terdapat beberapa organisasi yang baru menyertai program pada tahun 2006 ini seperti
Debian
[10]
,
GNU
,
Gentoo
, Adium
[11]
,
PHP
, dan
ReactOS
[12]
. Google telah menyatakan bahawa mereka akan menaja sejumlah 600 buah projek pada tahun ini.
Tarikh tutup permohonan oleh pelajar yang terlibat telah dipanjangkan sehingga
9 Mei
2006
. Ada di antara beberapa projek yang telah disenarai pendek disertai oleh pelajar yang sama, oleh itu proses pengumuman keputusan projek yang terpilih telah tergendala akibat permasalahan ini. Selain itu, surat penerimaan yang sepatutnya dihantar kepada pelajar yang telah terpilih, juga telah dihantar kepada sejumlah 1,600 pelajar yang tidak terpilih oleh jawatankuasa Google Summer of Code.
Senarai akhir projek telah diterbitkan dalam
laman web
rasmi Google Summer of Code
[13]
. Menerusi senarai tersebut, ianya juga memaparkan maklumat mengenai cadangan projek yang tidak sepatutnya dipaparkan kepada umum dan telah ditarik balik beberapa jam kemudian akibat respon yang diterima daripada peserta berkaitan dengan maklumat yang "sensitif dan sulit" terkandung bersama permohonan tersebut. Isu ini telah diselesaikan oleh Google dengan membenarkan peserta membekalkan maklumat abstrak ringkas yang boleh dipaparkan kepada umum dan berasingan daripada maklumat cadangan yang telah dihantar kepada Google sebelum ini.
Program Summer of Code 2006 ini berakhir pada
8 September
2006
. Menurut Google, 82 peratus peserta daripada jumlah peserta yang dipilih menerima penilaian yang positif selepas berakhirnya program ini.
|
---|
Sekilas
| |
---|
Pengiklanan
| |
---|
Komunikasi
| |
---|
Perisian
| |
---|
Sistem pengendalian
| |
---|
Bahasa pengaturcaraan
| |
---|
Platform
| |
---|
Perkakas
| |
---|
Alat pembangunan
| |
---|
Penerbitan
| |
---|
Garis masa carian
| Algoritma
| |
---|
Ciri-ciri
| |
---|
Analisis
| |
---|
|
---|
Ditamatkan
| |
---|
Lain-lain
|
|
---|
Orang
|
|
---|
Berkaitan
| |
---|
|