한국   대만   중국   일본 
DVI - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

DVI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

DVI , kependekan untuk istilah Inggerisnya iaitu digital visual interface (bermaksud antara muka video digital ) ialah antara muka paparan video yang dibangunkan oleh Digital Display Working Group . Antara muka digitalnya digunakan untuk sambungan ke peranti paparan , contohnya monitor komputer .

DVI boleh menghantar isyarat digital mahupun analog dan terdiri daripada perbagai mod termasuklah DVI-D (hanya digital), DVI-A (hanya analog), atau DVI-I (digital dan analog).

Ringkasan la kari [ sunting | sunting sumber ]

Format penghantaran video digital DVI adalah berasaskan PanelLink , sebuah format sesiri yang direka oleh Silicon Image Inc. PanelLink menggunakan isyarat kebezaan terminimum peralihan (TMDS) , sebuah rangkaian sesiri yang dibangunkan oleh Silicon Image. Macam penyambung VGA analog moden, penyambung DVI disertakan pin untuk saluran paparan data (DDC) . Versi yang lebih baru bagi DDC dipanggil DDC2 membolehkan penyuai grafic membaca data pengenalan paparan terlanjut (EDID) . Sekiranya paparan menyokong isyarat analog dan digital dalam satu input DVI-I, setiap kaedah input boleh mengehos satu EDID berlainan. Oleh kerana DDC hanya boleh menyokong satu EDID, masalah mungkin akan terjadi jika kedua-dua input digital dan analog pada port DVI-I mengesan aktiviti. Paparan boleh memilih EDID mana yang ingin ia hantar.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{ tunas }} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.