Penyiaran Video Digital
(
Digital Video Broadcasting
, disingkatkan kepada
DVB
), ialah satu set piawaian terbuka yang diterima di peringkat antarabangsa untuk
Lesen digital
. Piawaian DVB dikendalikan oleh
DVB Project
, sebuah konsortium industri yang dianggotai 270 ahli, dan diterbitkan oleh
Jawatankuasa Teknikal Bersama
(
Joint Technical Committee
, JTC) yang dibentuk oleh
Institut Piawaian Telekomnikasi Eropah
,
Jawatankuasa Eropah untuk Pemiawaian Elektroteknik
dan
Kesatuan Penyiaran Eropah
.
Interaksi antara substandard-substandard DVB ini dihuraikan dalam
DVB Cookbook
(
DVB-Cook
).
Sistem-sistem DVB megagihkan data melalui pelbagai pendekatan, iaitu:
Piawaian-piawaian ini menghuraikan
lapisan fizikal
dan
lapisan pautan data
sistem pengagihan. Peranti-peranti berinteraksi dengan lapisan fizikal melalui satu antaramuka selari segerak (
synchronous parallel interface
, SPI), antaramuka bersiri segerak (
synchronous serial interface
, SSI), atau antaramuka bersiri tidak segerak (
asynchronous serial interface
, ASI). Semua data dipancarkan dalam strim penangkutan
MPEG-2
bersama beberapa hambatan tambahan (
DVB-MPEG
). Satu piawaian untuk pengagihan yang dimampatkan mengikut masa ke peranti mudah alih (
DVB-H
) diterbitkan pada bulan November 2004.
Sistem-sistem pengagihan ini berbeza terutamanya dalam skim-skim modulasi yang digunakan, disebabkan kekangan teknikal yang berbeza-beza. DVB-S (SHF) menggunakan QPSK, 8PSK atau 16-QAM. DVB-S2 pula menggunakan QPSK, 8PSK, 16APSK atau 32APSK, mengikut keputusan penyiar. Cuma QPSK dan 8PSK-lah versi-versi yang kerap digunakan. DVB-C (
VHF
/
UHF
) menggunakan
QAM
: 16-QAM, 32-QAM, 64-QAM, 128-QAM atau 256-QAM. Akhir sekali, DVB-T (VHF/UHF) menggunakan 16-QAM atau 64-QAM (atau
QPSK
) dan menggabungkannya dengan
COFDM
dan
modulasi berhierarki
.
Selain pemancaran audio dan video, DVB juga mentakrifkan sambungan data (
DVB-DATA
-
EN
301 192) dengan
saluran kembali
(
DVB-RC
) untuk sesetengah media (
DECT
,
GSM
,
PSTN
/
ISDN
,
satelit
dsb.) dan protokol-protokol (
DVB-IPTV
:
Protokol Internet
;
DVB-NPI
: bebas protokol rangkaian).
Teknologi lama seperti
teleteks
(
DVB-TXT
) dan data
jeda padaman menegak
(
DVB-VBI
) juga disokong oleh piawaian-piawaian ini untuk memudahkan penukaran. Namun untuk kebanyakan aplikasi, terdapat juga alternatif yang lebih canggih seperti
DVB-SUB
untuk
sarikata
.
Sistem
capaian bersyarat
(
DVB-CA
) mentakrifkan satu
Algoritma Campur Aduk Sepunya
(
DVB-CSA
) dan satu
Antara Muka Sepunya
fizikal (
DVB-CI
) untuk mencapai kandungan yang dicampur aduk (
scrambled
). Penyedia DVB-CA membangunkan sistem capaian bersyarat milik penuh mereka dengan rujukan kepada spesifikasi ini. Sistem CA berentak berbilang boleh ditugaskan ke strim program DVB yang dicampur aduk dengan menyediakan fleksibiliti operasi dan komersial untuk penyedia perkhidmatan.
DVB juga membangunkan satu sistem Pengurusan Perlindungan dan Salinan Kandungan (
Content Protection and Copy Management
) untuk melindungi kandungan setelah diterima (
DVB-CPCM
), yang bermaksud untuk membolehkan penggunaan fleksibel bagi kandungan dirakam di dalam atau luar rangkaian rumah, sambil menghindari perkongsian yang tidak terkawal di Internet. DVB-CPCM banyak menimbulkan pertikaian dalam media yang mana adalah dikatakan bahawa CPCM ialah penyelesaian kepada
American Broadcast Flag
yang gagal.
[1]
Pengangkut DVB termasuk
metadata
yang dipanggil Maklumat Perkhidmatan (
DVB-SI
, ETSI EN 300 468, ETSI TR 101 211) yang menghubungkan pelbagai strim-strim asas kepada program-program yang koheren serta menyediakan huraian yang boleh dibaca manusia untuk
panduan program elektronik
dan juga untuk gelintaran dan penapisan automatik.
Baru-baru ini, DVB telah menerima satu profil metadata yang ditakrifkan oleh Forum
TV-Anytime
(
DVB-TVA
, ETSI TS 102323). Ini merupakan satu teknologi berasaskan XML Schema dan profil DVBnya dibina khusus untuk
Perakam Digital Peribadi
yang ditingkatkan. DVB juga memulakan satu kegiatan membangunkan satu penyelesaian untuk
IPTV
(
DVB-IPI
, ETSI TR 102033, ETSI TS 102034, ETSI TS 102814) yang turut merangkumi takrif metadata untuk panduan kandungan jalur lebar (
DVB-BCG
).
Platform Rumah Multimedia DVB (
DVB-MHP
) mentakrifkan platform berteraskan
Java
untuk pembangunan aplikasi sistem video pengguna. Selain menyediakan peniskalaan untuk kebanyakan konsep DVB dan MPEG-2, platform ini menyediakan antara muka untuk ciri-ciri lain seperti kawalan kad rangkaian, muat turun aplikasi, dan grafik berlapis.
DVB telah menyelaraskan sebilangan saluran kembali yang berfungsi bersama DVB(-S/T/C) untuk menghasilkan komunikasi
dwiarah
. RCS ialah singkatan bagi
Return Channel Satellite
(Satelit Saluran Kembali), dan menentukan saluran kembali dalam jalur-jalur frekuensi
C
,
K
u
dan
K
a
dengan lewbar jalur kembali sehingga 2 Mb/s. DVB-RCT ialah singkatan untuk
Return Channel Terrestrial
(Terestrial Saluran Kembali) yang ditentukan ETSI EN 301958.
DVB-S dan DVB-C diratifikasi pada tahun 1994. DVB-T diratifikasi pada awal tahun 1997. Penyiaran DVB-T komersial pertama dilakukan oleh
Kumpulan TV Digital (
Digital TV Group
, DTG)
United Kingdom
pada akhir tahun 1998. Pada tahun 2003
Berlin
,
Jerman
menjadi kawasan pertama yang menghentikan penyiaran isyarat TV analog sepenuhnya. Kebanyakan negara Eropah menetapkan sasaran diliputi televisyen digital sepenuhnya menjelang tahun
2010
, sekaligus menutup segala perkhidmatan
PAL
/
SECAM
pada masa itu.
Do
Eropah
,
Australia
,
Afrika Selatan
dan
India
, DVB digunakan di seluruh kawasan yang diliputi atau sekurang-kurangnya diputuskan sedemikian; begitu juga untuk TV kabel dan satelit di kebanyakan negara
Asia
,
Afrika
dan
Amerika Selatan
. Kebanyakan negara ini belum memilih format untuk penyiaran televisyen digital (DTTV) dan sebilangan kecilnya (Kanada, Mexico dan
Korea Selatan
) memilih
ATSC
daripada DVB-T.
Di
Malaysia
, penyedia program satelit
ASTRO
memancar dalam format DVB-S sejak dibuka pada tahun 1996. Siaran percubaan siaran DVB-T percuma bermula pada akhir tahun 2006 dengan siaran serentak
RTM1
dan
RTM2
serta saluran baru
RTMi
. Pada April 2007, RTM mengumumkan bahawa hasil ujian ini memberangsangkan dan menjangka DVB-T diperkenalkan ke orang awam pada tahun 2008 selepas menetapkan harga
set-top box
penerima DVB-T . Syarikat telekomunikasi baru
U Mobile
dijangka melancarkan perkhidmatan
DVB-Hnya
pada awal tahun 2008 selepas menjalani percubaan. Tarikh penutupan analog diumumkan jatuh pada hujung bulan September 2019.