Zon Bebas Tentera Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zon Bebas Tentera Korea
??? ???? ????? ?????
Semenanjung Korea

Jenis DMZ
Dibina oleh   Korea Utara
  Korea Selatan
  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Digunakan  Selepas 27 Julai 1953
Keadaan
sekarang
Beroperasi penuh.
Dibuka kepada
 awam
Dilarang. Akses dengan kebenaran sahaja.
Dikawal oleh   Korea Utara
  Korea Selatan
  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Peristiwa Pembahagian Korea

Zon Bebas Tentera Korea ditunjukan dalam warna merah dengan Garis Sempadan Ketenteraan ditandakan dengan garisan hitam.

Zon Bebas Tentera Korea ( Hangul : 韓半島 非武裝地帶, Hanja : 韓半島非武裝地帶) atau kependekannya DMZ adalah satu sejalur tanah yang merentasi Semenanjung Korea di mana ia berfungsi sebagai zon penampan di antara Korea Utara dan Korea Selatan . Secara kasarnya Zon Bebas Tentera membahagikan Semenanjung Korea kepada separuh dan ia melintasi kawasan sekitar garis lintang 38 . Zon ini dibentuk sebagai sebahagian daripada Perjanjian Gencatan Senjata Korea di antara Republik Rakyat Demokratik Korea, Republik Rakyat China dan angkatan Perintah Bangsa-bangsa Bersatu.

Kepanjangan zon ini adalah 250 kilometer (160 batu) [1] manakala lebarnya kira-kira 4 km (2.5 bt) dan ia merupakan sempadan dengan kehadiran tentera paling ramai di dunia. [2] [3] Garisan Had Utara atau NLL merupakan sempadan laut de facto di antara Korea Utara dan Selatan di Laut Kuning (Laut Barat). Kawasan pesisir pantai dan pulau di kedua-dua bahagian NLL juga terdapat kehadiran tentera yang sangat ramai.

Nota [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "Korean Demilitarized Zone: Image of the Day" . Balai Cerap Bumi NASA . Dicapai pada 26 Mac 2010 .
  2. ^ Bermudez (2001), pg 1.
  3. ^ " Background Note: North Korea" , Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Oktober 2006.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  • Bermudez, Joseph S. (2001). Shield of the Great Leader. The Armed Forces of North Korea . The Armed Forces of Asia. Sydney: Allen & Unwin. ISBN   1864485825 . Cite has empty unknown parameter: |coauthors= ( bantuan )

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]