한국   대만   중국   일본 
Zombie Land Saga - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Zombie Land Saga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zombie Land Saga
ゾンビランドサガ
( Zonbi Rando Saga )
Genre Seram komedi [1]
Diciptakan oleh MAPPA , avex pictures, Cygames
Siri televisyen anime
Pengarah Munehisa Sakai
Skrip/Penulis Shigeru Murakoshi
Lagu/Muzik Yasuharu Takanashi
Funta7
Studio MAPPA
Dilesenkan oleh
Penyiaran Asal AT-X , Tokyo MX , SUN , BS11 , Saga TV , TVQ
Penyiaran bahasa Inggeris
Tarikh tayangan 4 Oktober 2018 ? 20 Disember 2018
Episod 12 ( Senarai episod )
Manga
Pengarang Megumu Soramichi
Penerbit Cygames
Majalah Asal Cycomi
Tarikh Pengeluaran 8 Oktober 2018 ? 1 Jun 2021
Jilid 4
Siri televisyen anime
Zombie Land Saga Revenge
Pengarah Munehisa Sakai
Skrip/Penulis Shigeru Murakoshi
Lagu/Muzik Yasuharu Takanashi
Funta7
Studio MAPPA
Dilesenkan oleh
  • Crunchyroll
  • Funimation
Penyiaran Asal AT-X, Tokyo MX, SUN, TVQ, Saga TV, BS11
Tarikh tayangan 8 April 2021 ? 24 Jun 2021
Episod 12 ( Senarai episod )
Manga
Zombie Land Saga Gaiden: The First Zombie
Ilustrasi Kasumi Fukagawa
Penerbit Shueisha
Demografik Seinen
Majalah Asal Ultra Jump
Tarikh Pengeluaran 19 Mei 2021 ? kini
Portal Anime dan Manga

Zombie Land Saga ( Jepun : ゾンビランドサガ , Hepburn : Zonbi Rando Saga ) merupakan sebuah siri televisyen anime yang diterbitkan oleh MAPPA , Avex Pictures dan Cygames . Siri anime tersebut diudarakan di Jepun antara bulan Oktober dan Disember 2018. Musim kedua yang bertajuk Zombie Land Saga Revenge diudarakan antara April dan Jun 2021. Sebuah adaptasi manga yang mengikuti kejadian anime secara longgar, mula disirikan di laman sesawang Cygames ? Cycomi pada bulan Oktober 2018, manakala sebuah siri ranting yang bertajuk Zombie Land Saga Sidestory: The First Zombie (Cerita sampingan Zombie Land Saga: Zombi Pertama), mula diterbitkan dalam majalah Ultra Jump pada bulan Mei 2021.

Ringkasan [ sunting | sunting sumber ]

Pada tahun 2008, pelajar sekolah tinggi bernama Sakura Minamoto mati secara mengejut akibat dilanggar sebuah trak pada suatu pagi ketika dia merancang untuk menghantar borang permohonan untuk menjadi Idola . Sepuluh tahun kemudian, Sakura, bersama dengan enam gadis "legenda" dari pelbagai era sejarah Jepun, dihidupkan semula sebagai zombi oleh seorang lelaki bernama Kotaro Tatsumi, yang berusaha untuk menghidupkan semula Wilayah Saga dengan membentuk sebuah kumpulan idola zombi yang dikenali sebagai Franchouchou.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "Crunchyroll - ZOMBIE LAND SAGA - Watch on Crunchyroll" . Crunchyroll . Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-11 . Dicapai pada October 11, 2018 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]