Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zigot
(dari
bahasa Yunani
ζυγωτ??
zyg?tos
"tercantum" atau "terikat", daripada ζυγο?ν
zygoun
"mencantum" atau "mengikat"
[1]
) atau
senyawa
[2]
merupakan
sel
yang mula-mula terbentuk apabila dua sel
gamet
dicantumkan secara
pembiakan seks
. Dalam organisma multisel, zigot merupakan tahap perkembangan terawal
embrio
. Bagi organisma bersel tunggal (unisel), zigotnya berpecah untuk melahirkan zuriat, lazimnya secara
meiosis
.
Zigot sentiasa dizahirkan daripada percantuman dua gamet, dan menjadi peringkat pertama dalam
perkembangan
sesebuah organisma individu. Zigot lazimnya dihasilkan dalam peristiea
pensenyawaan
antara dua sel
haploid
, iaitu sebiji
ovum
(gamet
betina
) dan seekor
sel sperma
(gamet
jantan
), yang bergabung untuk membentuk sebutir sel
diploid
. Zigot ini mengandungi
DNA
yang diwarisi daripada kedua-dua induk, dan inilah yang menyediakan segala maklumat genetik yang diperlukan untuk membentuk individu baru.
Bagi
tumbuhan daratan
, zigot terbentuk di dalam satu kebuk yang dipanggil
arkegonium
. Bagi tumbuhan tanpa benih, arkegoniumnya lazimnya berbentuk kelalang dengan leher yang panjang dan cembung yang dilalui oleh sel sperma. Di dalam arkegonium itulah zigot itu berpecah dan bertumbuh.
Dalam perkembangan haiwan, istilah
zigot
juga digunakan secara am untuk memaksudkan kelompok sel yang terbentuk oleh beberapa proses pembahagian sel yang terawal, namun ini sebenarnya dikenali sebagai
morula
.
[3]
Dalam pembiakan
mamalia
, selepas pensenyawaan, zigot berjalan melalui
tiub Fallopio
sambil
berpecah kepada berbilang sel
[4]
tanpa zigot itu sendiri berkembang besar. Perpecahan sel ini merupakan
mitosis
, dan dipanggil
sigaran
.
[5]
Semua mamalia pernah melalui peringkat zigot dalam hidup. Zigot mamalia akhirnya berkembang menjadi
blastosista
, selepas itu dikenali sebagai embrio, dan kemudiannya
janin
.
Zigot manusia wujud selama empat hari, kemudian menjadi blastosista pada hari kelima.
[6]
- ^
"English etymology of zygote"
.
myetymology.com
.
- ^
Anisah Barakbah (2017).
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
. Universiti Islam Malaysia Press. m/s. 36.
ISBN
9789671330593
.
- ^
Neas, John F.
"Human Development"
Diarkibkan
2013-07-06 di
Wayback Machine
.
Embryology Atlas
- ^
O’Reilly, Deirdre. "
Fetal development
".
MedlinePlus Medical Encyclopedia
(2007-10-19). Retrieved 2009-02-15.
- ^
Klossner, N. Jayne and Hatfield, Nancy.
Introductory Maternity & Pediatric Nursing,
p. 107 (
Lippincott Williams & Wilkins
, 2006).
- ^
Blackburn, Susan.
Maternal, Fetal, & Neonatal Physiology,
p. 80 (Elsevier Health Sciences 2007).