Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yazid bin Muawiyah
atau
Yazid I
(645-683) ialah
khalifah
kedua
Kerajaan Bani Umaiyah
menggantikan ayahandanya
Muawiyah I
. Yazid meninggal dunia secara mengejut pada tahun 683 selepas hanya tiga tahun memerintah.
Yazid telah dilahirkan di
Syria
kemungkinan dalam tahun 642 M hingga 649 M. Ketika itu ayahnya, Muawiyah merupakan gabenor Syria di bawah khalifah Uthman. Semasa pemerintahan ayahnya pula, Yazid telah mengetuai beberapa serangan ke atas Empayar Byzantium, termasuk serangan ke atas Konstantinople.
Muawiyah telah memutuskan penggantinya ialah anaknya sendiri iaitu Yazid selepas mendapat persetujuan dari seluruh bandar taklukan kerajaan Islam dan berbincang dengan para sahabat Rasulullah seperti
Abdullah ibn Abbas
,
Abdullah ibn Umar
dan isteri Rasulullah,
Aisyah
serta disokong oleh
Muhammad bin Ali
.
[1]
Pemilihan ini dilakukan bagi mengelakkan masalah perlantikan khalifah yang mungkin timbul selepas kematian Muawiyah. Keputusan ini mendatangkan bantahan daripada
Abdullah ibn Zubair
dan
Husain bin Ali
serta segelintir penduduk Madinah.
[2]
Namun penentangan ini hanya berlaku selepas Muawiyah meninggal dunia.
Muawiyah meninggal dunia pada tahun 680 dan digantikan anaknya, Yazid yang berusia 34 tahun. Pada awal pemerintahannya, berlaku pelbagai kekecohan termasuklah peristiwa pembunuhan Husain oleh Ubaidillah bin Ziyad. Husain telah dikepung dan diserang oleh penduduk Kufah dan tentera yang dipimpin Ubaidillah di Karbala. Selepas mendapat berita tentang pembunuhan itu, Yazid berasa sedih kerana tentera itu telah melanggar arahannya iaitu melarang mereka daripada menyerang sesiapa tanpa sebab.
Selepas kematian Husain, pemberontakan telah tercetus di Mekah dan Madinah. Sepasukan tentera telah dihantar bagi menyerang Madinah. Setelah pemberontakan di Madinah dihentikan, tentera itu bergerak pula ke Mekah lalu mengepungnya. Yazid telah meninggal dunia ketika peristiwa pengepungan itu dan digantikan oleh anaknya,
Muawiyah
.
[3]
Pada tahun 683, Yazid telah menghantar pasukan tentera yang diketuai
Uqbah bin Nafi'
ke Afrika Utara. Terdapat juga pasukan lain dihantar ke Transoxiana dan diketuai
Salm bin Ziyad
.
[4]
Yazid walaupun mencetuskan banyak kontroversi dan penentangan, Yazid semasa pemerintahannya banyak memperbaharui sistem pemerintahan
Kerajaan Bani Umaiyyah
. Beliau juga meneruskan kebanyakan polisi ayahnya. Beliau juga meningkatkan sistem pengairan pertanian di gurun sekitar
Damsyik
.
- ^
Afifi Al-Bajuri, Muhammad (2012).
The History of the Four Caliphs (Itmam al-Wafa fi Sirat al-Khulafa)
. Turath Publishing.
ISBN
9781906949181
.
- ^
Ibnu Khaldun, Abdul Rahman (1377).
Al-Muqaddimah
.
- ^
At-Tabari, Muhammad ibn Jarir.
Tarikh ar-Rusul wa al-Muluk
.
- ^
Al-Baladhuri, Ahmad Ibn Yahya (900).
Futuh al-Buldan
.