Yannick Ferreira Carrasco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Yannick Carrasco )
Yannick Carrasco
Maklumat peribadi
Nama penuh Yannick Ferreira Carrasco
Tarikh lahir ( 1993-09-04 ) 4 September 1993 (umur  30)
Tempat lahir Ixelles , Belgium
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​ 10   7 8  in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Shabab
Nombor 23
Kerjaya remaja
Stade Everois
Diegem Sport
Germinal Beerschot
2005?2010 Genk
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln ( Gol )
2010?2012 Monaco B 30 (8)
2012?2015 Monaco 82 (15)
2015?2018 Atletico Madrid 81 (17)
2018?2020 Dalian Professional 50 (24)
2020 Atletico Madrid (pinjam) 15 (1)
2020?2023 Atletico Madrid 102 (19)
2023? Al-Shabab 3 (1)
Pasukan kebangsaan
2008 Belgium B15 1 (0)
2010 Belgium B17 2 (0)
2010?2011 Belgium B18 9 (1)
2011?2012 Belgium B19 12 (3)
2013?2014 Belgium B21 11 (1)
2015? Belgium 68 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023

Yannick Ferreira Carrasco , atau dikenali sebagai Yannick Carrasco (lahir 4 September 1993) merupakan pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi sayap untuk kelab Al Shabab dan pasukan kebangsaan Belgium .

Kerjaya kelab [ sunting | sunting sumber ]

Monaco [ sunting | sunting sumber ]

Carrasco dilahirkan di Ixelles , Belgium . Beliau merupakan campuran Portugis dan Sepanyol. Carrasco sertai kelab Perancis, Monaco dari kelab Belgium, Genk pada 2010. Beliau melakukan debut untuk Monaco pada 30 Julai 2012 dalam perlawanan Ligue 2 menentang Tours . Dalam perlawanan itu, beliau menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan percuma dan Monaco menang 4-0. [1] Pada 13 April 2013, beliau menjaringkan dua gol untuk Monaco pada perlawanan liga menentang Auxerre . Dalam musim pertamanya untuk Monaco, Carrasco menjaringkan enam gol dalam 27 perlawanan dan membantu Monaco layak ke Ligue 1 . [2]

Beliau menjaringkan gol pertamanya di Ligue 1 pada 5 Oktober 2013 pada perlawanan menentang Saint-Etienne . Beliau menyudahkan hantaran oleh James Rodriguez dan membantu Monaco untuk menang 2-1. Beliau menjaringkan dua gol dalam masa 10 minit pada 20 Oktober ketika seri 2-2 bertemu Sochaux .

Pada 25 Februari 2015, beliau menjaringkan gol terakhirnya di Monaco ketika menang menentang Arsenal di tempat lawan pada perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah selepas menggantikan Dimitar Berbatov pada minit ke-75. [3]

Atletico Madrid [ sunting | sunting sumber ]

Pada 10 Julai 2015, Atletico Madrid mengumumkan pihak mereka telah mengikat Carrasco dengan kontrak lima tahun dan bayaran perpindahan dilaporkan sebanyak €20 juta. [4] [5] Pada 18 Oktober 2015, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Atletico ketika menang 2-0 ke atas Real Sociedad . [6]

Pada 28 Mei 2016, beliau menjadi pemain Belgium pertama yang menjaringkan gol pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara . Beliau berbuat demikian untuk mengikat kedudukan 1-1 ketika perlawanan akhir menentang jiran setempat, Real Madrid di San Siro , Milan. Namun, Atletico tewas pada penentuan penalti 5-3.

Penghargaan [ sunting | sunting sumber ]

Kelab [ sunting | sunting sumber ]

Monaco

Catatan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "Yannick Ferreira Carrasco" . AS Monaco. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-26 . Dicapai pada 20 October 2013 .
  2. ^ "Ligue 1 ? Monaco promoted to top flight after late winner" . Yahoo Sport. 11 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-24 . Dicapai pada 20 October 2013 .
  3. ^ McNulty, Phil (25 February 2015). "Arsenal 1?3 Monaco" . BBC Sport . Dicapai pada 26 February 2015 .
  4. ^ "Atletico Madrid sign Belgium international Yannick Carrasco from Monaco" . FOX Sports . 10 July 2015 . Dicapai pada 12 July 2015 .
  5. ^ "Atletico Madrid sign Yannick Ferreira-Carrasco from Monaco" . ESPNFC.com . Dicapai pada 2016-03-17 .
  6. ^ "Real Sociedad 0-2 Atletico Madrid" . BBC Sport . Dicapai pada 2016-03-17 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]