Yangon
(
???????????????
, populasi hampir 5,000,000 menurut banci
2007
),
dahulunya
Rangoon
, ialah bandaraya terbesar dan bekas
ibu negara
Myanmar
. Bandaraya ini terletak di pertemuan Sungai-sungai Yangon dan Bago kira 19 batu (30 km) jauhnya dari
Teluk Martaban
. Di kedudukan 16°48' Utara, 96°09' Timur (16.8, 96.15), zon waktu piawainya ialah UTC/GMT +6:30 jam. Pada bulan November 2005, kerajaan tentera mula memindahkan pentadbiran pusat ke
Naypyidaw
,
Bahagian Mandalay
yang dirasmikan sebagai ibu negara baru pada
26 Mac
2006.
[1]
Nama Yangon ialah gabungan dua perkataan,
yan
(
???
) dan
koun
(
????
), masing-masing bermaksud "musuh" dan "berundur". Nama Yangon juga diterjemah sebagai "tamatnya persengketaan". "Rangoon" pula kebarangkaliannya berasal daripada
kepelatan
pendatang British menyebut nama "Yangon" dalam dialek Arakan
bahasa Burma
.
Setelah pemimpin tentera Jeneral
Ne Win
mengambil alih pemerintahan negara pada tahun 1962, Yangon masih mundur berbanding bandaraya-bandaraya lain di
Asia Tenggara
sehingga hari ini. Sektor pembinaan amat pesat, kebanyakannya hasil kemasukan pelaburan asing (dari
Singapura
dan
China
). Kebanyakan banguan perumahan dan komersil bertingkat-tingkat (
taik
) telah dibina atau dimodelkan semula di seluruh Pusat Bandaraya Yangon dan kawasan sekelilingya. Yangon mempunyai bangunan kolonial terbanyak di Asia Tenggara hari ini.
[2]
Pejabat kerajaan di dalam bangunan kolonial (cth.
Mahkamah Tinggi
, Dewan Bandaraya,
Pasar Bogyoke
dan Hospital Besar) telah disenaraikan untuk pengubahsuaian.
[3]
Bandar Baru (
?????????
) dan kawasan pinggir bandar yang lain, seperti Perbandaran Thaketa masih lagi dalam keadaan miskin.
Yangon ialah sebuah ahli
Asian Network of Major Cities 21
.
Yangon adalah hub domestik dan antarabangsa utama untuk pengangkutan udara, air dan darat.
Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon
, terletak 12 batu (19 km) daripada pusat bandar merupakan tempat masuk utama negara bagi pengangkut udara domestik dan antarabangsa. Lapangan ini mempunyai tiga buah terminal, yang dikenali sebagai T1, T2 dan T3. Terdapat penerbangan terus ke bandar-bandar penting di Asia seperti ?
Doha
,
Dubai
,
Dhaka
,
Kolkata
,
Hanoi
,
Ho Chi Minh City
,
Hong Kong
,
Tokyo
,
Beijing
,
Seoul
,
Guangzhou
,
Taipei
,
Bangkok
,
Kuala Lumpur
,
Kunming
dan
Singapura
. Meskipun syarikat penerbangan tempatan menawarkan perkhidmatan ke sekitar 20 lokasi dalam negara, kebanyakan penerbangan adalah ke destinasi-destinasi pelancongan seperti
Bagan
,
Mandalay
,
Heho
and
Ngapali
, dan ibu negara
Naypyidaw
.
Stesen Keretapi Yangon Tengah
merupakan terminal utama bagi
Myanmar Railways
'; sebuah jaringan keretapi sepanjang 5,403-kilometer (3,357 bt)
[4]
yang merangkumi Myanmar Hulu (
Naypyidaw
,
Mandalay
,
Shwebo
), bahagian utara (
Myitkyina
), pergunungan Shan (
Taunggyi
,
Lashio
) dan pantai Taninthayi (
Mawlamyaing
,
Dawei
).
Yangon Circular Railway
mengoperasikan sebuah jaringan keretapi komuter sebanyak 39 buah stesen sepanjang 45.9-kilometer (28.5 bt) yang menghubungkan bandar-bandar satelit Yangon. Sistem ini banyak digunakan oleh penduduk tempatan, dengan menjual sekitar 150,000 tiket setiap hari.
[5]
Perkhidmatan komuter bertambah popular sejak pihak kerajaan menurunkan kadar subsidi petrol pada bulan Ogos 2007.
[5]
Yangon mempunyai jaringan jalan raya sepanjang 4,456-kilometer (2,769 bt) yang terdiri dari semua jenis (seperti tar, konkrit dan tanah merah) setakat bulan Mac 2011. Kenbanyakan jalanraya berada dalam keadaan yang teruk dan tidak cukup meluas untuk menampung pertambahan jumlah kenderaan.
[6]
Majoriti penduduk Yangon tidak mampu untuk membeli kereta dan bergantung pada jaringan ekstensif bas untuk bergerak. Lebih daripada 300 syraikat bas awam dan persendirian mengoperasikan sekitar 6,300 buah bas di seluruh bandar, membawa lebih 4.4 juta penumpang sehari.
[7]
[8]
Kesemua bas dan 80% teksi di Yangon menggunakan
gas asli cecair
(CNG), berikutan sebuah dekri kerajaan pada tahun 2005 untuk menjimatkan wang bagi mengimport petroleum.
[9]
Bas-bas lebuh raya ke bandar-bandar lain berlepas daripada Terminal Bas Lebuhraya Dagon Ayeyar ke bahagian delta Irrawaddy manakala Terminal Bas Lebuhraya Aung Mingala untuk ke bahagian-bahagian lain di seluruh negara.
[10]
Pengangkutan bermotor di Yangon adalah sangat mahal bagi kebanyakan penduduknya. Pihak kerajaan hanya membenarkan hanya beberapa ribu buah kereta sahaja diimport masuk pada setiap tahun ke dalam negara dengan jumlah penduduk melebihi 50 juta ini,
[11]
harga-harga kereta di Yangon (dan di Burma) adalah antara yang tertinggi di dunia. Pada bulan Julai 2008, dua buah model kereta terkenal di Yangon, Nissan Sunny Super Saloon model tahun 1986/87 dan Toyota Corolla SE Limited tahun 1988, berharga sekitar AS$20,000 dan AS$29,000.
[12]
Sebuah kenderaan utiliti sport yang diimport yang berharga sekitar AS$50,000, boleh melonjak naik sehingga AS$250,000.
[11]
Kereta import tak berdaftar yang dibawa masuk secara haram lebih murah ? tipikalnya sekitar separuh harga dari kereta yang berdaftar. Apa-apapun, penggunaan kereta di Yangon yang semakin meningkat, sebuah tanda akan peningkatan jumlah pendapatan bagi sesetengah orang, menyebabkan kesesakan trafik di jalan-jalan Yangon. Pada tahun 2011, Yangon mempunyai kira-kira 300,000 buah kenderaan berdaftar selain jumlah kenderaan tidak berdaftar yang tidak diketahui.
[6]
Sejak tahun 970, kenderaan mesti dipandu di bahagian kanan jalanraya di Burma, sebahagian daripada dekri kerajaan tentera.
[13]
Walau bagaimanapun, kerajaan tidak mewajibkan kereta-kereta
stereng sebelah kananl
untuk mematuhi peraturan pemanduan di sebelah kanan jalanraya, kebanyakan kereta di atas jalan-jalan raya masih menggunakan kereta yang dipadankan dengan stereng sebelah kanan. Kereta terpakai Jepun, yang banyak dibawa masuk masih menggunakan stereng sebelah kanan dan tidak pernah diubahsuai ke sebelah kiri. Akibatnya, para pemandu di Burma terpaksa bergantung pada para penumpang mereka apabila ingin memotong kenderaan lain.
Dalam kawasan bandar Yangon, menjadi satu kesalahan untuk membawa beca, basikal dan motosikal. Sejak bulan Februari 2010, perkhidmatan bas
trak pikap
dilarang untuk beroperasi di enam buah perbandaran di tengah Yangon, iaitu
Latha
,
Lanmadaw
,
Pabedan
,
Kyauktada
,
Botahtaung
dan
Pazundaungs
.
[14]
Pada Mei 2003, satu larangan menggunakan hon kereta telah dikuatkuasakan di enam buah perbandaran di Yangon bagi mengurangkan
percemaran bunyi
.
[15]
Pada April 2004, hon kereta telah diperluaskan ke seluruh kawasan bandar.
[15]
Empat buah jeti utama di Yangon kesemuanya terletak berdekatan dengan pinggir bandar. Ia digunakan untuk mengangkut penduduk tempatan menyeberangi sungai ke
Dala
dan
Thanlyin
, serta ke
Delta Irrawaddy
.
[16]
Terusan Twante
sepanjang 22-batu (35 km) merupakan laluan terpantas daripada Yangon ke delta Irrawaddy sehingga tahun 1990-an apabila jalan-jalan yang menghubungkan Yangon dan Divisyen Irrawaddy boleh digunakan sepanjang tahun. Meskipun feri penumpang ke delta masih digunakan, perjalanan ke Burma Hulu melalui sungai Irrawaddy kini terhad untuk tujuan mudik bagi membawa pelancong.
Agama-agama utama yang dianuti di Yangon adalah
Buddhisme
,
Kristian
,
Hinduisme
, dan
Islam
. Pagoda Shwedagon merupakan sebuah mercu tanda keagamaan terkenal di bandar ini.
Yangon adalah anggota bagi
Jaringan Bandar Utama Asia 21
.
Yangon berkembar dengan:
- Yangzhou
, Jiangsu, China (1997)
[17]
- Kunming
, Yunnan, China (2008)
- Nanning
, Guangxi, China (2009)
[18]
- Ho Chi Minh City
, Vietnam (2012)
[19]
- Busan
, Korea Selatan (2013)
[20]
- Turin
, Itali (2013)
[21]
- San Francisco
, Amerika Syarikat (2014)
[22]
Koordinat
:
16.7982° U 96.1647° T