Windows 7
(asalnya
dikenali dengan nama kod
Blackcomb
, dan kemudian
Vienna
) ialah versi terkini
sistem pengendalian
Microsoft Windows
untuk kegunaan
komputer peribadi
, tak kira di rumah mahupun di pejabat, sama ada komputer
meja
,
riba
,
netbook
,
tablet
ataupun
pusat media
.
[3]
[4]
Windows 7 mula dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009,
[5]
dan mula dijual kepada awam pada 22 Oktober 2009,
[6]
tidak sampai tiga tahun selepas keluaran versi terdahulunya
Windows Vista
. Versi sistem pengendalian untuk pelayan,
Windows Server 2008 R2
dikeluarkan pada masa yang sama.
Berbeza dengan Vista yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 dirancang supaya menjadi latar yang terfokus dan kecilan kepada barisan Windows, dengan matlamat keserasian penuh dengan perisian dan perkakasan yang sudah serasi dengan Windows Vista.
[7]
Pembentangan yang diberikan Microsoft pada 2008 memfokuskan pada sokongan
multi-sentuhan
, rekaan terkini
Windows Shell
dengan
palang tugas
baru, sistem perangkaian rumah dipanggil
HomeGroup
,
[8]
dan peningkatan prestasi. Beberapa aplikasi yang sudah diterapkan dalam versi lepas Microsoft Windows, termasuk
Windows Calendar
,
Windows Mail
,
Windows Movie Maker
dan
Windows Photo Gallery
, tidak akan dimasukkan dalam Windows 7;
[9]
[10]
sebaliknya sesetengahnya akan ditawarkan berasingan sebagai sebahagian daripada suit
percuma
Windows Live Essentials
.
[11]
Pada mulanya, satu versi Windows bernama kod
Blackcomb
dirancangkan untuk menggantikan
Windows XP
(nama kod
Whistler
) dan
Windows Server 2003
. Antara ciri-ciri utama yang dirancangkan untuk Blackcomb, termasuklah penekanan pada kemudahan gelintaran dan pertanyaan data dan sistem storan canggih bernama
WinFS
untuk membolehkannya. Bagaimanapun, keluaran sementara bernama kod "
Longhorn
" diumumkan pada tahun 2003, justeru menangguhkan pembangunan Blackcomb.
[12]
Apapun, pada pertengahan tahun 2003, Longhorn telah memiliki beberapa ciri-ciri yang dimaksudkan untuk Blackcomb. Setelah tiga
virus
besar mengekspolit kepincangan dalam sistem pengendalian Windows dalam masa yang singkat pada tahun 2003, Microsoft mengubah keutamaan pembangunannya dengan menangguhkan sebahagian usaha pembangunan utama Longhorn sambil membangunkan
pek perkhidmatan
baru untuk Windows XP dan Windows Server 2003. Pembangunan Longhorn (Windows Vista) juga "diset semula" atau ditangguhkan pada Ogos 2004, dengan pengguguran beberapa ciri-cirinya.
[13]
Blackcomb dinamakan semula sebagai
Vienna
pada awal tahun 2006,
[14]
dan sekali lagi sebagai
Windows 7
pada tahun 2007.
[15]
Pada tahun 2008, diumumkan bahawa
Windows 7
bakal menjadi nama rasmi sistem pengendalian terkini ini.
[16]
[17]
Pada Janurai 2008, keluaran luaran pertama kepada rakan-rakan Microsoft terpilih berbentuk Milestone 1, build 6519.
[18]
Di
PDC
2008, Microsoft menunjuk cara Windows 7 dengan
palang tugas
yang diperbaharui. Salinan-salinan Windows 7 build 6801 diedarkan pada akhir persidangan itu, tetapi palang tugas yang baru ditunjukkan itu tidak boleh digunakan dalam build ini.
Pada 27 Disember 2008, Windows 7 Beta dibocorkan ke dalam Internet melalui
BitTorrent
.
[19]
Mengikut ujian prestasi yang dijalankan oleh
ZDNet
,
[20]
Windows 7 Beta mengatasi Windows XP dan Vista dalam beberapa aspek penting, termasuk masa yang diambil untuk dibut dan ditutup serta pengurusan fail seperti memuat dokumen. Namun begitu, masih ada kelemahannya berbanding XP, termasuk uji tanda aras PC Pro untuk kegiatan pejabat seharian dan penyuntingan video yang masih sama seperti Vista dan perlahan berbanding XP.
[21]
Pada 7 Januari 2009, versi
64-bit
Windows 7 Beta (build 7000) dibocorkan pula, kali ini ada sebilangan torrent yang dijangkiti
kuda trojan
.
[22]
[23]
Di
CES
2009, CEO Microsoft
Steve Ballmer
mengumumkan Windows 7 Beta build 7000, yang boleh dimuat turun oleh pelanggan MSDN dan TechNet dalam format imej ISO.
[24]
Beta ini pada mulanya hendak dikeluarkan kepada umum pada 9 Januari 2009, tamabahan pula Microsoft merancangan agar 2.5 juta orang dapat memuat turunnya pada tarikh tersebut. Bagaimanapun, pemuatturunan ditunda kerana kesesakan trafik.
[25]
Had muat turun juga dilanjutkan hingga 24 Januari, dan sekali lagi pada 10 Februari. Sesiapa yang tidak berjaya menyiapkan muat turun beta ini diberi dua hari tambahan untuk melengkapkannya. Selepas 12 Februai, muat turun yang belum selesai tidak boleh disiapkan lagi. Pengguna masih boleh mendapatkan kunci keluaran dari Microsoft untuk mengaktifkan salinan Windows 7 Beta mereka yang luput pada 1 Ogos 2009. Calon keluaran build 7100 boleh diperoleh oleh pelanggan MSDN dan TechNet dan peserta Connect Program sejak 30 April dan dikeluarkan pada umum pada 5 Mei 2009. Versi ini turut dibocorkan ke dalam Internet melalui
BitTorrent
.
[26]
Calon keluaran terdapat dalam lima bahasa dan akan luput pada 1 Jun 2010, dengan penutupan automatik setiap dua jam mulai 1 Mac 2010.
[27]
Microsoft telah menyatakan bahawa Windows 7 akan dikeluarkan kepada umum pada 22 Oktober 2009. Microsoft mengeluarkan Windows 7 kepada pengguna MSDN dan Technet pada 6 Ogos 2009.
[28]
Microsoft mengumumkan bahawa Windows 7, bersama
Windows Server 2008 R2
dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009. Windows 7
RTM
adalah build 7600.16385 yang disusun pada 13 Julai 2009, iaitu versi RTM yang muktamad selepas lulus dalam semua ujian dalaman Microsoft.
[5]
Bill Gates
, ketika ditemubual majalah
Newsweek
, berkata versi Windows kali ini bakal "lebih mengutamakan pengguna".
[29]
Beliau turut berkata bahawa Windows 7 bakal memberi tumpuan pada peningkatan prestasi.
[30]
Steven Sinofsky
dalam blog
Engineering Windows 7
menjelaskan bahawa Microsoft sedang menggunakan pelbagai alat lakaran baru untuk mengukur prestasi pelbagai segi sistem pengendalian secara berterusan, untuk membantu mengenal pasti laluan kod yang tidak cekap serta mengelakkan kemerosotan prestasi.
[31]
Naib Presiden Kanan Bill Veghte berkata bahawa pengguna
Windows Vista
yang beralih ke Windows 7 tidak akan mendapati masalah keserasian peranti yang timbul ketika bertukar dari
Windows XP
.
[32]
Pada 16 Oktober 2008, CEO Microsoft
Steve Ballmer
mengesahkan keserasian antara Vista dan Windows 7,
[33]
dengan menunjukkan bahawa Windows 7 merupakan versi Windows Vista yang diperhalusi.
[33]
Windows 7 menampilkan sebilangan ciri-ciri baru seperti kemajuan
pengecaman tulisan tangan
dan sentuhan, sokongan untuk
cakera keras maya
, peningkatan prestasi pemproses
berbilang teras
,
[34]
[35]
[36]
[37]
mengebut
,
DirectAccess
, dan
inti
. Windows 7 turut menambah sokongan untuk sistem-sistem yang menggunakan berbilang kad grafik yang berlainan dari pelbagai vendor (Heterogeneous Multi-adapter), termasuk sekali versi baru
Windows Media Center
serta
[38]
Gadgetnya
, peningkatan ciri-ciri media,
XPS
Essentials Pack dan
Windows PowerShell
, dan
Kalkulator
baru dengan keupayaan berbilang baris termasuk mod-mod
Programmer
dan
Statistics
serta tukaran unit ukuran. Banyak lagi item baru telah diterapkan ke dalam
Control Panel
, termasuk
ClearType
Text Tuner, Display Color Calibration Wizard,
Gadgets
, Recovery, Troubleshooting, Workspaces Center, Location and Other Sensors, Credential Manager, Biometric Devices, System Icons, dan Display.
[39]
Windows Security Center
dinamakan semula sebagai Windows Action Center yang meliputi
keselamatan
dan penyelenggaraan komputer. Seting asalan
User Account Control
dalam Windows 7 dikritik kerana membolehkan perisian yang tidak dipercayai dilancarkan dengan dinaikkan keistimewaannya dengan mengeksploitasi perisian yang dipercayai.
[40]
Jurutera inti Microsoft Windows
Mark Russinovich
memperakui masalah tersebut, tetapi mengingatkan bahawa adanya kerentanan lain yang tidak bergantung pada seting baru ini.
[41]
Windows 7 juga menyokong paparan imej seakan Mac dengan menambah dekoder imej boleh WIC, yang membolehkan paparan lakaran imej, prebiu dan metadata imej mentah di Windows Explorer, di samping paparan saiz penuh dan persembahan slaid di Windows Photo Viewer dan Window Media Center.
[42]
Palang tugasnya telah mengalami perubahan zahir yang terbesar, iaitu bar alat Quick Launch digantikan dengan menyematkan aplikasi pada palang tugas. Butang aplikasi yang disematkan telah disepadukan dengan butang tugas. Butang-butang ini juga membolehkan ciri-ciri
Jump Lists
untuk memudahkan capaian kepada tugas-tugas seharian.
[43]
Palang tugas yang diperbaharui ini juga membolehkan penyusunan semula butangnya. Di sebelah kanan jam sistem ialah sebiji butang segiempat kecil yang berfungsi sebagai ikon
Show desktop
, iaitu sebahagian ciri-ciri baru dalam Windows 7 yang bernama
Aero Peek
. Apabila tetikus dibawa ke butang ini, semua tetingkap yang buka menjadi lutsinar untuk menjenguk latarnya.
[44]
In touch-enabled displays such as touch screens, tablet PCs, etc., this button is slightly wider to accommodate being pressed with a finger.
[45]
Sekali menekan butang ini akan meminimumkan semua tetingkap, dan menekannya sekali lagi akan memulihkan tetingkap. Di samping itu, terdapat ciri-ciri
Aero Snap
yang memaksimumkan sesebuah tetingkap secara automatik dengan mengheretnya ke sisi atas, kiri atau kanan skrin.
[46]
Ini juga membolehkan kita melekat dokumen atau fail di mana-mana tepi skrin untuk membandingkannya. Apabila seseorang pengguna mengalihkan tetingkap yang dimaksimumkan, sistem memulihkan tetingkap tersebut ke saiz asal secara automatik. Fungsi ini juga boleh dilakukan dengan kekunci pintas. Berbeza dari
Windows Vista
, bingkai tetingkap dan palang tugas kekal lutsinar apabila sesebuah tetingkap dimaksimumkan dengan menggunakan
Windows Aero
.
Untuk para pembangun, Windows 7 merangkumi
API
perangkaian baru yang disertakan sokongan untuk membina perkhidmatan web berasaskan
SOAP
dalam
kod tempatan
(berbanding perkhidmatan web
WCF
berasaskan .NET),
[47]
ciri-ciri baru yang menyingkatkan masa memasang perisian, pengurangan prom UAC, pemudahan pembangunan pakej pemasangan,
[48]
dan peningkatan sokongan globalisasi melalui Extended Linguistic Services API yang baru.
[49]
Di
WinHEC
2008, Microsoft mengumumkan bahawa kedalaman warna 30-bit dan 48-bit akan disokong dalam Windows 7 di samping gamut warna
scRGB
(yang boleh ditukar dan dihasilkan sebagai
xvYCC
bagi
HDMI
1.3). Mod-mod video yang disokong dalam Windows 7 ialah 16-bit sRGB, 24-bit sRGB, 30-bit sRGB, 30-bit sRGB lanjutan, dan 48-bit scRGB.
[50]
[51]
Permainan Internet
Spades
, Internet
Backgammon
dan Internet
Checkers
yang digugutkan dari Windows Vista, telah dikembalikan di Windows 7. Windows 7 turut diisi
Internet Explorer 8
dan
Windows Media Player 12
.
Pengguna juga dapat mematikan banyak lagi komponen Windows 7 berbanding Windows Vista, termasuk Internet Explorer, Windows Media Player, Windows Media Center,
Windows Search
, dan Windows Gadget Platform.
[52]
Windows 7 merangkumi 13 skim bunyi tambahan, bertajuk Afternoon, Calligraphy, Characters, Cityscape, Delta, Festival, Garden, Heritage, Landscape, Quirky, Raga, Savanna, dan Sonata.
[53]
Satu versi baru Virtual PC, iaitu
Windows Virtual PC
Beta
disediakan untuk edisi Windows 7 Professional, Enterprise, dan Ultimate,
[54]
yang membolehkan pelbagai persekitaran Windows, termasuk
Windows XP Mode
, dijalankan dalam mesin yang sama, asalkan memerlukan penggunaan
Intel VT-x
atau
AMD-V
. Windows XP Mode menjalankan
Windows XP
dalam mesin maya dan mengalihkan aplikasi yang berjalan dalam Windows XP ke latar Windows 7.
[55]
Lebih-lebih lagi, Windows 7 menyokong pemasangan cakera keras maya (VHD) sebagai storan data biasa yang mana Windows 7 boleh dibut darinya.
[56]
Remote Desktop Protocol
(RDP) Windows 7 juga dipertingkatkan untuk menyokong aplikasi multimedia masa nyata, termasuk memainkan video dan permainan 3D. Oleh itu, Direct X 10 boleh digunakan dalam persekitaran desktop jauh.
[57]
Had tiga aplikasi digugurkan dari versi Windows 7 Starter.
[58]
Sebilangan kebolehan dan program tertentu yang pernah melengkapi
Windows Vista
sudah tiada lagi atau diubah, menyebabkan tiadanya fungsi-fungsi yang tertentu. Beberapa ciri-ciri dan komponen Windows Vista yang dikenali telah digantikan atau digugurkan dari Windows 7, antara muka pengguna
Start Menu
yang klasik,
Windows Ultimate Extras
,
InkBall
, dan
Windows Calendar
. Empat aplikasi yang diberkas dalam Windows Vistam iaitu
Windows Photo Gallery
,
Windows Movie Maker
,
Windows Calendar
[59]
dan
Windows Mail
, juga tidak diterapkan dalam Windows 7, sebaliknya boleh dimuat turun secara percuma dalam pakej berasingan yang bernama
Windows Live Essentials
.
Pembangunan Windows 7 yang sudah memberi perhatian pengatur anti-amanah yang melibatkan operasi Microsoft selepas penyelesaian
kes anti-amanah Microsoft Amerika Syarikat
pada 2001. Menurut laporan status difailkan, panel tiga-ahli mula-mulanya menaksirkan prototaip-prototaip bagi sistem pengendalian baru pada Februari 2008.
[60]
Michael Gartenberg, seorang juruanalisis bekerja di Jupiter Research mengatakan bahawa cabaran Microsoft untuk Windows 7 akan bagaimana boleh mereka terus menambahkan ciri pengguna akan mahu yang juga tidak berselisih dengan pengatur-pengatur.
[60]
Microsoft telah menerbitkan spesifikasi minimum untuk menjalankan Windows 7.
[61]
Keperluan versi 32-bit lebih kurang seiras dengan apa yang disyorkan untuk edisi-edisi premium Vista, tetapi versi 64-bit pula lebih tinggi. Microsoft telah mengeluarkan program penasihat naik taraf yang mengimbas komputer anda untuk memastikan keserasiannya dengan Windows 7.
Keperluan perkakas minimum untuk Windows 7
[61]
Kejuruteraan
|
32-bit
|
64-bit
|
Pemproses
|
1 GHz 32-bit
|
1 GHz 64-bit
|
Ingatan (RAM)
|
1 GB
|
2 GB
|
Kad grafik
|
Pemproses grafik DirectX 9 dengan pemacu WDDM model 1.0 (untuk Aero)
|
Ruang bebas
HDD
|
16 GB
|
20 GB
|
Pemacu optik
|
Pemacu DVD
|
- ^
"Windows 7 and Windows Server 2008 R2 Officially RTM At Build Version 6.1.7600.16385"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2013-06-26
. Dicapai pada
2009-07-23
.
- ^
http://windowsteamblog.com/blogs/windows7/archive/2009/07/22/windows-7-has-been-released-to-manufacturing.aspx
- ^
Ricciuti, Mike (20 Julai 2007).
"Next version of Windows: Call it 7"
. CNET News.
- ^
"Windows Vista Team Blog: Introducing Windows 7"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-10-14
. Dicapai pada
2008-10-18
.
- ^
a
b
Brandon LeBlanc.
"Windows 7 Has Been Released to Manufacturing"
.
- ^
"Windows 7 and Windows Server 2008 R2 Timelines Shared at Computex"
. Microsoft. 3 Jun 2009
. Dicapai pada
2009-06-03
.
- ^
Nash, Mike (28 Oktober 2008).
"Windows 7 Unveiled Today at PDC 2008"
.
Windows Team Blog
. Microsoft
. Dicapai pada
2008-11-11
.
- ^
LeBlanc, Brandon (28 Oktober 2008).
"How Libraries & HomeGroup Work Together in Windows 7"
.
Windows Team Blog
. Microsoft
. Dicapai pada
2008-11-11
.
- ^
"Windows 7 to Skip Photo, Mail, Calendar and Movie Editing tools"
.
- ^
"E-mail, photos, movie making will not be included in Windows 7"
.
- ^
LeBlance, Brandon (28 Oktober 2008).
"The Complete Windows Experience ? Windows 7 + Windows Live"
.
Windows Team Blog
. Microsoft
. Dicapai pada
2008-11-11
.
- ^
Lettice, John (2001-10-24).
"Gates confirms Windows Longhorn for 2003"
. The Register
. Dicapai pada
2008-03-05
.
- ^
"Microsoft cuts key Longhorn feature"
.
Todd Bishop
. Hearst Seattle Media, LLC. August 28, 2004
. Dicapai pada
2009-03-25
.
- ^
Thurrott, Paul
(14 February 2007).
"Windows "7" FAQ"
. Paul Thurrott's SuperSite for Windows
. Dicapai pada
2008-01-05
.
- ^
Foley, Mary J (2007-07-20).
"Windows Seven: Think 2010"
.
ZDNet
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2007-08-24
. Dicapai pada
2007-09-19
.
- ^
Fried, Ina (2008-10-13).
"Microsoft makes Windows 7 name final"
.
CNET
. Dicapai pada
2008-10-13
.
- ^
Canadian Broadcasting Corporation
(2008).
"For Microsoft's Windows, 7th time's a charm"
. Dicapai pada
2008-10-27
.
- ^
Ian Cunningham (3 December 2008).
"Windows 7 Build Numbers"
.
- ^
"OSNews.com"
. OSNews.com
. Dicapai pada
2009-05-25
.
- ^
"Windows 7 beta 1 performance - How does the OS compare to Vista and XP? | Hardware 2.0 | ZDNet.com"
. Blogs.zdnet.com. 2009-01-01. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-03-14
. Dicapai pada
2009-05-25
.
- ^
Graham-Smith, Darien
(2009).
"Follow-up: Benchmarking Windows 7"
. Dicapai pada
2009-01-29
.
- ^
Leaked Windows 7 RC torrents infected with trojan
- ^
Pennington, Kenneth (2009).
"Windows 7 64-Bit Beta Hits the Web"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-01-21
. Dicapai pada
2009-01-07
.
- ^
"CES: Steve Ballmer unveils Microsoft's Windows 7 | Technology | guardian.co.uk"
. Guardian
. Dicapai pada
2009-05-25
.
- ^
"Microsoft delays first Windows 7 public beta"
.
Gavin Clarke
. The Register. January 10, 2009
. Dicapai pada
2009-03-25
.
- ^
Miller, Paul (2009-04-24).
"Windows 7 RC 7100 making its way to OEMs, a torrent tracker near you"
. Engadget.com
. Dicapai pada
2009-05-25
.
- ^
"Windows 7 Release Candidate Customer Preview Program"
. Microsoft
. Dicapai pada
2009-05-05
.
- ^
The Windows Blog
- ^
Steven Levy (3 February 2007).
"Bill Gates on Vista and Apple's 'Lying' Ads"
.
- ^
Bill Gates (12 May 2007).
"Bill Gates: Japan?Windows Digital Lifestyle Consortium"
.
- ^
Sinofsky, Steven
(15 December 2008).
"Continuing our discussion on performance"
.
Engineering Windows 7
. Microsoft
. Dicapai pada
2008-12-18
.
- ^
Marius Oiaga (24 June 2008).
"Windows 7 Will Not Inherit the Incompatibility Issues of Vista"
.
- ^
a
b
Dignan, Larry (2008).
"Ballmer: It's ok to wait until Windows 7; Yahoo still 'makes sense'; Google Apps 'primitive
'
"
. Dicapai pada
2008-10-17
.
- ^
"Windows 7 Takes More Advantage of Multi-Core CPUs - Windows 7"
. Windowsvienna.com. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-05-03
. Dicapai pada
2009-05-25
.
- ^
"Windows 7 to get parallel-processing tweaks | All about Microsoft | ZDNet.com"
. Blogs.zdnet.com. 2008-09-30. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-02-01
. Dicapai pada
2009-05-25
.
- ^
"Windows 7 to get parallel-processing tweaks | PC Tips"
. Pctipsbox.com. 2008-10-05
. Dicapai pada
2009-05-25
.
- ^
"Windows 7 enters parallel universe"
. Vista.Blorge. 2008-09-30. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2009-05-10
. Dicapai pada
2009-05-25
.
- ^
Gruener, Wolfgang (2008-01-16).
"TG Daily ? Windows Vista successor scheduled for a H2 2009 release?"
. TG Daily
. Dicapai pada
2008-01-17
.
- ^
"ThinkNext.net: Screenshots from a blogger with Windows 7 M1"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-01-30
. Dicapai pada
2008-02-15
.
- ^
Zack Whittaker (2009-06-12).
"Windows 7 UAC flaw: "Pandora's box of all vulnerabilities
"
"
. Dicapai pada
2009-06-14
.
- ^
Russinovich, Mark.
"User Account Control Inside Windows 7 User Account Control"
. Microsoft Corporation
. Dicapai pada
2009-06-14
.
- ^
How to add Mac-like RAW image support to Windows 7, Vista, XP
- ^
Softpedia (2008).
"Windows 7 User Interface ? The Superbar (Enhanced Taskbar)"
. Dicapai pada
2008-11-12
.
- ^
Windows 7: Some Minor Improvements, No Game Changer
- ^
Touching Windows 7 (Engineering Windows 7 Blog)
- ^
"Engineering Windows 7 : Designing Aero Snap"
. Steven Sinofsky/Microsoft
. Dicapai pada
2009-06-08
.
- ^
"Windows 7: Web Services in Native Code"
. PDC 2008
. Dicapai pada
2008-09-26
.
- ^
"Windows 7: Deploying Your Application with Windows Installer (MSI) and ClickOnce"
. PDC 2008
. Dicapai pada
2008-09-26
.
- ^
"Windows 7: Writing World-Ready Applications"
. PDC 2008
. Dicapai pada
2008-09-26
.
- ^
"WinHEC 2008 GRA-583: Display Technologies"
. Microsoft. 2008-11-06. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-12-27
. Dicapai pada
2008-12-04
.
- ^
"Windows 7 High Color Support"
. Softpedia. 2008-11-26
. Dicapai pada
2008-12-05
.
- ^
"Beta to RC Changes ? Turning Windows Features On or Off"
.
- ^
Thurrott, Paul (2009-03-08).
"Paul Thurrott's SuperSite for Windows: Windows 7 Build 7048 Notes"
. Paul Thurrott's SuperSite for Windows
. Dicapai pada
2009-04-24
.
- ^
"Windows Virtual PC"
. Microsoft
. Dicapai pada
2009-05-06
.
- ^
"Windows XP Mode for Windows 7 brochure"
(PDF)
. Microsoft. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2009-05-30
. Dicapai pada
2009-05-06
.
- ^
"Demonstration: Windows 7 VHD Boot"
. Microsoft
. Dicapai pada
2009-04-29
.
- ^
"Windows 7 Presentation Virtualization: Graphics Remoting ( RDP) Today and Tomorrow"
. Microsoft
. Dicapai pada 2008
.
- ^
"Let's talk about Windows 7 Starter"
. Windows 7 Team
. Dicapai pada
2009-05-29
.
- ^
Windows Live team (2009-10-22).
"Finding your applications in Windows 7"
. Microsoft
. Dicapai pada
2009-10-23
.
- ^
a
b
Keizer, Gregg F. (2008).
"Windows 7 eyed by antitrust regulators"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-04-23
. Dicapai pada
2008-03-19
.
- ^
a
b
"Windows 7 system requirements"
. Microsoft.