Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Ini merupakan laman bantuan bagi panduan bagaimana di Wikipedia Bahasa Melayu
.
|
Seperti kebanyakan
tapak web
besar, Wikipedia juga mengalami fenomena yang dikenali sebagai pautan reput. Pautan luar tersebut akan menuding ke laman atau tapak sesawang berkaitan yang sudah tiada, kandungannya telah berubah atau sudah dipindahkan tanpa mengubah penghalaan HTML.
[1]
Ini memberikan ancaman signifikan kepada
dasar kebolehpercayaan
Wikipedia dan garis panduan
petikan sumbernya
.
Secara umumnya, hendaklah maklumat yang dipetik itu tidak dipadam hanya kerana
URL
ke sumber tersebut tidak lagi berfungsi. Alatan, tatacara dan proses telah disediakan seperti yang digariskan di laman ini.
Cadangan cara untuk menambah baik pengarkiban secara manual:
- Elakkan URL kosong. Gunakan templat petikan seperti {{
petik web
}} untuk petikan dan {{
webarchive
}} untuk bahagian pautan luar.
- Gunakan perkhidmatan pengarkiban web seperti Internet Archive atau Archive.today. Senarai lengkapnya boleh didapati
di sini
. Di dalam templat petikan, letakkan URL arkib di
|archive-url=
dan tambahkan tarikh arkib di
|archive-date=
. Jika pautan itu masih lagi tersedia, masukkan
|url-status=live
atau
|url-status=dead
jika ia telah mati.
- Untuk menambah lebih daripada satu URL arkib, sebagai jaminan tambahan terhadap gangguan pembekal, templat {{
webarchive
}} menerima sehingga 10 URL pembekal arkib. Pilihan
|format=addlarchives
menghasilkan output yang bersesuaian untuk mengekori templat CS1|2. Contoh
{{petik web|archive-url=..}}{{webarchive|format=addlarchive|url1=..|url2=..|url3..}}
akan memaparkan 4 URL arkib (satu daripada petik web dan tiga lagi daripada webarchive).
- Jika pautan itu masih lagi hidup dan belum diarkibkan, lawati tapak web perkhidmatan pengarkiban pilihan anda dan membuat permintaan supaya laman itu boleh diarkibkan.