Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wikipedia merupakan satu
ensiklopedia
yang sentiasa berada dalam proses penyempurnaan. Anda digalakkan mengemas kini laman dengan tujuan membaiki
kualiti
ensiklopedia ini.
Wiki
akan berkembang lebih cepat bila ada ramai orang bekerjasama. Jadi, janganlah ambil hati jika ada orang menulis kembali rencana anda.
Jika seseorang menulis suatu rencana yang berkualiti rendah, rintisan, tak masuk akal, jangan khuatir bahawa suntingan yang anda lakukan akan menyakiti perasaan mereka. Betulkan, tambahkan fakta, dan jika masih nampak buruk, ganti dengan kata dan kalimat lain yang menurut anda jauh lebih baik. Itulah sifat dasar Wiki.
Antara kemas kini yang anda boleh lakukan termasuklah:
- Mengemas kini bahasa
Anda boleh memperbaiki gaya bahasa dalam suatu rencana sekiranya anda mendapati penggunaan bahasa rencana berkenaan tidak memuaskan. Tindakan anda sudah tentu dapat membantu Wikipedia menjadi lebih menarik.
- Mengemas kini fakta
Apabila anda mendapati apa yang tertulis dalam salah satu entri Wikipedia tidak menepati fakta, maka anda dialu-alukan untuk mengemaskininya. Dengan ada pembaikan ini, maka semakin dekatlah Wikipedia dengan kebenaran.
- Mengemas kini tampilan laman
Selain daripada mengemas kini tampilan fakta dan bahasa, anda juga boleh membaiki penampilan laman dengan meletakkan gambar, ataupun menyusun semula isi kandungan rencana supaya ia nampak lebih kemas dan cantik. Anda boleh mencari gambar yang sesuai untuk menghiasi rencana-rencana di Wikipedia di
Wikimedia Commons
, yakni arkib media bebas.
Polisi dan garis panduan utama Wikipedia
|
---|
Gambaran umum
| |
---|
Prinsip sejagat
| |
---|
Polisi kandungan fail
| |
---|
Polisi piawai rencana
| |
---|
Polisi tingkah laku
| |
---|
Polisi penyelesaian
| |
---|
Panduan tingkah laku
| |
---|
Panduan pengelasan
| |
---|
Panduan kandungan
| |
---|
Panduan suntingan
| |
---|
Gaya penyuntingan
| |
---|